Jom Kita Belajar Struktur dan Fungsi Kulit Manusia! Ia Juga Adalah Pelindung Kita?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Apa? Kulit manusia juga adalah organ?

Bercakap mengenai organ, mungkin anda akan membayangkan tentang hati, jantung, otak, dan buah pinggang.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya kulit manusia juga merupakan sejenis organ pada tubuh badan.

Malahan, ia merupakan organ paling besar dalam tubuh manusia dan saiznya boleh mencecah sehingga 20 kaki persegi!

Ramai individu mengambil berat mengenai kulitnya yang penting untuk penampilan diri tetapi mungkin tidak ramai yang tahu apakah struktur dan fungsi kulit.

Jom ikuti artikel ini untuk tahu mengenai kulit manusia dengan lebih lanjut!

Kulit manusia mempunyai 3 lapisan

Nampak nipis tetapi kulit anda sebenarnya mempunyai 3 lapisan:

  • Epidermis – lapisan kulit paling luar, kalis air dan memberikan warna serta tona kulit.
  • Dermis – berada di bawah epidermis, mengandungi tisu penghubung yang kuat, folikel rambut, dan kelenjar peluh.
  • Hipodermis – lapisan paling dalam ini mengandungi lemak dan tisu penghubung.

fungsi kulit

Sementara itu, warna kulit anda pula dikawal oleh sel bernama melanosit (melanocytes).

Sel ini terletak di lapisan epidermis dan menghasilkan pewarna atau pigmen yang disebut sebagai melanin.

Semakin banyak melanin dihasilkan, semakin gelap warna kulit seseorang.

Apakah fungsi kulit manusia?

Fungsi kulit boleh dibahagikan kepada 3 yang utama iaitu perlindungan, pengawalan (regulasi), dan deria rasa (sensation).

Perlindungan

Sebagai lapisan tubuh paling luar, kulit berperanan sebagai pelindung fizikal dari tekanan, kecederaan fizikal, radiasi, bahan kimia, dan mikroorganisme.

Tanpa kulit, tisu serta organ dalaman lebih terdedah kepada kecederaan dan jangkitan.

Persekitaran anda sebenarnya penuh dengan pelbagai mikroorganisme.

Anda harus bersyukur kerana mempunyai kulit sihat yang mampu berperanan sebagai pelindung yang menghalang kuman dari masuk ke dalam badan.

tip-penjagaan-kulit-pesakit-lupus

Pengawalan (regulasi)

Kulit manusia berperanan mengawal beberapa aspek fisiologi tubuh termasuk:

Deria rasa (sensation).

Kulit manusia mengandungi jaringan urat saraf yang luas.

Ia berfungsi mengesan deria rasa berbeza seperti panas, sejuk, sentuhan, dan sakit.

Gangguan pada deria ini boleh memberikan kesan yang besar.

Contohnya pesakit diabetes yang menderita kurang deria rasa membuatkan luka yang dialami (biasanya pada kaki) tidak disedari (tiada rasa sakit) sehingga mengalami jangkitan.

Kulit manusia adalah antara organ terpenting

Jadi, ternyatalah bahawa terdapat banyak fungsi kulit di sebalik strukturnya yang agak kompleks ini.

Oleh itu, hargailah organ terbesar tubuh badan ini sama seperti kalian menghargai diri secara total.

Tidak kira warna apa sekalipun, ia tidak membezakan kita dengan mana-mana individu yang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

Jangan tak tahu, ada diet untuk kulit cantik khas jika anda berhasrat menjaga kecantikan kulit. Jom klik artikel ini untuk tahu 5 jenis diet tersebut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

Kulit yang sihat berseri mencerminkan kesihatan yang baik. Untuk memilikinya, fahami asas pengetahuan kulit supaya penjagaan bersesuaian boleh diamalkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 30/12/2020 . 5 minit bacaan

Ramai Gemar Mandi Laut Tanpa Tahu Efeknya Kepada Kulit, Bermanfaat @ Bahaya?

Ramai yang gemar mandi laut namun tidak tahu bahawa mungkin akan ada kesannya terhadap kulit dan rambut bukan? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

Tidur malam sememangnya penting untuk kesihatan manusia. Tetapi, sejauh manakah anda mengetahui akan kepentingan tidur terhadap kesihatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 29/12/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sabun untuk ekzema

Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit vitiligo

Boleh Cuba Rawatan Untuk Penyakit Kulit Sopak, Caranya Jaga Makan & Ambil Vitamin

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
punca tumit merekah

Ini Punca Tumit Merekah, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Cara Mudah Merawatnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
tips muka glowing

Basuh Muka Dengan Air Panas? Eh, Jangan! Ini Tabiat Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan