backup og meta

Barangan yang Tidak Patut DiPinjam Atau DiKongsi (Bahagian 1)

Barangan yang Tidak Patut DiPinjam Atau DiKongsi (Bahagian 1)

Anda tidak boleh mempunyai segala-galanya di dunia. Dalam sesetengah kes, anda perlu meminjam barangan tertentu daripada orang lain. Walau bagaimanapun, tidak semuanya sesuai untuk dikongsi. Elakkan 10 perkara di bawah. Perkongsian boleh menyebabkan penyakit tertentu tersebar.

Berus gigi

Apabila anda menggunakan berus gigi untuk membersihkan gigi anda, berjuta-juta kuman di dalam mulut anda menjadi tercemar dengan ubat gigi, darah, bakteria, air liur, dan debris mulut. Virus dan bakteria boleh hidup di permukaan berus gigi selama berminggu-minggu. Sesetengah kajian telah menunjukkan walaupun selepas membilas berus gigi kelihatan jelas, ia masih boleh tercemar.

Apabila anda meminjam berus gigi dari orang yang dijangkiti, anda boleh mendapat penyakit. Selepas memberus gigi anda, bersihkan berus gigi dengan air paip dengan teliti. Pastikan anda telah mengeluarkan semua ubat gigi dan debris. Sekiranya anda mempunyai penyakit atau masalah kekebalan tubuh, anda mungkin perlu merendam berus gigi di dalam pembersih mulut antibakteria. Kemudian biarkan berus kering. Jika terdapat banyak berus gigi yang tersimpan di satu tempat, cuba elakkan bersentuhan.

Pencukur

Anda menggunakan pencukur untuk mengeluarkan rambut yang tidak diingini. Apabila anda mencukur, ia juga membuang sel-sel kulit mati, kotoran, dan bakteria pada kulit anda. Oleh kerana menggunakan bilah boleh menyebabkan luka dan lecet, perkongsian pencukur juga boleh menyebabkan penyakit bawaan darah seperti hepatitis B, hepatitis C, atau HIV untuk menyebar.

Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai pencukur anda sendiri jika mahu mencukur. Anda juga boleh mempertimbangkan menggunakan buih cukur (shaving foam), ia boleh membantu mengurangkan risiko terpotong kulit anda. Basuh pencukur dengan teliti dan buang pisau pisau cukur sebaik sahaja anda selesai.

Pemotong kuku

Anda menggunakan pemotong kuku untuk memotong kuku anda di mana bakteria, kulat, dan ketuat tersembunyi. Walaupun anda meminjam peotong kuku daripada seseorang yang mempunyai kuku yang sihat, anda masih berisiko jangkitan. Anda lebih cenderung untuk mendapatkan jangkitan kuku kulat, HIV, atau hepatitis B (jika pemotong kuku memotong kulit anda).

Oleh itu, anda perlu mencuci pemotong kuku dengan alkohol sebelum digunakan. Jika anda mempunyai orang lain yang membuat kuku anda, sebaiknya minta mereka menggunakan instrumen anda.

Batu pumis

Batu pumis digunakan untuk mengeluarkan kulit mati. Apabila disapu pada kulit anda, boleh meningkatkan risiko calar. Perkongsiannya boleh membiarkan bakteria dan kulat dilepaskan dari orang ke orang.

‘Sharing is caring’. Walau bagaimanapun, barang peribadi tidak boleh digunakan oleh lebih daripada satu individu. Beberapa penyakit boleh tersebar melalui cara ini. Oleh itu, dapatkan kesedaran terhadap risiko untuk melindungi diri anda dan orang lain.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

The Ugly Truth About Your Toothbrush. http://www.webmd.com/oral-health/healthy-mouth-15/your-healthy-mouth/the-ugly-truth-about-your-toothbrush. Accessed April 4, 2017.

The Use and Handling of Toothbrushes. https://www.cdc.gov/oralhealth/infectioncontrol/factsheets/toothbrushes.htm. Accessed April 4, 2017.

Your Toothbrush May Have ‘Fecal Matter’. http://www.webmd.com/oral-health/news/20150604/sharing-a-bathroom-with-many-others-your-toothbrush-likely-has-fecal-matter. Accessed April 4, 2017.

Fungal Nail Infections. https://www.cdc.gov/fungal/nail-infections.html. Accessed April 4, 2017.

Eroglu C, Zivalioglu M, Esen S, Sunbul M, Leblebicioglu H. Detection of Hepatitis B Virus in Used Razor Blades by PCR. Hepatitis Monthly. 2010;10(1):22-25.

MRSA infection. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mrsa/basics/definition/con-20024479. Accessed April 4, 2017.

Sharing Personal Items Can Spread MRSA (Correctional Staff). https://www.cdc.gov/niosh/docs/2013-125/. Accessed April 4, 2017.

Hepatitis C – Women’s Health Guide. https://www.publichealth.va.gov/infectiondontpassiton/womens-health-guide/hepatitis/hepatitis-c.asp. Accessed April 4, 2017.

Koenig LM, Carnes M. Body Piercing: Medical Concerns with Cutting-Edge Fashion. Journal of General Internal Medicine.1999;14(6):379-385. doi:10.1046/j.1525-1497.1999.00357.x.

Survey Shows Risks of Borrowed Medicine. http://www.webmd.com/healthy-aging/news/20091111/survey-shows-risks-of-borrowed-medicine#1. Accessed April 4, 2017.

Versi Terbaru

20/06/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Deodoran Popular Untuk Wanita, Tak Melekit, Cepat Kering & Hilangkan Bau Ketiak!

Malu Ketiak Gatal Dan Menghitam? Jangan Risau, Kami Ada Solusinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan