Ini adalah satu lagi bahan dapur penting yang boleh anda gunakan untuk menanggalkan kesan karat dan hitam seterika.
Rendam pakaian yang telah dibasuh dalam air yang dicampur dengan secubit garam selama 20-30 saat.
Garam boleh membantu dalam mengurangkan kandungan besi daripada fabrik.
Namun, jangan rendam pakaian dalam air masin semalaman kerana ia boleh melunturkan warna pakaian anda.
#4. Cara hilangkan kesan seterika pada baju: Baking soda
Soda penaik atau baking soda adalah antara barangan dapur lain yang boleh anda gunakan sebagai cara hilangkan kesan iron pada baju.
Anda hanya perlu menambahkan satu sudu baking soda ke dalam setengah baldi air sejuk.
Pastikan pakaian anda direndam dalam larutan ini selama 20-25 minit dan kemudiannya basuh menggunakan sabun pencuci lembut.
Anda juga boleh menggunakan pes baking soda untuk tujuan ini. Buat pes dengan cara mencampurkan baking soda bersama air.
Setelah itu, sapukan pes ini ke atas kesan karat dan biarkan ia meresap ke dalam kotoran. Gosok dengan lembut menggunakan berus gigi lama atau berus dawai.
Anda perlu mengulangi langkah ini beberapa kali sekiranya terdapat kesan hitam dan karat yang sukar untuk dihilangkan.
#5. Krim tartar

Krim tartar juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan kesan seterika pada baju.
Caranya mudah sahaja. Ambil periuk dan rebus dua liter air dengan enam sudu krim tartar.
Setelah itu, tutup api dan biarkan ia sejuk sebentar. Kemudian, rendam pakaian yang mempunyai kesan seterika atau karat dalam air tersebut selama 1-2 jam untuk menghilangkan kesan kotoran degil.
Namun, elak daripada menggunakan kaedah ini bagi pakaian berwarna dan pakaian yang mudah rosak.
Kesimpulan
Walaupun kotoran degil akibat kesan seterika dan karat agak sukar untuk hilang, namun ia tidaklah mustahil untuk dilakukan jika tahu cara yang betul.
Ikuti sahaja 5 cara hilangkan kesan seterika pada baju yang kami kongsikan di atas ini ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen