Tikus yang kerap buat hal di dapur mungkin agak mudah untuk diuruskan. Cukup dengan memasang umpan atau perangkap sahaja. Namun, bagaimana pula jika tikus sering bersembunyi di kawasan siling rumah? Ini pantang larang tikus serta cara halau tikus atas siling yang anda kena buat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Pantang larang tikus: Apa yang buatkan tikus suka masuk rumah?
Sebelum anda mengetahui cara halau tikus atas siling, adalah lebih baik jika anda ambil maklum dahulu apakah punca yang menyebabkan tikus sering masuk ke kediaman.
Tahukah anda, apakah perkara atau benda yang sering menarik tikus untuk menceroboh masuk ke dalam rumah kita?
Ini antara faktor-faktornya:
- Kebersihan yang tidak terjaga. Jika tiba-tiba ada tikus dalam kediaman atau siling rumah anda, bermakna ia mempunyai akses mudah terhadap sumber air dan makanan. Selain itu, lokasi yang agak kotor juga menjadi tempat kegemarannya.
- Makanan. Tikus biasanya menyelinap masuk untuk mencari makanan. Ia akan makan apa sahaja yang dijumpai. Oleh sebab itu, kawasan dapur anda hendaklah sentiasa bersih dan elakkan makanan yang tidak ditutup atau sisa makanan yang bersepah.
- Keselesaan dalam rumah. Tikus amat gemar kawasan yang agak suam atau tidak sejuk. Ini kerana ia lokasi yang paling sesuai untuk ia menetap dan membiak. Jadi, selagi mana anda tidak membongkar sarangnya, selagi itulah ia akan terus menetap di situ.
Cara halau tikus atas siling
Memandangkan kawasan siling agak tinggi dan sukar dimasuki, teknik menghalau tikus juga sedikit berbeza berbanding menghalau tikus di dapur.
Ada beberapa kaedah dan cara yang boleh dipraktikkan bagi menghalau tikus daripada terus bermaharajalela di atas siling.
Ikuti tip-tip di bawah ini:
#1. Guna ubat gegat
Ubat gegat sangat beracun kepada tikus. Jadi, anda boleh gunakan ubat gegat untuk diletakkan di atas siling.
Pantau semula dalam tempoh 2 hingga 3 hari untuk mengelakkan bangkai tikus mereput di atas siling.
#2. Tuangkan ammonia
Tikus amat membenci bau ammonia. Oleh sebab itu, ia boleh menjadi antara cara halau tikus atas siling yang paling berkesan.
Anda hanya perlukan 2 sudu besar sabun pencuci pakaian, 2 cawan ammonia dan campurkan kedua-duanya dengan ¼ cawan air.
Letakkan dalam mangkuk dan biarkan di atas siling rumah.
#3. Guna minyak pati pudina
Bau pudina boleh dikatakan amat kuat, apatah lagi jika ia dalam bentuk minyak pati. Bau kuat minyak pati pudina ini boleh mengusir tikus daripada siling rumah anda.
Caranya agak mudah. Anda hanya perlu celupkan bebola kapas dalam minyak pati pudina dan letakkan di kawasan-kawasan yang sering didatangi tikus.
Letakkan juga di atas siling, di mana sarangnya berada.
#4. Cara halau tikus atas siling: Buat hirisan bawang
Tikus juga tidak sukakan bau bawang yang agak kuat dan tajam.
Hanya potongkan beberapa hirisan bawang dan letakkan pada lubang atau laluan tikus.
Tikus tidak akan mendekati kawasan tersebut lagi apabila terbau bawang.
Gantikan dengan hirisan bawang baharu selepas dua atau tiga hari. Anda boleh gunakan sama ada bawang besar atau bawang putih.
#5. Taburkan serbuk lada
Serbuk lada mempunyai bau dan rasa yang kurang menyenangkan kepada tikus.
Malah, serbuk lada juga menyebabkan tikus mengalami kesukaran untuk bernafas.
Oleh sebab itu, ada racun tikus yang menggunakan serbuk lada sebagai bahan utama.
Anda hanya perlu taburkan serbuk lada di kawasan dan laluan tikus.
#6. Cara halau tikus atas siling: Letak perangkap tikus
Perangkap tikus juga merupakan antara kaedah yang berkesan menangkap tikus hidup.
Ia boleh membantu mengurangkan bilangan atau populasi tikus dalam rumah anda.
Anda perlu memantau perangkap ini setiap hari untuk memastikan bangkai tikus tidak dibiarkan terlalu lama di atas siling.
Jangan biarkan tikus membiak atas siling!
Anda rasa tikus hanya menumpang tidur di atas siling rumah? Tidak sama sekali.
Jika anda tidak menghalaunya dengan segera, tikus akan mula menggigit dan merosakkan segala kabel, wayar dan kayu yang ada di atas bumbung.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh merosakkan bingkai pintu, kayu alang bumbung dan lain-lain lagi.
Oleh itu, segera bertindak untuk menghalaunya daripada terus beranak-pinak dengan lebih banyak.
Anda juga kena tahu cara bersihkan tahi tikus yang betul supaya tidak menyebabkan jangkitan penyakit.
[embed-health-tool-bmi]