Perasan tidak kalau anda simpan baju lama-lama di dalam rak, bakul atau almari, isu baju kuning akan terjadi terutama pada fabrik yang berwarna lembut seperti putih, krim, nude dan lain-lain? Tenang, kami ada cara terbaik untuk menyelesaikan masalah anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Kenapa baju kuning kalau anda lama tidak pakai?
Penjagaan baju dengan warna yang lembut seperti putih, beige, cream, khaki, peach, lavender, dan sebagainya memang amat mencabar kerana ia mudah kotor dan melekat pula warna lain.
Salah satu punca perkara itu terjadi adalah apabila ia tersimpan dan terkedap terlalu lama di dalam satu tempat sahaja. Walaupun selepas cucian dan rendaman, kesan kuning masih lagi ada.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Elak Beli Baju Warna Putih Sebab Takut Lusuh? Ini 5 Trik Agar Baju Lebih Putih Macam Baru Beli!
- Salah Cara Basuh Punca Warna Baju Asyik Luntur? Ini Kaedah Yang Betul Cuci Baju Berwarna!
Alasannya, baju yang berwarna lembut itu memang mudah terlihat kotor apabila terdedah dengan anasir luar seperti tumpahan makanan dan minuman, sisa sabun, kesan minyak, dan lain-lain.
Apabila ia tersimpan dan terkedap lama pula, ruang pengudaraan yang kurang baik bakal menjadi punca oksigen atau cecair berkumpul lantas menyerap dan memberi kesan pada warna baju.
Lama-kelamaan, baju anda akan terlihat kuning serta kotor! Apa yang anda boleh buat tentangnya?
Bagaimana mengembalikan baju kuning & kotor?
Kadangkala, anda mungkin terlupa akan baju yang tersimpan lama di dalam simpanan tidak kira sama ada ia baru atau telah lama dibeli ekoran lambakan pakaian. Maklum sahaja, individu akan berulang-ulang memakai pakaian yang menepati cita rasa sahaja.
Usah pula khuatir kalau ia sudah kotor dan kuning, kerana wujud banyak cara untuk mengembalikannya:
#1. Cuci baju menggunakan sabun buku
Pertama dan paling utama, individu boleh menggunakan sabun buku tidak kira jenis dan jenama bagi menghilangkan kesan kuning pada pakaian kerana ia memang cara paling berkesan.
Caranya adalah dengan gosokkan dan sentalkan sabun itu pada baju dengan berus berbulu halus. Kemudian, rendamkan ia seketika di dalam besen sebelum bilas dan jemur seperti biasa.
Bersihkan baju kuning dengan #2. Ubat gigi
Bukan sahaja ia boleh menghilangkan kekuningan pada gigi malah turut baju! Apa yang jauh lebih menarik, ubat gigi juga boleh membersihkan kotoran degil yang lain pada pakaian termasuk sos, kuah, kopi serta gincu jika ia disapu dan digosok dengan baik.
Bersihkan baju kuning dengan #3. Cuka putih
Ada sebab kenapa cuka sering dilumurkan pada dinding dan lantai rumah kerana bahan ini boleh membantu menanggalkan kekotoran degil yang melekat pada permukaan. Pakaian turut mungkin tidak terkecuali dan anda boleh menggunakan petua yang sama.