backup og meta

6 Fakta Tentang Kanser

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

    6 Fakta Tentang Kanser

    Kanser dilihat sebagai satu yang misteri bagi kebanyakan orang. Apabila mendengar berita ahli keluarga disahkan menghidap kanser, ia merupakan mimpi ngeri. Terdapat banyak salah faham terhadap kanser yang berlegar dalam masyarakat.

    Mari kita lihat 6 fakta tentang kanser di bawah.

    1. Kanser melibatkan semua umur

    Antara fahaman yang salah adalah kanser hanya melibatkan orang tua. Walaupun banyak kanser berlaku pada orang tua, ada juga kanser yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak, khususnya kanser tulang.

    2. Kanser tidak hanya berlaku di negara miskin dan membangun

    Kanser boleh melibatkan semua peringkat masyarakat, sama ada orang kaya atau miskin, di negara maju atau membangun. Namun sekitar 70 peratus darinya berlaku dalam negara berpendapatan rendah dan pertengahan kerana faktor-faktor risiko tertentu.

    3. Kanser payudara adalah kanser nombor satu wanita

    Di Malaysia, 1 daripada 19 wanita berisiko mendapat kanser payudara. Di Eropah lebih tinggi, iaitu 1 daripada 9 wanita. Ini adalah kerana faktor gaya hidup dan bilangan anak yang berbeza.

    4. Kanser paru-paru pula adalah kanser nombor satu lelaki

    Faktor risiko utamanya adalah merokok. Peratusan wanita juga semakin meningkat disebabkan peningkatan jumlah wanita yang merokok.

    5. Vaksin boleh mencegah kanser

    Tiada vaksin boleh mencegah kanser secara khusus tetapi ada beberapa jangkitan yang meningkatkan risiko kepada kanser. Contohnya adalah virus papilloma manusia (HPV) yang boleh menyebabkan kanser serviks dan virus hepatitis B yang menyebabkan kanser hati.

    Vaksin kedua-dua virus ini boleh mencegah kanser yang berkaitan.

    6. Tidak semua kanser berakhir dengan kematian

    Dengan perkembangan teknologi dan kajian terhadap kanser, ada beberapa kanser yang boleh dirawat. Antaranya ialah limfoma, leukemia dan kanser tiroid.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan