backup og meta

Menakutkan, Kadar Kematian Lebih Pantas Jika Hisap Vape? Ambil Tahu Sebabnya Ini

Menakutkan, Kadar Kematian Lebih Pantas Jika Hisap Vape? Ambil Tahu Sebabnya Ini

Sisa jerebu dan asap kenderaan mungkin masih mengaburi pandangan mata anda namun, harapnya ia belum lagi mengaburi pandangan anda tentang vape. Penularan penggunaan vape dalam kalangan belia tempatan sejak kebelakangan ini merupakan ombak kepada tsunami vape yang sedang melanda seluruh dunia. Daripada hanya 25 juta pengguna pada tahun 2015, jumlah pengguna vape global telah mencecah 41 juta pada tahun 2018. Kini, industri ini telah mencapai nilai USD19.3 bilion (RM80.452 bilion), berbanding USD6.9 bilion (RM28.76 bilion) 5 tahun sebelumnya. Dengan peningkatan jumlah pengguna di seluruh dunia dan variasi perisa yang semakin bertambah, industri ini tidak menunjukkan sebarang tanda berhenti.

Walau bagaimanapun, dengan 6 kes kematian dan ratusan kemasukan ke hospital akibat komplikasi pernafasan di Amerika Syarikat, cita-cita industri vape untuk menakluki seluruh penjuru dunia kini tampak suram. Khuatir akan epidemik penyakit respiratori yang baru, mesej yang sedang bergema di serata dunia kini menyeru semua pihak agar menjauhkan diri daripada penggunaan alat bekalan nikotina ini. Di sebalik penggunaannya yang tersebar luas, disertakan pula persepsi yang mesra belia dan ‘lebih sihat’ berbanding rokok, berikut adalah 3 sebab mengapa vape mampu mempercepatkan kadar kematian berbanding rokok:

1.Risiko kematian serta merta

Kematian akibat tembakau lazimnya disebabkan oleh penggunaannya yang memakan masa bertahun malah berdekad lamanya. Namun yang demikian, seperti apa yang disaksikan oleh pegawai kesihatan di Amerika Syarikat, kesan kesihatan akibat vape sudah mula boleh dilihat dalam tempoh hanya beberapa minggu atau bulan. Menurut pelbagai laporan, kesemua 6 kematian akibat penyakit respiratori baru ini membabitkan penggunaan alat ini yang secara relatifnya singkat. Kerosakan paru-paru akibat daripada alat ini adalah sangat drastik sehingga salah seorang daripada mangsa yang dikejarkan ke hospital, Adam Hergenreder, 18 tahun, disahkan mengalami tanda-tanda kerosakan kekal persis paru-paru seseorang yang berusia 70 tahun!

2.Ketidakpastian kandungan

Meneka apa yang mungkin terkandung dalam cecair vape ibarat cuba menembak sasaran di dalam gelap. Anda mungkin terkena beberapa sasaran tetapi lebih tinggi kemungkinan untuk tembakan anda tersasar dan tekaan anda meleset. Mustahil untuk anda tentukan apa yang terkandung dalam mana-mana cecair kerana resepi setiap perisa itu adalah berbeza walaupun daripada penghasil yang sama. Ini diterukkan lagi oleh kepelbagaian adunan daripada pengeluar yang berbeza dan juga kebebasan pengguna untuk mengadun sendiri campuran cecair mereka daripada perisa lain. Keadaan ini akan menggalakkan interaksi antara bahan kimia yang berpotensi untuk menghasilkan kompaun berbahaya. Contoh mudah adalah penghasilan asetal akibat tindak balas propilen glikol (PG) dan juga perisa berasaskan aldehid. Asetal adalah sejenis kompaun yang menghasilkan kesan kerengsaan kepada saluran pernafasan. Namun, asetal tidak dilabelkan dalam maklumat produk kerana penghasil tidak mengetahui tindak balas kimia yang menyebabkan pembentukannya. 

3.Lebih muda penghisap vape, lebih cepat komplikasi berlaku

Sekurang-kurangnya, penggunaan rokok di Malaysia dihadkan kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Tanpa kawalan umur seperti yang berlaku untuk produk tembakau, terdapat laporan yang menunjukkan penghisap vape berusia seawal 8 tahun! Penagih nikotina muda ini bukan sahaja terdedah kepada kesan sampingan dan komplikasi akibat nikotina, mereka juga terdedah kepada kesan kesihatan akibat pelbagai bahan kimia lain yang tidak diketahui.

Menurut Pusat Kawalan dan Pecengahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), purata usia pesakit yang menderita penyakit paru-paru akibat vape dalam epidemik baru-baru ini adalah 19 tahun.

Tidak berbaloi dengan ‘harga kesihatan’ yang terpaksa dibayar

Walaupun punca definitif komplikasi paru-paru akibat vape ini masih belum diketahui, pihak pengkaji masih mencari jawapan kepada punca penyakit respiratori baru ini. Kajian kohort untuk kesan kesihatan vape pula akan menelan masa yang agak lama namun pihak berkuasa memilih jalan selamat dan menyeru orang awam untuk tidak memulakan tabiat ini. Jangan biarkan kepulan asap mengaburi penilaian anda.

Jika anda bercadang untuk berhenti merokok, layari http://jomquit.moh.gov.my/.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vaping Is Suspected in a Fifth Death and Hundreds of Injuries. Science News, 2019.

Oregon Health Authority : State investigating death from severe lung illness linked to vaping : External Relations Division : State of Oregon https://www.oregon.gov/oha/ERD/Pages/State-Investigating-Death-Severe-Lung-Illness-Link-Vaping.aspx (accessed Sep 15, 2019).

Mystery vaping illness linked to sixth death https://www.independent.co.uk/news/world/americas/vaping-death-toll-e-cigarettes-illness-disease-vape-juul-thc-kansas-latest-a9100486.html (accessed Sep 15, 2019).

Illinois Resident Experiencing Respiratory Illness After Vaping Dies | IDPH http://dph.illinois.gov/news/illinois-resident-experiencing-respiratory-illness-after-vaping-dies (accessed Sep 15, 2019).

Jones, L. How Popular Has Vaping Become? BBC News. September 15, 2019.

Fifth death from mysterious lung illness linked to vaping https://www.independent.co.uk/news/world/americas/vaping-mysterious-lung-illness-death-toll-five-new-england-journal-medicine-a9095536.html (accessed Sep 15, 2019).

Almost One in 20 U.S. Adults Now Use e-Cigarettes. Reuters. August 27, 2018.

 

Versi Terbaru

20/10/2020

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Awasi Anak Anda, Ada Flavour Vape ‘Khayal’ Yang Dijual Secara Aktif Di Media Sosial!

5 Jenama Cat Paling Berbaloi Beli Tahun 2024, Boleh Bersedia Untuk Hari Raya Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 20/10/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan