backup og meta

Bagaimana Menghadapi Penyakit Kanser Ovari

Bagaimana Menghadapi Penyakit Kanser Ovari

Didiagnosis dengan kanser merupakan satu permulaan kepada perjalanan yang penuh cabaran emosi, psikologi dan fizikal. Sukar untuk menempuhi semua cabaran dan anda mungkin mendapati diri anda bagaikan hilang punca dan lemah semangat. Walau sesukar mana pun, katakan kepada diri untuk tidak tunduk kepada kanser. Hakikatnya, ramai wanita yang berjaya mengatasi perubahan yang berlaku selepas didiagnosis dengan menumpukan kepada perkara yang penting dalam hidup mereka. Hidup dengan kanser bukan sesuatu yang mustahil jika anda mengetahui caranya. Artikel ini akan membantu anda untuk bagaimana menghadapi penyakit kanser ovari.

Mengendalikan perasaan

Apabila menerima perkhabaran mengenai kanser, anda mungkin akan melalui pelbagai tahap emosi seperti takut, marah, keliru, kecewa, rasa bersalah dan sebagainya. Emosi anda akan berubah atau menjadi tegang sepanjang dan selepas rawatan. Sesetengah wanita mendedahkan bahawa masa yang paling teruk adalah selepas rawatan, manakala terdapat juga yang merasa tertekan ketika proses rawatan. Mungkin dari masa ke masa, anda putus harapan dan merasakan tiada apa yang boleh anda lakukan selain bergantung harap kepada doktor dan nasib. Ia adalah satu perasaan normal, tetapi pemikiran negatif boleh menjejaskan anda dan merebak ke individu di sekeliling anda. Tanamkan dalam diri bahawa perasaan negatif yang anda rasakan ini akan terhakis dengan masa, tetapi anda perlu berusaha untuk mengatasi emosi anda terhadap individu di sekitar anda dan membenarkan mereka membantu anda untuk kekal positif.

Perubahan fizikal

Pesakit kanser akan mengalami beberapa simptom dan perubahan fizikal, sama ada disebabkan oleh kanser itu sendiri atau kerana kesan sampingan rawatan kanser. Beberapa simptom umum adalah seperti:

  • Loya dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Kesakitan
  • Abdomen bengkak
  • Keguguran rambut
  • Menopaus
  • Kelesuan
  • Sembelit

Tidak semua wanita merasai atau mengalami simptom ini. Pesakit perlu berbincang dengan profesional kesihatan jika terdapat kesan atau simptom yang muncul.

Memahami penyakit dihadapi

Fahami tentang penyakit dan rawatan akan membantu anda untuk mengetahui apa yang harus anda jangkakan dan bersedia secara fizikal dan mental untuk rawatan. Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang jenis penyakit kanser dan rawatan yang diperlukan dari internet. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk anda merujuk profesional dan pakar. Berbincang secara terbuka dan jujur dengan mereka tentang situasi anda, agar mereka dapat memberikan nasihat yang berguna tentang apa yang anda boleh lakukan untuk membantu diri anda dan bersedia mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang masalah yang mungkin berlaku.

Tip untuk mendapatkan maklumat terbaik apabila berjumpa doktor:

  • Sediakan senarai soalan
  • Bawa seseorang untuk membantu anda mengingati segala maklumat yang diperolehi

Sertai kumpulan sokongan

Sertai kumpulan sokongan adalah peluang terbaik untuk bertemu dan berbincang secara terbuka mengenai kanser dan mendengar pengalaman daripada individu yang pernah melalui situasi yang sama. Perkongsian dan meluahkan apa yang dirasa membantu pesakit untuk kurang merasa tertekan dan menjadi lebih optimistik tentang masa hadapan.

Jika anda tidak gemarkan kumpulan sokongan, tidak mengapa. Terdapat sesetengah wanita yang lebih gemarkan untuk mendapat sokongan satu sama lain daripada individu yang pernah lalui situasi yang sama.

Sukar untuk mengendalikan kanser dari aspek cabaran fizikal dan mental. Anda harus mempersiapkan diri dengan pengetahuan tentang penyakit, simptom dan rawatan agar anda tidak merasa terkejut dan lebih bersedia.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

About your emotions and cancer. http://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/coping/emotionally/emotions-and-cancer. Accessed August 12, 2017

What you can do. http://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/coping/practically/what-you-can-do. Accessed August 12, 2017

Living with ovarian cancer. https://www.healthdirect.gov.au/living-with-ovarian-cancer. Accessed August 12, 2017

Versi Terbaru

26/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bagaimanakah Kanser Boleh Dikesan? Ini Proses Diagnosis Yang Pesakit Perlu Tahu!

Ada Ahli Keluarga Menghidap Barah? Ini Tip Jaga Pesakit Kanser Daripada Penjaga Profesional


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan