Ada Tompok Merah & Botak Pada Kulit Anjing? Awas, Ia Mungkin Masalah Kurap Dan Boleh Menjangkiti Manusia!
Tahu tak, anjing kurap adalah salah satu masalah kulit yang paling kerap dilaporkan oleh pemilik haiwan peliharaan di Malaysia? Hal ini disebabkan iklim panas dan lembap negara kita yang menjadikan ia kulat mudah membiak.

Ramai pemilik anjing keliru antara kurap dengan alahan kulit biasa kerana tanda-tandanya agak serupa pada peringkat awal. Artikel ini menerangkan tanda jangkitan kurap pada anjing, cara rawatan yang berkesan, serta risiko sebenar kepada manusia di rumah.
Untuk baca lebih banyak informasi tentang Haiwan Peliharaan, anda boleh klik di sini.
Apa itu kurap anjing?
Kurap (ringworm /dermatofitosis) adalah jangkitan kulat pada kulit, bulu dan kuku anjing. Kurap ini ‘hadir’ dalam bentuk ruam bulat seperti cincin pada kawasan yang dijangkiti.
Punca utama kurap pada anjing ialah kulat jenis dermatofit seperti Microsporum canis dan Trichophyton mentagrophytes.
6 Tanda-tanda kurap pada anjing
- Bulatan botak dengan bulu bertompok gugur, biasanya bermula kecil dan merebak ke luar.
- Kulit bersisik, kering, atau kelihatan berkerak di kawasan yang terjejas.
- Kemerahan dan keradangan ringan.
- Kuku yang rapuh atau berubah bentuk yang lebih teruk.
- Kawasan paling kerap terjejas ialah muka, telinga, kaki dan bahagian ekor.
- Sesetengah anjing menunjukkan gatal ringan, tetapi ada juga yang tidak menunjukkan tanda gatal langsung walaupun dijangkiti.
Awas! Penyakit ini boleh merebak sesama anjing dan juga manusia!
Punca jangkitan kudis buta pada anjing
- Sentuhan langsung dengan haiwan lain yang dijangkiti, termasuk kucing dan anjing liar.
- Persekitaran tercemar seperti tempat tidur,sikat bulu, atau kawasan rumput yang mengandungi spora kulat.
- Sistem imun lemah akibat usia, tekanan atau penyakit lain.
- Spora kulat boleh bertahan pada persekitaran sehingga berbulan-bulan, menjadikan pembersihan menyeluruh amat penting semasa rawatan.
4 Cara merawat kurap anjing
Rawatan kurap di bawah perlu dijalankan atas nasihat doktor haiwan:
1. Ubat antikulat topikal
Cara merawat kurap anjing yang mudah ialah dengan menggunakan salap, krim, atau syampu ubat khas yang disapu pada kawasan berjangkit.
2. Ubat antikulat oral, ubat kurap anjing
Jika kes yang lebih teruk atau merebak meluas, doktor haiwan mungkin preskripsi ubat makan seperti itraconazole atau terbinafine dalam tempoh beberapa minggu.
3. Pencukuran bulu

Bagi anjing berbulu panjang, mencukur bulu di kawasan terjejas boleh membantu ubat topikal bertindak dengan lebih berkesan serta mengurangkan penyebaran spora di persekitaran rumah. Namun, terdapat beberapa lagi cara merawat anjing kurap yang perlu diketahui oleh pemilik.
4. Bersihkan kawasan persekitaran
Jangan lupa untuk bersihkan tempat tidur, mainan dan kawasan yang kerap dilalui anjing menggunakan larutan yang sesuai untuk membunuh spora kulat yang tinggal.
Tempoh rawatan biasanya mengambil masa 4 hingga 6 minggu dan doktor haiwan mungkin akan menjalankan ujian kultur kulit untuk mengesahkan jangkitan telah benar-benar sembuh sebelum menamatkan rawatan.
Risiko kudis buta anjing kepada manusia
Kudis buta tergolong dalam penyakit zoonotik, iaitu boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia melalui sentuhan langsung atau perkongsian objek seperti tuala dan tempat tidur. Pada manusia, kurap biasanya menunjukkan ruam merah berbentuk bulatan dengan tepi yang lebih jelas berbanding bahagian tengah, disertai kegatalan dan kulit bersisik.
Kanak-kanak, orang tua, serta individu dengan sistem imun lemah lebih berisiko mengalami jangkitan yang lebih ketara. Walau bagaimanapun, jangkitan pada manusia biasanya mudah dirawat dengan ubat antikulat farmasi atau preskripsi doktor jika dikesan awal.
Ikut langkah ini untuk lindungi dari penyakit anjing kurap!
- Elakkan sentuhan langsung dengan kawasan kulit anjing yang menunjukkan tanda kudis buta sehingga rawatan selesai.
- Basuh tangan dengan sabun selepas menyentuh atau merawat anjing yang dijangkiti.
- Elakkan berkongsi tuala, sikat, atau alas tidur antara anjing dan ahli keluarga.
- Bersihkan rumah secara berkala, terutamanya kawasan yang kerap dilalui anjing.
Bila perlu berjumpa doktor haiwan?
Dapatkan pemeriksaan doktor haiwan jika anjing menunjukkan tanda bulu gugur, kulit bersisik atau sebarang perubahan kulit yang tidak normal. Diagnosis awal membantu mempercepatkan pemulihan anjing dan mengurangkan risiko jangkitan merebak kepada ahli keluarga di rumah.
Kesimpulan
Anjing kurap adalah masalah kulit biasa yang boleh dirawat dengan berkesan jika dikesan awal dan dirawat mengikut nasihat doktor haiwan. Dengan rawatan yang konsisten serta pembersihan persekitaran yang menyeluruh, risiko jangkitan berulang kepada anjing dan ahli keluarga dapat dikurangkan dengan ketara.