backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Sering Gatal-Gatal Tangan Bila Pakai Emas? Itu Petanda Anda Hidap Alergi Nikel

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/04/2021

    Sering Gatal-Gatal Tangan Bila Pakai Emas? Itu Petanda Anda Hidap Alergi Nikel

    Pernahkah anda rasa gatal-gatal ketika memakai cincin ataupun jam yang diperbuat daripada nikel? Jika ya, anda mungkin menghidap satu kondisi yang dikenali sebagai alergi terhadap nikel!

    Jom ikuti cara untuk menghilangkan rasa gatal akibat alahan ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Alahan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu alergi terhadap nikel?

    Alergi terhadap nikel terjadi apabila seseorang itu mengalami gatal-gatal ataupun ekzema apabila barang kemas ataupun aksesori yang diperbuat daripada nikel menyentuh bahagian kulit.

    Alergi nikel merupakan salah satu punca lazim alergi dermatitis sentuh (contact allergic dermatitis).

    Alergi ini boleh berlaku sejurus selepas sentuhan ataupun terjadi setelah pendedahan secara berkali-kali.

    Antara bahagian badan yang sering terkesan dengan kondisi ini ialah:

    1.   Telinga – akibat pemakaian subang. 
    2.   Pergelangan tangan – pemakaian jam ataupun gelang besi. 
    3.   Sekitar pusat – akibat geseran dengan zip, kepala tali pinggang ataupun butang seluar. 
    4.   Jari – duit syiling, pin, jarum, pen. 
    5.   Belakang badan – penyangkuk besi pada baju dalam, zip pada baju. 

    Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel, cara yang terbaik untuk elak rasa gatal dan ekzema adalah dengan tidak memakai barang kemas ataupun aksesori yang mengandungi nikel.

    Walau bagaimanapun, mungkin sukar untuk pesakit mengelakkan diri untuk menyentuh objek yang diperbuat daripada nikel.

    Banyak barangan yang digunakan setiap hari diperbuat daripada nikel. Sebagai contoh, pen, sudu, gelang, dan jam tangan semuanya diperbuat daripada besi ini.

    Apabila anda mula rasa gatal-gatal pada tangan akibat alergi nikel, anda mungkin akan alami masalah yang sama seumur hidup.

    Anda akan sentiasa sensitif terhadap nikel dan perlu lebih berhati-hati ketika ingin membeli barang kemas ataupun aksesori supaya ia tidak akan menyebabkan ekzema.

    Anda sering rasa gatal akibat alergi nikel? Ikuti tip ini untuk kurangkan simptom!

    alergi nikel

    Alergi terhadap nikel selalunya tidak akan membawa maut. Namun, kegatalan dan ekzema yang disebabkan oleh keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan.

    Ruam yang disebabkan oleh penyakit ini boleh terluka dan berjangkit.

    Oleh itu, penting untuk individu yang kerap mengalami gatal-gatal ini untuk mencari cara bagi menghilangkan  ketidakselesaan dan gatal yang mereka alami.

    Jika anda sudah lama menghidap kondisi ini, anda boleh cuba tip yang kami berikan di bawah. Pasti berkesan!

    1. Pilih barang kemas dan aksesori dengan teliti

    Subang, jam dan gelang tangan merupakan antara punca utama alergi nikel. Walau bagaimanapun, rantai dan cincin yang mengandungi nikel juga boleh mencetuskan reaksi alergi yang sama.

    Individu yang mempunyai masalah ini disarankan untuk memakai barang kemas yang bebas nikel, hipoalergenik (bahan yang kurang mencetuskan alahan), besi tahan karat (stainless steel), emas, perak, ataupun platinum.

    Anda juga boleh pilih untuk memakai jam yang diperbuat daripada material seperti kulit, kain ataupun plastik.

    2. Periksa pakaian anda

    Jika bahagian besi pada tali pinggang, cangkuk baju dalam ataupun zip yang terdapat pada baju anda menyebabkan kegatalan, anda boleh tukar bahagian tersebut dengan objek yang diperbuat daripada plastik.

    Anda juga boleh salut bahagian ini dengan pengilap kuku. Pengilap kuku ini dapat menjadi lapisan yang memisahkan antara kulit dan permukaan besi yang terdapat pada objek tersebut.

    Gunakan cara ini jika anda inginkan jalan penyelesaian yang mudah dan pantas untuk menghilangkan gatal-gatal yang dialami.

    Namun, pengilap kuku tersebut perlulah diaplikasikan semula selepas beberapa ketika.

    3. Gunakan penutup, alas atau sarung pada alat elektronik yang anda gunakan

    Beberapa jenis alatan elektronik boleh menyebabkan kegatalan dalam kalangan pesakit yang menghidap alergi terhadap nikel.

    Jika anda mendapati bahagian besi pada telefon bimbit, papan kekunci pada komputer riba dan tablet anda menyebabkan kegatalan, anda boleh tutup bahagian tersebut menggunakan cover yang bersesuaian.

    4. Elakkan makanan yang mengandungi nikel

    Sesetengah produk soya seperti kacang soya, kicap, tofu mengandungi amaun nikel yang tinggi. Jika boleh, elakkan ambil makanan tersebut.

    Selain itu, anda juga mungkin perlu elak makan kacang gajus, makanan yang mengandungi serbuk koko dan buah ara. Kesemua makanan ini didapati boleh meningkatkan alergi nikel yang pesakit alami.

    Tak tahan rasa gatal? Cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor!

    cara menghilangkan gatal

    Jika anda mempunyai ruam atau luka akibat gatal-gatal pada bahagian pergelangan tangan, jari, sekeliling pusat ataupun telinga, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk sesi konsultasi.

    Doktor mungkin akan lakukan patch test untuk memastikan anda benar-benar mempunyai alergi terhadap nikel.

    Jika ya, doktor akan memberikan anda ubat yang bersesuaian untuk merawat alergi yang anda alami.

    Jika anda terdedah dengan nikel semasa bekerja, anda boleh pakai sarung tangan untuk elak daripada diserang rasa gatal.

    Selain itu, anda juga boleh tutup permukaan besi menggunakan pita pelekat untuk elakkan permukaan tersebut daripada terkena pada bahagian kulit.

    Pendedahan yang berpanjangan terhadap nikel boleh buatkan seseorang itu alami ketidakselesaan yang melampau.

    Oleh itu, kepada yang sudah lama mengalami masalah gatal-gatal ini, jangan bertangguh untuk berjumpa doktor ya! Mereka boleh membantu anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan