backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Apa Fungsi Apendiks & Betulkah Cili Boleh Sebabkannya Tersumbat Lalu Jadi Radang Apendiks?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/07/2022

    Apa Fungsi Apendiks & Betulkah Cili Boleh Sebabkannya Tersumbat Lalu Jadi Radang Apendiks?

    Di bilik pembedahan seluruh dunia, pembedahan membuang apendiks yang disebut sebagai appendicectomy adalah pembedahan paling kerap dijalankan. Apendiks adalah sejenis serangan radang apendiks (atau appendicitis) sehingga terpaksa membuang organ tersebut.

    Bunyinya seperti organ ini adalah sekadar hiasan dan pautan tambahan (namanya pun apendiks) tanpa fungsi yang jelas. Betulkah andaian itu?

    Fungsi appendiks

    apendiks adalah

    Disebabkan kekerapan organ ini dibuang, ada pihak yang mengatakan bahawa fungsi apendiks adalah untuk dibuang dan sebagai sumber pendapatan kepada doktor.

    Sudah tentu ia hanyalah gurauan dan tidak tepat sama sekali. Tidak mungkin sesuatu bahagian atau organ di dalam badan manusia wujud tanpa fungsi.

    Antara fungsi apendiks adalah dalam sistem imun atau ketahanan badan.

    Tisu-tisu yang terlibat di dalam sistem imun (tisu limfoid) sejak lahir dan semakin bertambah sehingga mencapai kemuncaknya pada umur 20-an dan 30-an.

    Kemudian, jumlah tisu tersebut berkurang dan hilang apabila mencecah umur 60-an.

    Ia berfungsi dalam perkembangan sel limfosit B yang berperanan menghasilkan antibodi immunoglobulin A (IgA).

    Organ ini terletak di bahagian awal usus besar. Kandungan usus besar yang penuh dengan kuman di dalam najis membuatkan apendiks terdedah kepadanya. Ia langsung bertindak balas dengan memberikan perlindungan kepada badan melalui tisu limfoid di dalamnya.

    Dalam janin dan dewasa muda pula, apendiks didapati berperanan seawal proses pembesaran di dalam rahim. Ia menghasilkan beberapa hormon yang menyumbang kepada proses perkembangan janin.

    Kedudukan apendiks di bahagian awal usus besar

    Mengapa radang apendiks adalah sangat kerap berlaku?

    Radang apendiks atau appendicitis berlaku apabila organ tersebut tersumbat.

    Memandangkan ia hanya terbuka pada satu bahagian sahaja, manakala bahagian satu lagi tertutup, cecair, makanan atau najis terkumpul di dalamnya sehingga mengundang jangkitan serta radang.

    Antara punca tersumbat yang paling kerap adalah disebabkan oleh najis keras.

    Selain itu, bendasing atau ketumbuhan juga boleh melakukan hal yang sama. Jadi, tabiat pemakanan merupakan faktor yang sangat penting.

    Adakah biji cili atau buah menyebabkan ia tersumbat?

    apendiks adalah

    Fahaman yang banyak berlegar dalam masayarakat ini tidak benar.

    Biji cili tidaklah menjadi punca tetapi mengurangkan pengambilannya mungkin membantu menurunkan risiko. Satu kajian yang dijalankan telah menemui bahawa daripada 1,969 kes, hanya 8 kes sahaja ditemui biji yang tidak dihadam.

    Apa yang lebih utama adalah dengan memperbanyakkan pengambilan serat (buah-buahan dan sayur-sayuran) untuk mengelakkan najis keras dan sembelit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan