backup og meta

Limfoma Bukan Sekadar 'Kanser Biasa' – Ketahui Segala Yang Penting Di Sini!

Kanser limfoma adalah sejenis barah yang berlaku kepada sistem limfatik; satu rangkaian kelenjar dalam tubuh badan yang bertanggungjawab untuk memerangi jangkitan.

Sistem ini terdiri daripada kelenjar limfa, limpa, kelenjar timus, dan sumsum tulang. Kanser ini juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan.

Walaupun kanser ini boleh mengancam nyawa, namun ada banyak rawatan yang berkesan untuk merawatnya. Tetapi, jenis limfoma yang dihidapi pesakit juga memainkan peranan yang penting terutamanya dalam pemilihan rawatan.

Kadar kelangsungan hidup selepas 5 tahun bagi penghidap barah limfoma adalah tinggi iaitu sekitar 73%. Namun, kadar kelangsungan hidup ini berbeza berdasarkan beberapa faktor seperti jenis, keseriusan dan seberapa awal kanser ini dikesan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kanser, anda boleh klik di sini.

Faktor risiko dan punca kanser limfoma

Antara punca atau faktor risiko kanser limfoma:

  • Sistem imun yang lemah – seperti pesakit HIV/AIDS, penerima pemindahan organ, atau penyakit autoimun
  • Jangkitan virus tertentu, contohnya:
kanser limfoma
Kanser merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.
  • Pendedahan kepada bahan kimia berbahaya – seperti racun perosak atau bahan industri.
  • Usia dan jantina – risiko meningkat seiring usia; sesetengah jenis lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Namun juga boleh berlaku kepada kanak-kanak dan juga remaja.
  • Sejarah keluarga – mempunyai ahli keluarga yang menghidap limfoma boleh meningkatkan risiko.

Tanda kanser limfoma

Simptom barah limfoma sama seperti kanser yang lain. Walau bagaimanapun, semua simptom tidak semestinya menandakan kanser, ia juga mungkin berlaku disebabkan penyakit lain.

Namun, dapatkan pemeriksaan pakar jika anda mengalami simptom yang berpanjangan.

Antara tanda kanser limfoma ialah:

  1. Ada ketulan pada kelenjar limfa di kawasan leher, ketiak atau kelangkang.
  2. Rasa penat yang berpanjangan.
  3. Demam yang tidak dapat dijelaskan puncanya.
  4. Selalu berpeluh semasa tidur malam.
  5. Sesak nafas.
  6. Turun berat tanpa sebab.
  7. Kulit yang gatal.
kanser limfoma
Lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.

Peluang untuk sembuh

Peluang untuk sembuh mungkin berbeza mengikut individu. Jika tidak boleh pulih sepenuhnya, pesakit boleh melakukan kemoterapi dan terapi radiasi seperti biasa untuk mengurangkan simptom yang dialami.

Rawatan limfoma berbeza mengikut kondisi pesakit. Kebanyakan rawatan mempunyai kesan sampingan yang berbeza. Bukan itu sahaja, setiap pesakit juga mungkin mempunyai reaksi yang berbeza ketika menerima rawatan.

Rawatan kanser limfoma

Bukan semua pesakit kanser memerlukan rawatan yang segera. Jika tumor masih lagi bersaiz kecil dan tidak dapat dikeluarkan semasa biopsi, pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan tambahan.

Antara rawatan untuk kanser limfoma ialah:

  1. Pemerhatian secara aktif. Beberapa jenis limfoma membesar dan merebak dengan perlahan. Jika kanser dikesan, doktor mungkin akan menunggu sehingga munculnya sebarang simptom yang mengganggu aktiviti harian.
  2. Kemoterapi. Rawatan ini menggunakan sejenis ubat yang dapat membunuh sel kanser. Ubat ini selalunya diberikan melalui suntikan vena, namun ia juga boleh diambil dalam bentuk pil bergantung kepada jenis ubat yang diterima.
  3. Terapi radiasi. Menggunakan sinaran X-ray atau proton untuk membunuh sel kanser.
  4. Pemindahan sumsum tulang. Sumsum tulang yang sihat daripada seorang penderma akan dimasukkan ke dalam darah pesakit. Kemudian, ia akan memasuki tulang dan membina semua sumsum tulang pesakit.
kanser limfoma
Kemoterapi antara pilihan rawatan.

Rawatan yang ringkas selalunya mengambil masa 6 hingga 12 minggu. Lokasi limfoma dan tahap kecergasan anda juga menentukan tempoh rawatan.

Pelan pemakanan

Pesakit kanser disyorkan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang. Tambahkan buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, daging, ikan, telur serta kacang dalam diet harian.

Kurangkan pengambilan karbohidrat mudah seperti roti putih, pasta, beras. Selain itu, elakkan pengambilan lemak haiwan seperti daging yang diproses, lemak daging, dan mentega.

Jangan ambil gula secara berlebihan, termasuk gula tambahan dalam pencuci mulut, minuman manis, dan makanan yang diproses.

Hadkan lemak trans yang mungkin terdapat dalam keropok, kerepek kentang, makanan yang dipanggang dan makanan segera. Pakar juga menasihatkan agar anda elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi dari produk haiwan seperti daging, mentega, dan keju.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Common Side Effects. https://www.lls.org/lymphoma/non-hodgkin-lymphoma/treatment/side-effects. Accessed on October 2021. Accessed on October 2021.
  2. Lymphatic System. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/21199-lymphatic-system. Accessed on October 2021.
  3. Lymphatic system. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/lymphatic-system.
  4. Lymphoma treatment side effects. https://bloodcancer.org.uk/understanding-blood-cancer/lymphoma/side-effects-of-lymphoma-treatment/?gclid=CjwKCAjwqJSaBhBUEiwAg5W9pyK5mkdvO6zvqUwSfl-I83L_aDH4PLhYdoJ5f1JEjBPoePZkxFC16hoC6ZUQAvD_BwE. Accessed on October 2021.
  5. Lymphoma. https://www.cdc.gov/cancer/lymphoma/index.htm. Accessed on October 2021.
  6. Lymphoma. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lymphoma/diagnosis-treatment/drc-20352642. Accessed on October 2021.

Versi Terbaru

17/06/2025

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Apa Itu Limfoma? Ini Info Lengkap Mengenai Kanser Limfoma

Nampak Sama Tapi Sebenarnya Lain! Ini Perbezaan Antara Kanser Limfoma & Leukemia!


Disemak oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Fatin Zahra · Dikemas kini 17/06/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan