Sedang Merancang Keluarga? Ini Cara Ambil Pil Perancang, Bukan Boleh Main Makan Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda baru berkahwin? Tidak pasti bagaimana untuk pilih atau dapatkan pil perancang yang terbaik untuk kegunaan anda dan pasangan? Tahukah anda, ini adalah antara kaedah perancang keluarga yang murah dan efektif?

Jika anda sedang mencari info yang lebih lanjut mengenai pil perancang, jangan risau, anda sedang berada di artikel yang betul!

Ikuti panduan ini supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak!

Pilih kaedah perancang keluarga yang terbaik

Jika anda dan pasangan pilih untuk mengambil pil perancangan kehamilan, anda merupakan antara ribuan lagi pasangan lain yang turut menggunakan cara yang sama.

Pil perancang merupakan bentuk kontraseptif yang paling popular. Tambah lagi, cara ini merupakan kaedah yang paling mudah dan efektif.

Jika anda sudah berkahwin, berumur antara 20-35 tahun, dan tidak bersedia menimang cahaya mata, anda digalakkan untuk mengamalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai dengan gaya hidup dan kewangan.

Kaedah kontraseptif sedia ada seperti cara mengira masa subur ataupun ‘pancut luar’ tidak dapat menghalang kehamilan daripada berlaku.

Malah, ramai yang mendapat ‘anak segera’ hasil daripada hubungan seksual yang sebegini.

Pil kontraseptif boleh bantu wanita daripada mengalami sebarang ‘pregnancy scare’ ataupun rasa takut jika mengandung.

Bukan semua wanita mampu untuk menimang cahaya mata. Pertambahan bilangan anak boleh menjejaskan kewangan institusi keluarga jika tidak dirancang dengan baik.

Oleh itu, penting untuk anda pilih kaedah yang paling sesuai untuk kesejahteraan ibu dan juga keluarga. Mental ibu juga lebih terjaga jika anda amalkan pengambilan pil perancang secara konsisten.

Dimana boleh saya dapatkan pil perancang?

kaedah perancang keluarga

Pil perancang boleh dibeli di mana-mana sahaja farmasi di seluruh negara. Ia boleh dibeli secara terus tanpa sebarang konsultasi daripada doktor.

Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pasangan yang baru berkahwin, anda perlulah ambil tahu serba sedikit tentang cara pengambilan pil perancang yang betul.

Selain itu, anda juga perlu tahu sama ada boleh ambil pil kontraseptif kecemasan bersama-sama dengan pil perancang ataupun tidak.

Info yang lebih lanjut boleh didapati daripada ahli farmasi yang bertugas. Mereka juga akan menjelaskan tentang ubat yang anda beli dengan lebih lanjut.

Tidak salah jika anda mahukan sesi konsultasi daripada doktor. Malah, doktor juga boleh mencadangkan kepada anda jenis ataupun jenama pil perancang yang terbaik berdasarkan sejarah penyakit anda!

Pil perancang boleh dapat percuma?

Jika anda mempunyai masalah kewangan, anda boleh dapatkan pil perancang daripada klinik kerajaan ataupun klinik LPPKN terdekat dengan bayaran serendah RM5.

Harga pil perancang yang dijual di pasaran berada dalam lingkungan RM10 hinggalah RM50. Pil kontraseptif kecemasan pula boleh dibeli dengan harga bermula daripada RM5 hingga RM15.

Bagaimanakah cara penggunaan pil tersebut?

kaedah perancang keluarga

Cara pemakanan pil adalah mudah. Anda hanya perlu makan sebiji pil sehari. Jangan lupa makan pil kerana ia boleh membuatkan ubat tersebut kurang efektif.

Anda tidak perlu tunggu hari pertama datang bulan ataupun hari terakhir period untuk makan pil perancang. Anda boleh mula bila-bila masa yang anda suka!

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menggunakan kondom selama 7 hari selepas anda makan pil. Ubat perancang kehamilan mungkin perlukan 7 hari sebelum ia benar-benar efektif.

Sebagai panduan, anda boleh:

  1. Ambil pil pertama mengikut hari yang betul dan minggu yang betul.
  2. Makan pil tersebut setiap hari hingga habis.
  3. Berhenti makan ubat ketika anda sedang datang bulan (7 hari).
  4. Makan ubat yang baru pada hari ke-8 setelah habis menstruasi.

Selain itu, anda juga perlu tahu tentang jenis pil perancang yang diambil. Jika anda ambil pil jenis kombinasi, anda mungkin perlu tunggu selama 7 hari untuk selamat daripada kehamilan.

Jika anda ambil mini pills, anda akan terus selamat selama 48 jam selepas pengambilan pil tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan jika terlupa makan pil

Jika anda terlupa, ataupun terlambat makan pil, kaedah kontraseptif ini akan jadi kurang berkesan.

Risiko untuk anda hamil bergantung kepada bila anda lupa makan pil dan berapa banyak pil yang anda terlupa untuk makan.

Jika anda muntah ataupun alami cirit-birit setelah makan pil tersebut, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanapun, gunakan kondom sebagai langkah berjaga-jaga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

Pil perancang kehamilan dikatakan mempunyai kesan sampingan termasuklah meningkatkan saiz payudara. Betul ke ni? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Makan Morning After Pill Jika ‘Terbabas’ Bersama Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

Ramai yang fikir kita boleh ambil pil morning after tanpa had. Persoalannya, berapa kali boleh ambil pil perancang kecemasan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

Belum Bersedia Jadi Ibu? Ambil Pil Cegah Hamil, Penyelamat Selepas Si Dia Pancut Dalam!

Bingungnya selepas bersenggama tanpa perlindungan! Belum bersedia lagi untuk ada anak? Jangan risau, kenali pil kontrasepsi darurat dalam artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nana Muhammad
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/07/2020 . 3 minit bacaan

5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

Ramai yang menggunakannya tapi tidak tahu cara makan pil perancang yang betul. Jom klik artikel untuk belajar 5 perkara yang perlu dielak!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesuburan wanita

Pernah Ambil Pil Perancang, Dan Kini Ingin Hamil Semula, Bagaimana Nak Tahu Bila Waktu Subur?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
sindrom ovari polisistik

Alami Gejala PCOS? Boleh Cuba Kaedah Kawalan Kelahiran Ini Untuk Kurangkannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
pil perancang

Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
pil pencegah kehamilan

Benarkah Pil Perancang Mempengaruhi Fasa Menopaus? Wanita ‘Tengah Merancang’ Wajib Baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 26/08/2020 . 3 minit bacaan