backup og meta

Ini Apa Yang Akan Jadi Bila Kanser Kolon Mula Merebak Ke Tulang, Jaga-Jaga!

Apa makna kanser kolon tersebar ke tulang?

Kanser usus besar lanjutan adalah kanser yang bermula sama ada di laluan belakang (rektum) atau usus besar (kolon) dan telah merebak ke bahagian badan yang lain.

Ini Apa Yang Akan Jadi Bila Kanser Kolon Mula Merebak Ke Tulang, Jaga-Jaga!

Apa gejala kanser kolon tersebar ke tulang?

Antara gejala kanser yang telah merebak ke tulang anda termasuklah:

  • Sakit tulang
  • Kerapuhan tulang
  • Tahap kalsium yang tinggi dalam darah anda
  • Tulang belakang dimampatkan

Maklumkan doktor anda jika anda mengalami ketidakselesaan pada tulang, walaupun ia tidak berlaku secara berterusan.

Ini kerana, intervensi awal boleh mencegah kerosakan tulang daripada berlaku. Tulang yang lemah akibat kanser metastatik lebih mudah patah apabila anda jatuh atau cedera.

Selain itu, tulang yang lemah juga mungkin mudah pecah apabila anda hanya berjalan tanpa sebarang jenis trauma.

tulang penyebaran kanser kolon

Anda mungkin juga mungkin berasa sukar untuk bergerak disebabkan kesakitan daripada rehat.

Apabila kesan kanser kolon merebak ke tulang belakang, ia boleh memampatkan saraf tunjang, mencederakan saraf berdekatan dan menyebabkan kebas atau masalah dengan pundi kencing atau kawalan usus.

Anda juga mungkin berisiko menjadi lumpuh jika anda tidak mendapat rawatan segera apabila mengalami salah satu daripada perkara berikut:

  • Rasa kebas atau ketidakselesaan pada bahagian belakang badan
  • Mengalami kesukaran berjalan secara tiba-tiba
  • Hilang kawalan usus atau pundi kencing anda
  • Rasa letih
  • Kerap dahaga
  • Hilang selera makan
  • Kerap kencing
  • Berisiko mengalami koma jika anda tidak menerima rawatan

Diagnosis

tulang penyebaran kanser kolon

Bagi kesan kanser kolon yang menyebar ke tulang, doktor anda boleh melakukan ujian untuk menentukan sama ada kanser kolon telah merebak ke tulang anda atau sebaliknya.

Anda juga perlu menjalani ujian darah untuk menentukan tahap kalsium anda.

Anda mungkin perlu melakukan ujian seperti berikut:

  • X-ray
  • Imbasan badan
  • MRI

Rawatan 

Apabila berlakunya kesan kanser kolon anda, doktor anda mempunyai beberapa alternatif. Doktor mungkin akan membantu menguatkan tulang anda sebelum membaiki tulang yang patah.

Doktor akan menetapkan ubat-ubatan untuk membantu sakit tulang selain meningkatkan kekuatan tulang.

Terapi radiasi juga boleh digunakan untuk melegakan sakit tulang dan mengurangkan kemungkinan kepatahan tulang.

Semasa pembedahan, doktor akan menambah sokongan tambahan pada tulang yang lemah dengan memasukkan batang logam atau peranti lain.

Selain itu, doktor juga mungkin akan menyuntik simen tulang ke dalam tulang yang rapuh.

Doktor akan menyediakan rawatan kemoterapi, radiasi, terapi yang disasarkan, atau rawatan-rawatan lain.

Garis panduan untuk penjagaan tulang

tulang penyebaran kanser kolon

Selepas menerima rawatan, anda perlu mematuhi beberapa peraturan dan garis panduan penjagaan tulang.

Anda mungkin perlu menyesuaikan cara anda bergerak.

Jika anda mempunyai tulang yang lemah, doktor akan menyarankan penggunaan tongkat atau alat pejalan kaki.

Untuk melindungi tulang belakang anda pula, anda mungkin perlu memakai pendakap belakang badan.

Walaupun kanser kolon telah melemahkan tulang anda, anda masih boleh belajar bagaimana untuk menjadi lebih aktif apabila doktor anda menawarkan terapi fizikal.

Kesimpulan

Anda tidak boleh sembuh daripada kesan kanser kolon selepas ia telah merebak ke tulang anda.

Walau bagaimanapun, dengan rawatan yang betul, anda mungkin dapat meneruskan hidup dengan lebih lama, mengurangkan kesakitan dan gejala lain, selain meningkatkan kualiti hidup anda.

Walaupun kanser kolon ini mungkin telah merebak ke bahagian tulang anda, tidak bermakna anda tidak perlu menjalani terapi yang disediakan oleh pihak hospital.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Symptoms of advanced bowel cancer. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/bowel-cancer/advanced/symptoms-advanced-cancer. Accessed on September 7, 2022.

Bone Metastases. https://www.cancer.org/treatment/understanding-your-diagnosis/advanced-cancer/bone-metastases.html. Accessed on September 7, 2022.

Bowel cancer. https://www.cancervic.org.au/cancer-information/types-of-cancer/bowel_cancer/treatment_for_advanced_bowel_cancer.html. Accessed on September 7, 2022.

Bone metastasis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bone-metastasis/symptoms-causes/syc-20370191. Accessed on September 7, 2022.

Metastasis (Metastatic Cancer). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22213-metastasis-metastatic-cancer. Accessed on September 7, 2022.

Versi Terbaru

23/09/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

Takut Nak Jalani Pemeriksaan Kolonoskopi? Cuba 7 Kaedah Alternatif Ini


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan