backup og meta

Hidung Tersumbat Buat Anda Susah Untuk Bernafas, Ikut Cara Berkesan Ini Atasinya!

Hidung Tersumbat Buat Anda Susah Untuk Bernafas, Ikut Cara Berkesan Ini Atasinya!

Setiap kali gejala ini berlaku, anda pasti akan menghadapi kesukaran untuk bernafas tetapi tidak tahu cara hilangkan hidung tersumbat. Jadi, apa yang anda boleh buat? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila klik di sini.

Kondisi yang begitu menjengkelkan!

Untuk pengetahuan anda semua, punca hidung tersumbat ialah satu kondisi di mana tisu dan salur darah yang terdapat di dalam hidung membengkak akibat keradangan.

Akibatnya, lubang hidung anda akan terasa seperti disekat oleh sesuatu kesan daripada pembengkakan tersebut.

Pada kebiasaannya, hidung tersumbat mungkin disertai dengan penghasilan sejenis mukus atau hingus secara berlebihan, bergantung kepada tahap kondisi itu sendiri.

alahan rhinitis
Tanda resdung yang perlu anda tahu.

Gejala ini juga mungkin didalangi oleh pelbagai pencetus seperti:

  • Flu
  • Jangkitan sinus
  • Alahan
  • Selesema
  • Asma
  • Septum hidung bengkok
  • Udara kering
  • Makanan pedas
  • Gangguan tidur
  • Bendasing di dalam hidung
  • Perubahan hormon di dalam tubuh 
  • Pengambilan ubat-ubat tertentu
  • Kehamilan

Selain faktor risiko yang telah kami nyatakan di atas, banyak masalah kesihatan lain yang boleh menjadi salah satu sebab hidung tersumbat.

Persoalannya, apakah yang boleh anda lakukan sebagai cara hilangkan hidung tersumbat yang dipenuhi dengan hingus? Teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya!

Cara hilangkan hidung tersumbat dengan betul!

Mungkin terdapat individu yang beranggapan bahawa cara menangani gejala hidung tersumbat adalah dengan menghembus hidung sekuat hati. Adakah cara ini berkesan?

Kononnya, ini bertujuan untuk mengeluarkan segala apa yang tersumbat di dalam hidung. Namun, ketahuilah bahawa cara hilangkan hidung tersumbat ini salah!

Menghembus hidung dengan terlalu kuat boleh menjejaskan pendengaran.

Oleh itu, anda juga boleh mencuba cara atasi hidung tersumbat seperti yang berikut.

Cara melegakan hidung tersumbat untuk si kecil

cara hilangkan hidung tersumbat
Cara menghilangkan hidung tersumbat kanak-kanak.

Sekiranya masalah ini berlaku kepada individu yang masih kecil khususnya bayi dan kanak-kanak, pemberian ubat makan ialah sangat tidak digalakkan.

Oleh sebab itu, wujud beberapa kaedah alternatif yang boleh dicuba oleh ibu bapa seperti yang berikut:

Alat semburan hidung

Alat semburan hidung sesuai dan berkesan bagi mencegah simptom hidung tersumbat. Alat ini sesuai bagi kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke atas.

Nasal spray bukan hanya boleh mencegah tetapi turut berkesan untuk melegakan gejala hidung tersumbat yang dialami oleh anak anda.

Gunakan ubat titis

Pertama, anda boleh cuba menggunakan ubat titis hidung yang boleh dibeli di farmasi tanpa memerlukan sebarang preskripsi.

Gunakan alat penyedut hingus

Selain itu, ibu bapa juga boleh cuba menggunakan alat penyedut untuk mengeluarkan hingus daripada lubang hidung si kecil anda.

Gunakan alat pelembap udara

Alat pelembap udara atau humidifier mampu menambahkan kelembapan udara dengan melepaskan wap sejuk ke dalam bilik si kecil untuk mengelakkan udara kering.

Hubungi doktor sekiranya masalah hidung tersumbat anak anda itu:

  • Simptom berpanjangan, lebih dari 2 minggu
  • Anak berusia kurang dari 3 bulan
  • Anak batuk teruk
  • Mempunyai masalah pernafasan dan demam
  • Mengadu sakit telinga

Petua hilangkan hidung tersumbat dewasa

cara hilangkan hidung tersumbat
Cara menghilangkan hidung tersumbat dewasa.

Petua hilangkan hidung tersumbat dewasa ialah lebih mudah kerana anda sudah boleh menguruskannya sendiri.

Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan cara hilangkan hidung tersumbat sama seperti yang dilakukan untuk merawat si kecil.

Anda juga mungkin mahu mencuba cara atasi hidung tersumbat yang lebih efektif termasuk:

Gunakan vapor rub

Buat anda yang belum tahu, vapor rub ialah sejenis ubat sapu yang mengandungi menthol, eucalyptus dan beberapa bahan kimia yang tidak sesuai untuk si kecil.

Sapukan pada kawasan sekitar hidung atau dada dengan teknik urutan hidung tersumbat untuk mengurangkan simptom hidung tersumbat yang sedang mengganggu anda.

Ambil ubat dengan preskripsi doktor

Individu dewasa yang mengalami kondisi ini boleh mengambil ubat makan seperti antihistamin, berbeza daripada kanak-kanak.

Anda digalakkan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan preskripsi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

Seks?

Ada yang mempercayai bahawa petua tradisional melegakan hidung tersumbat adalah dengan seksIa mungkin boleh jadi salah satu petua hilangkan hidung tersumbat dewasa disebabkan oleh kekurangan aliran darah ke hidung.

Kekurangan aliran darah ini dikatakan mampu melegakan gejala hidung tersumbat selain melancarkan kembali pernafasan.

Walau bagaimanapun, keberkesanan cara hilangkan hidung tersumbat ini masih belum dapat dipastikan. Tiada sebarang bukti saintifik kukuh yang dapat menyokong kenyataan di atas.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Stuffy or runny nose – adult. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/stuffy-or-runny-nose-adult. Accessed August 22, 2022.
  2. Stuffy Nose, Sneezing, and Hiccups in Newborns. https://www.saintlukeskc.org/health-library/stuffy-nose-sneezing-and-hiccups-newborns. Accessed August 22, 2022.
  3. What is a blocked nose? https://www.entuk.org/blocked-nose. Accessed August 22, 2022.
  4. Stuffy or runny nose – adult. https://medlineplus.gov/ency/article/003049.htm. Accessed August 22, 2022.
  5. Non-allergic rhinitis. https://www.nhs.uk/conditions/non-allergic-rhinitis/. Accessed August 22, 2022.

Versi Terbaru

02/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

Tak Tahan Selalu Bersin Waktu Bangun Tidur? Ini Mungkin Sebab Alergi Pagi!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan