backup og meta

Selalu Kena Cakar Dengan Kucing? Jangan AMBIL MUDAH, Anda Mungkin Terkena CDC!

Selalu Kena Cakar Dengan Kucing? Jangan AMBIL MUDAH, Anda Mungkin Terkena CDC!

Bagi individu yang suka akan kucing atau yang membelanya, cakaran haiwan comel ini merupakan satu perkara yang biasa. Bagi mereka juga, ia mungkin tidak akan mendatangkan sebarang mudarat terhadap kesihatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat beberapa bahaya cakaran kucing terhadap anda.

Jom sama-sama kita kuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Mengapa cakaran kucing berbahaya?

kucing

Menurut seorang veterinar dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Patrick Mahaney, kuku haiwan comel ini sebenarnya adalah lebih tajam berbanding haiwan lain seperti anjing dan lebih berisiko mengakibatkan trauma.

Menurut beliau lagi, semakin besar trauma itu, semakin tinggi kemungkinan kawasan yang dicakar ataupun digigit itu mengalami infeksi.

Cakaran haiwan comel ini sebenarnya boleh mendatangkan sejenis penyakit yang dinamakan cat-scratch disease (CSD).

Penyakit ini adalah berasal daripada kucing dan akan tersebar melalui infeksi luka akibat cakaran ataupun gigitan kucing yang telah dijangkiti dengan CSD.

Ia juga boleh tersebar jika kucing tersebut menjilat bahagian luka yang terbuka. Kawasan yang terinfeksi ini kemudiannya akan berubah kemerahan dan membengkak serta mendatangkan kesakitan.

CSD adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Bartonella henselae.

Sebanyak 40% daripada haiwan comel ini terutamanya yang berumuh 1 tahun ke bawah sebenarnya membawa bakteria ini dalam tubuh mereka, namun tidak menunjukkan sebarang tanda berbahaya.

Pun begitu, bakteria ini akan mendatangkan bahaya kepada manusia.

Simptom penyakit CSD

Jika tidak dirawat dengan segera, CSD mungkin akan menyebabkan komplikasi serius kepada manusia. Walaupun sangat jarang berlaku, CSD boleh menjejaskan otak, mata, jantung dan pelbagai organ dalaman yang lain.

Kes sebegini kebanyakannya akan berlaku kepada kanak-kanak berusia 5 tahun dan individu yang mempunyai sistem imun lemah.

Bagaimana merawat cakaran kucing di rumah?

haiwan kesayangan

Bayangkan, anda sedang bermain-main dengan seekor kucing yang comel dan dengan tiba-tiba sahaja, kucing tersebut mencakar atau menggigit anda.

Apakah yang anda perlu lakukan? Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membasuh luka itu dengan air dan sabun.

Sekiranya luka tersebut mengalami pendarahan, tekankan kawasan luka tersebut dengan kain atau kapas yang bersih.

Jika pendarahan masih tidak berhenti, segera dapatkan bantuan doktor di klinik atau hospital.

Anda mungkin tidak tahu jika cakaran atau gigitan haiwan comel ini boleh mengakibatkan penyakit CDC atau tidak kerana simptom dan kesannya adalah sama seperti demam biasa sahaja.

Sebagai langkah berjaga-jaga, segera hubungi doktor jika anda was-was dengan kondisi diri untuk mendapatkan lebih kepastian. Ketahuilah bahaya cakaran kucing itu memang wujud dan perlu dielakkan dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

  • Penyakit Cakar Kucing
  • Ini 3 Sebab Anda Perlu Bergomol Dengan Kucing!
  • Kucing Anda Makin Kurus? 9 Perkara Ini Mungkin Puncanya

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.cdc.gov/healthypets/diseases/cat-scratch.html

https://www.petmd.com/cat/general-health/how-treat-cat-scratches-home.

Versi Terbaru

10/09/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tutup Dengan Plaster Atau Biar Terdedah, Yang Mana Satu Lebih Baik Untuk Merawat Luka?

Menyahkuman Sahaja Dah Cukup? Ini Cara Merawat Luka Kecil, Calar Dan Terbakar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/09/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan