brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Aduh, Sakitnya Kena Cakar Kucing! Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Dicakar?

Anak kena cakar kucing? Selepas kena cakar, ramai antara kita cenderung mengabaikannya kerana ia dianggap perkara kecil dan biasa berlaku. Namun, tindakan pantas dalam beberapa minit pertama boleh membuat perbezaan besar dalam mengurangkan risiko jangkitan!

Aduh, Sakitnya Kena Cakar Kucing! Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Dicakar?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Haiwan Peliharaan, sila dapatkannya di sini. 

5 Langkah segera selepas kena cakar kucing

Apakah yang perlu dilakukan jika dicakar kucing? Ikuti langkah berikut dengan kadar segera!

1. Basuh luka dengan segera

Basuh kawasan calar atau luka serta-merta menggunakan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya beberapa minit.

Ini adalah langkah paling penting kerana ia membantu ‘membuang’ bakteria yang mungkin terkena pada kulit sebelum sempat menyebabkan jangkitan.

2. Jangan biarkan luka berdarah tanpa dibersihkan

Jika luka berdarah sedikit, biarkan ia mengalir seketika sambil membasuh kawasan tersebut. Ini membantu untuk membersihkan luka daripada bakteria.

Namun, jika pendarahan tidak berhenti selepas beberapa minit tekanan lembut, dapatkan rawatan perubatan.

3. Sapukan antiseptik

Selepas dibasuh bersih, sapukan antiseptik pada kawasan luka untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan pada luka terbuka.

4. Tutup luka jika perlu

Bagi calaran yang lebih dalam, tutup dengan pembalut bersih untuk mengelakkan pendedahan kepada habuk atau bakteria lain dan tukar pembalut secara berkala.

5. Catat tarikh dan maklumat kucing

Jika mungkin, catat tarikh kejadian serta sama ada kucing tersebut peliharaan atau liar dan status vaksinasinya jika diketahui.

Maklumat ini berguna sekiranya anda perlu berjumpa doktor kelak.

Jika anda bakal bertemu dengan doktor. Ini yang akan berlaku:

  • Luka akan dibersihkan semula
  • Diberikan antibiotik jika diperlukan
  • Beri anda suntikan penggalak jika vaksin tetanus anda sudah melepasi had tarikh
  • Anda mungkin tergolong dalam risiko rabies
  • Doktor akan menentukan jika anda perlukan jahitan pada kawasan cakaran.

Adakah bahaya kena cakar kucing?

kena cakar kucing
Keadaan tangan yang kena cakar kucing.

Kuku kucing boleh membawa bakteria seperti Bartonella henselae, yang boleh membawa kepada penyakit calar kucing.

Penyakit ini disebarkan melalui kutu kucing. Penyakit ini juga mudah terjangkit diantara kucing terbiar berbanding kucing di rumah. 

Bakteria ini pula boleh disebarkan dari kucing kepada seseorang apabila calar itu tercemar dengan najis kutu (najis).

Jika kucing tersebut menggigit atau menjilat luka individu juga sudah boleh sebarkan bakteria.

4 Tanda-tanda yang perlu dipantau selepas kena cakar kucing

Selepas rawatan awal, pantau kawasan calaran selama 1 hingga 3 minggu untuk tanda-tanda berikut:

Kena cakar kucing? Bila perlu segera ke klinik? 

Jika cakaran yang dialami mempunyai tanda-tanda di bawah, ini bermakna anda perlu segera untuk dapatkan rawatan. Antaranya: 

  • Luka calaran dalam, luas, atau berdarah tanpa henti.
  • Kawasan calaran menjadi semakin bengkak, panas, atau menyakitkan selepas beberapa hari.
  • Demam yang berterusan atau bertambah teruk.
  • Perubahan penglihatan, kekeliruan, sawan, sakit kepala teruk, atau kesukaran bernafas .
  • Status vaksinasi tetanus anda yang tidak diketahui.
  • Kucing yang mencakar menunjukkan tingkah laku luar biasa atau disyaki tidak sihat.

Kesimpulan

Apabila kena cakar kucing, tindakan segera seperti membasuh luka dengan sabun dan air mengalir adalah langkah paling penting untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Walaupun kebanyakan kes sembuh tanpa komplikasi, anda tetap perlu pantau kawasan calaran selama beberapa minggu bagi mengelakkan isu kesihatan yang lain.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi