Setiap individu pasti pernah mengalami kondisi hidung tersumbat sebelah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Setiap kali ia berlaku, mungkin ramai yang hanya akan mengaitkannya dengan kondisi demam atau selesema yang biasa sahaja.
Pun begitu, tahukah kalian itu mungkin petanda pelbagai penyakit? Jom teruskan membaca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.
Bolehkah hidung tersumbat sebelah sahaja?
Untuk pengetahuan anda, penyumbatan yang berlaku dalam hidung sehingga menyukarkan pernafasan adalah disebabkan oleh kewujudan mukus.
Mukus yang wujud di sekitar kawasan nasal (hidung) dikenali sebagai hingus dan yang wujud di sekitar kawasan oral (mulut) dikenali sebagai kahak.
Sekiranya hidung kalian tersumbat, ini bermakna ia sudah terlalu penuh dengan hingus yang terkumpul akibat beberapa faktor tertentu seperti berikut:
- Jangkitan
- Alahan
- Perubahan hormon
- Perubahan suhu
- Pengambilan makanan/minuman tertentu
Kalian juga harus tahu bahawa pengumpulan dan penyumbatan hingus ini boleh berlaku pada kedua-dua atau sebelah lubang hidung sahaja.
Pengumpulan hingus ini seringkali dikaitkan dengan jangkitan virus atau bakteria termasuklah COVID-19!
Ia adalah antara petanda penyakit COVID-19?
Disebabkan seantero dunia kini sedang dilanda wabak pandemik COVID-19, maka sudah pasti akan timbul rasa panik apabila mengalaminya.
Ini kerana memang benar hidung tersumbat susah bernafas adalah antara simptom anda sudah dijangkiti virus korona baharu.
Namun adalah agak sukar untuk menentukan simptom yang dialami itu benar adalah jangkitan wabak ini atau berpunca daripada masalah lain.
Justeru, adalah wajar untuk kalian perhatikan juga simptom-simptom lain menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) termasuklah:
- Demam melebihi suhu 37.5 darjah celsius
- Hidung tersumbat
- Susah bernafas
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit sendi
- Batuk
- Letih
- Lenguh
Ada juga kemungkinan di mana jangkitan virus ini tidak akan menunjukkan sebarang simptom ekoran sifat inkubasinya.
Apa punca lain keadaan kesihatan ini berlaku?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, kemungkinan kondisi ini berlaku adalah jangkitan virus seperti COVID-19.
Selain virus korona baharu, wujud juga jangkitan virus yang lain seperti Influenza, Rhinovirus, Metapneumovirus, Respiratory syncytial virus (RSV) dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, wujud juga kemungkinan bahawa anda sebenarnya menghidap beberapa keadaan kesihatan yang tidak disangka seperti berikut:
- Sinusitis
- Polip hidung
- Deviasi septum hidung
- Benda asing dalam hidung
- Sakit kepala kluster
- Alahan rhinitis
Bagi mengetahui rawatan yang sesuai untuk masalah ini, puncanya haruslah dikenal pasti terlebih dahulu sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis sekiranya perkara ini terus berlarutan.
Apa cara mengatasi hidung tersumbat sebelah?
Sama ada ia berlaku pada kedua-dua belah hidung atau sebelah sahaja, kondisi ini sudah tentu akan menjejaskan kehidupan seharian.
Selain daripada rawatan, ubatan atau prosedur, terdapat juga aspek lain seperti makanan dan minuman yang mampu melegakan kondisi ini.
Berikut merupakan antara cara mengatasi sebelah hidung tersumbat secara tradisional:
#1. Vitamin C
Ia dapat membantu meningkatkan dan menguatkan daya tahan tubuh badan terhadap sebarang jenis penyakit.
Antara contoh makanan yang tinggi kandungan vitamin C adalah buah-buahan seperti oren, epal atau mangga serta pelbagai sayur-sayuran hijau.
Cara mengatasi hidung tersumbat sebelah #2. Madu
Ia adalah antara ubatan tradisional yang terbaik dalam membantu melegakan hidung tersumbat sebelah susah bernafas.
Ini kerana madu mengandungi ciri-ciri antibakteria dan antiradang yang sangat kuat dan mudah diambil hanya dengan melarutkannya ke dalam minuman.
#3. Beri
Terutamanya jenis beri biru, ia mengandungi kandungan antioksidan yang sangat tinggi serta sangat kaya dengan vitamin C.
Disebabkan itu, ia sangat bagus dalam mengatasi masalah hidung berair dan tersumbat.
#4. Bawang
Ia mengandungi ciri-ciri antibakteria yang sangat aktif dalam melawan virus punca selesema sekali gus bagus untuk merawat hidung tersumbat.
Ia juga boleh dimakan secara mentah atau dijadikan sebagai rempah di dalam masakan.
#5. Minum teh panas
Ia bukan sahaja mampu membantu melegakan hidung tersumbat dan berair malahan juga berupaya membuatkan tubuh badan jadi segar.
Teh panas terutamanya teh hijau atau teh hitam sangat kaya dengan flavonoid -sejenis bahan antiradang yang boleh meningkatkan imuniti badan individu.
Sekiranya anda mengalami masalah hidung tersumbat sebelah susah bernafas, jangan bertangguh dan segera berjumpa doktor untuk diagnosis sebelum rawatan, ubatan atau prosedur dapat dilakukan!
[embed-health-tool-bmi]