Anda mahu mencuba untuk mengelak masalah alahan di tempat kerja? Ada banyak tip mencegah alergi yang mungkin anda boleh cuba! Teruskan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Alahan, anda boleh klik di sini.
Tip mencegah alergi bagi setiap pekerjaan
Rawatan alergi yang terbaik adalah anda perlu tahu cara mencegah alergi daripada terjadi sejak awal lagi.
Oleh itu, anda harus mengetahui tentang keadaan alergi anda dan memilih pekerjaan yang paling sesuai untuk diri anda.
Berikut adalah beberapa pekerjaan yang paling teruk bagi mereka yang mengalami alergi.
Persekitaran landskap
Bagi mereka yang mempunyai alergi terhadap debunga, elakkan mengambil pekerjaan sebagai pakar landskap, penjaga tanah, atau pakar penjagaan fabrik adalah diperlukan.
Alahan luar yang paling biasa adalah pokok, rumput, rumpai, dan alahan kulat/kulapuk boleh membuatkan kerja anda bermasalah.
Perkhidmatan spa
Dengan rinitis atau asma, bekerja di salon kuku, spa atam apa-apa pekerja yang mempunyai wap atau semburan memenuhi udara yang menjengkelkan boleh mendorong kepada simptom alergi.
Wap dan semburan kimia boleh mencetuskan serangan alahan pada orang yang sensitif dan alergi.
Tip mencegah alergi bagi pekerja bar atau restoran
Sebelum memohon pekerjaan di bar atau restoran, pastikan ianya persekiratan yang bebas rokok. Asap rokok secondhand boleh mencetuskan simptom alergi.
Dan, ia juga mendorong kepada komplikasi seperti sinusitis dan bronkitis.
Kerja mengemas dan mencuci
Mereka yang melakukan pembersihan di dalam rumah boleh mengelakkan daripada pencetus alergi di mana-mana sahaja.
Tetapi pembersihan dalaman boleh membuatkan anda terdedah kepada habuk, kulat, bahan pencucu, dan juga lipas yang semuanya mencertuskan alergi yang biasa.
Sentuhan kulit dengan hama debu atau alergen lipas boleh menyebabkan ruam yang gatal.
Bekerja dengan haiwan
Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap haiwan peliharaan, cuba elakkan pekerjaan seperti perias anjing, pekerja perlindungan, atau petugas kedai haiwan peliharaan.
Walaupun anda adalah seorang pencinta haiwan, ini mungkin satu-satunya cara untuk bebas daripada simptom alergi.
Bekerja di kedai bunga
Punca biasanya bukan tumbuhan atau kulat pada tanah tumbuhan.
Tetapi fungisid (bahan kimia beracun yang digunakan untuk membunuh kulat atau menghalangnya daripada menyebabkan penyakit) dan baja yang digunakan dalam pekerjaan ini juga boleh mencetuskan simptom alergi bagi seseorang yang sensitif.
Tip mencegah alergi bagi pekerja dapur dan kilang
Pencetus alergi juga boleh datang daripada kesibukan di dapur, terutamanya jika anda mempunyai alergi terhadap makanan.
Sesetengah pembuat roti alergi terhadap gandum. Dan asap daripada memasak kerang atau makan laut juga boleh mencetuskan simptom alergi apabila ia dihidu.
Bagaimana untuk mengelakkan alergi dalam pekerjaan
- Pastikan persekitaran kerja yang bebas habuk.
- Hidupkan penghawa dingin, yang mana membantu membersihkan beberapa alergen.
- Cuba gunakan penapis HEPA di meja anda.
- Elakkan membawa barang-barang lembut ke pejabat anda seperti bantal pelapik kerusi atau patung haiwan kerana alergen boleh berkumpul padanya.
- Minta supaya penapis ditukar dengan kerap.
- Cuba menggantikan karpet yang kotor, berhabuk dan berkulapuk.
Walaupun anda mencuba segala-galanya, alergi masih ada kehidupan kerjaya anda, langkah seterusnya mungkin imunoterapi, suntikan alergi.
Tetapi jika alergi terus menganggu anda di tempat kerja, anda mungkin perlu berjumpa pakar alergi.
[embed-health-tool-bmr]