backup og meta

Kongsi

Kesan Merokok Dari Usia Muda Lagi, Banyak Keburukan Tanpa Satu Pun Kebaikan!

Kesan rokok di usia muda mempunyai banyak keburukan berbanding kesihatan. Namun,  merokok sering dianggap sebagai simbol “kebebasan” atau “kematangan” oleh sesetengah remaja. Malah, persepsi ini membawa mereka ke jalan yang gelap dan penuh risiko. Kajian menunjukkan semakin ramai anak muda yang mula merokok seawal usia 13 tahun.

Tapi, tahukah anda bahawa sebatang rokok yang dihisap hari ini mungkin menjadi permulaan kepada masalah kesihatan yang serius esok hari?

Menurut Dr Zulkifli Ismail, pakar perunding pediatrik dan pakar kardiologi pediatrik daripada KPJ Selangor Specialist Hospital di dalam petikannya di Harian Metro, prevalens penyakit jantung dalam kalangan golongan muda, khususnya lelaki, di negara ini menunjukkan peningkatan yang semakin membimbangkan sejak tahun-tahun belakangan ini.

Hal ini kerana, ramai kanak-kanak yang mengamalkan corak hidup yang kurang aktif, tambahan pula sering ‘bertemankan’ telefon bimbit dan komputer, diet harian pula lebih kepada makanan diproses yang tidak seimbang kandungan nutriennya.

Juteru, kesan rokok menyumbang kepada masalah obesiti yang didapati semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak termasuk di luar bandar.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini

Apa kebaikan merokok di usia muda?

kesan rokok
Kesan rokok dan vape boleh menjejaskan kesihatan.

But pengtahuan anda, tidak ada kebaikan langsung jika anda merokok! Nikotin dalam tembakau boleh membuatkan anda ketagihan. Hal ini kerana, ia membuatkan otak anda mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil dopamin. Dopamine adalah bahan kimia yang mengelurkan ‘rasa baik’.

Dopamine boleh membuatkan anda berasa gembira, membantu anda untuk menumpukan perhatian dan memberi anda lebih tenaga.

Tetapi kesan ini tidak bertahan lama.

Apabila tahap nikotin dalam badan anda semakin berkurangan, otak anda memerlukan lebih banyak dopamin. Maka, semakin lama anda merokok, semakin banyak dopamin yang anda perlukan untuk berasa baik.

Perkara ini akan membuatkan anda ingin merokok lebih banyak. Maka, anda akan menjadi ketagih kepada tembakau.

Kesan merokok terhadap kesihatan, implikasi pada masa depan anda!

Kesan merokok pada kesihatan anda bermula apabila anda menyalakan sebatang rokok. Mari kita fahami kesan merokok terhadap kesihatan.

Kesan merokok terhadap kesihatan #1. Hilang deria penglihatan dan pendengaran

Ramai masih lagi tidak sedar bahawa kesan rokok akan menyebabkan mereka akan kehilangan deria penglihatan dan pendengaran sedikit demi sedikit.

Hal ini kerana, ia mengurangkan aliran darah ke bahagian dalam telinga. Ia juga boleh menyebabkan kerengsaan dan bengkak pada tiub Eustachian (tiub yang menyambungkan bahagian belakang hidung dengan telinga tengah) yang mengakibatkan kesakitan dan jangkitan.

#2. Mendapat penyakit kanser

Kesan rokok akan memudahkan anda mendapat penyakit kanser. Merokok didapati menyebabkan 16 jenis kanser dan berkait dengan sekurang-kurangnya enam jenis penyakit yang lain.

Antaranya ialah;

  • Leukemia myeloid akut
  • Kanser pundi kencing
  • Kanser serviks
  • Kanser kolorektal
  • Kanser esofagus
  • Kanser buah pinggang
  • Kanser laring (peti suara) dan kanser tekak
  • Kanser hati
  • Kanser paru-paru
  • Kanser mulut
  • Kanser pankreas
  • Kanser perut

Kesan merokok terhadap kesihatan#3. Ada beban kewangan yang tersembunyi

kesan rokok
Wang anda akan berkurangan kerana kerap membelii rokok.

Merokok ialah sesuatu yang mahal. Hal ini boleh disedari apabila anda semakin ketagih lebih-lebih apabila anda di bangku sekolah, kerana kekangan duit.

#4. Mudah dapat penyakit kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular seperti masalah hati dan stroke cenderung berlaku dan menjadi punca kematian utama untuk lelaki dan wanita!

Hal ini kerana, kesan rokok akan meningkatkan risiko pembekuan darah yang menghalang aliran darah ke jantung, otak atau kaki. Ada juga sesetengah perokok akhirnya dipotong anggota badan mereka kerana masalah peredaran darah akibat daripada merokok.

Mereka juga cenderung mengalami serangan jantung daripada orang yang tidak merokok. Mereka juga lebih cenderung untuk mati akibat serangan jantung pada usia yang lebih muda, walaupun dalam lingkungan 40-an.

#5. Masalah kesuburan

Kesan rokok akan menganggu kualiti sperma dan menjadikan anda ada risiko untuk keguguran kerana kandungan bahan yang ada di dalam rokok atau vape.

#6. Risiko ada masalah gigi, merupakan kesan merokok terhadap kesihatan

Merokok boleh menyebabkan anda mengalami risiko penyakit gusi, kehilangan gigi dan sensitiviti gigi. Apabila seseorang mengalami kerosakan gusi dan pada masa yang sama anda juga merokok, ia akan menyukarkan gusi mereka untuk sembuh!

kesan rokok
Merokok boleh membuatkan gigi anda kuning.

Masa depan terletak pada tangan anda

Merokok bukan sekadar satu perkara normal dan ia adalah pintu masuk kepada pelbagai masalah yang boleh menjejaskan kehidupan seumur hidup. Jika anda seorang remaja yang sedang merokok atau berfikir untuk mencuba, fikirkan semula. Hidup anda terlalu berharga untuk disia-siakan oleh sebatang rokok.

Bagi ibu bapa dan guru, peranan anda amat penting. Bimbinglah remaja untuk memahami kesan rokok dan jadilah contoh teladan dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Ingat, setiap sedutan membawa padah. Berhenti sebelum terlambat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Effects of smoking and tobacco https://www.health.gov.au/topics/smoking-vaping-and-tobacco/about-smoking/effects. Diakses pada 8 April 2025

Smoking https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17488-smoking. Diakses pada 8 April 2025

Smoking in young people https://stateofchildhealth.rcpch.ac.uk/evidence/health-behaviours/smoking-young-people/#ref-2. Diakses pada 8 April 2025

Smoking – effects on your body https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/smoking-effects-on-your-body. Diakses pada 8 April 2025

Dangers of Smoking at a Young Age https://www.frederickhealth.org/news/2021/august/dangers-of-smoking-at-a-young-age/. Diakses pada 8 April 2025

 

Versi Terbaru

10/04/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid

avatar

Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 10/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan