backup og meta

Kenali Dermatographia, Penyakit Kulit Yang Alah Dengan Sentuhan & Tekanan

Kenali Dermatographia, Penyakit Kulit Yang Alah Dengan Sentuhan & Tekanan

Dermatographia, penulis agak yakin bahawa ramai dalam kalangan pembaca yang masih belum tahu akan nama penyakit kulit ini bukan?

Ya, ia juga adalah tidak mengejutkan kerana dipercayai bahawa hanya 5% daripada populasi penduduk menghidap kondisi kulit ini!

Persoalannya, apa itu jenis penyakit kulit dermatographia? Jom teruskan membaca untuk tahu.

Apa itu dermatographia?

Untuk pengetahuan anda, dermatographia adalah nama penyakit kulit yang turut dikenali dengan nama lain iaitu ‘skin writing‘.

Kondisi ini merujuk kepada keadaan di mana sebarang calar kecil pada kulit boleh berubah menjadi reaksi sementara tetapi ketara.

Bagi lebih mudah faham, kondisi ini akan mengakibatkan kulit menjadi timbul seakan bentuk garisan/tulisan apabila ia tercalar.

Mungkin ramai yang akan terkeliru sama ada kondisi ini sebenarnya adalah sejenis penyakit kulit ataupun alahan kulit semata-mata.

Sebenarnya, ia mungkin lebih tepat disebut sebagai alahan ekoran akan berlaku reaksi alergi pada kulit apabila bertemu dengan alergen.

Dan dalam kes ini, alergen yang terlibat adalah tekanan/sentuhan pada kulit.

alahan

Apa simptom bagi alahan kulit ini?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, nama penyakit kulit Dermatographia ini ia akan menyebabkan timbulnya sesuatu pada kulit apabila terkena atau disentuh sesuatu.

Sesuatu yang dimaksudkan ini adalah akan timbul seakan bentuk garisan atau tulisan apabila kulit tercalar akibat sentuhan/tekanan.

Ini adalah simptom utama bahawa anda menghidap jenis penyakit kulit ini selain:

  • Kemerahan pada kulit
  • Kegatalan pada kulit
  • Kebengkakan pada kulit
  • Keradangan pada kulit
  • Luka yang dalam
  • Mula timbul ruam

Anda mungkin tidak perlu terlalu bimbang mengenainya kerana simptom ini biasa hanya bertahan selama sekitar 30 minit sahaja.

Namun dalam beberapa kes, simptom-simptom alahan kulit ini juga boleh bertahan berhari-hari, berbulan-bulan atau lebih lama.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa suhu yang terlalu ekstrem yakni terlampau sejuk atau panas akan menyebabkan simptom menjadi lebih teruk.

Oleh itu, segera berjumpa doktor jika berlaku jenis penyakit kulit ini pada anda.

Apa punca alahan kulit ini terjadi?

Setiap reaksi alergi itu pasti berpunca daripada alergen dan dalam kes ini, ia didalangi oleh sentuhan atau tekanan terhadap kulit kita.

Namun, apakah punca sebenar alahan kulit ini terjadi adalah tidak jelas. Walau bagaimanapun, mungkin wujud beberapa faktor risiko lain.

Antara faktor risiko tersebut adalah seperti berikut:

nama penyakit kulit

Buat mereka yang ingin tahu bagaimana mekanisme penyakit ini berlaku, ia akan bermula dengan trauma pada kulit akibat sentuhan atau tekanan.

Trauma ini kemudiannya akan melepaskan antigen IgE yang memainkan peranannya untuk seterusnya merembeskan histamin.

Histamin inilah yang akan menyebabkan tindak balas kebocoran cecair daripada salur darah kecil yang menyebabkan kulit menjadi timbul.

Kesannya, sebarang sentuhan atau tekanan pada kulit akan menyebabkan timbulnya seakan tulisan atau garisan pada kulit.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17793-dermatographism-dermatographia
  2. https://rightasrain.uwmedicine.org/well/stories/if-you-have-condition-you-can-write-your-skin-no-pen-required
  3. https://www.nchmd.org/education/mayo-health-library/details/CON-20025360
  4. https://www.aocd.org/page/Dermatographism
  5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dermatographia/symptoms-causes

Versi Terbaru

01/09/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

7 Barang Di Rumah Yang Boleh Jadi Punca Alahan! Jaga-Jaga, Kondom Turut Tersenarai!

Ketiak Selalu Gatal & Naik Ruam? Ini Mungkin Sebab Alahan Deodoran!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan