Wanita Boleh Klimaks Banyak Kali? Ini 7 Mitos Tentang Orgasme Yang RAMAI Orang Percaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Ramai yang beranggapan, apabila seorang lelaki itu telah pancut atau berejakulasi, maka dia telah mencapai klimaks. Adakah ia benar? Bagaimana pula dengan klimaks wanita? 

Terdapat beberapa perkara yang telah lama menjadi kepercayaan masyarakat berkenaan klimaks atau orgasme. Untuk mencapai klimaks wanita khususnya, terdapat pelbagai kaedah atau kepercayaan yang sering dilakukan bagi mendapatkan orgasme dengan cara tertentu. 

Persoalannya, adakah kesemua yang dipercayai ini benar-benar membuatkan wanita klimaks?

7 mitos berkenaan klimaks wanita

klimaks wanita

#1. Setiap orang akan mengalami klimaks semasa bersenggama

Mungkin ada yang beranggapan terdapat sesuatu yang tidak kena dengan anda sekiranya tidak mencapai klimaks ketika melakukan hubungan seks. 

Menurut Ahli Terapi Seks, Rachel Hoffman, tidak semestinya wanita akan mendapat klimaks ketika melakukan hubungan intim. Ini kerana, orgasme atau klimaks juga boleh berlaku tanpa perlakuan seks, iaitu seperti melancap dan juga foreplay. 

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sex & Marital Therapy, hanya sekitar 18% daripada wanita yang mencapai klimaks ketika melakukan hubungan intim.

Tetapi, ini tidak bermakna bahawa anda tidak perlu berusaha untuk mencapai klimaks sewaktu berhubungan. Ini juga tidak bermakna bahawa seks anda gagal sekiranya tidak mencapai klimaks.

Apa yang paling penting adalah kepuasan yang berjaya dicapai oleh anda dan pasangan. Sekiranya suami dan isteri berasa puas, ia sudah cukup untuk melambangkan tahap pencapaian seks.

#2. Klimaks hanya 1 jenis sahaja

Ada yang percaya hanya terdapat 1 bahagian untuk wanita mencapai klimaks. Ada pula yang percaya bahawa klimaks wanita boleh dicapai melalui beberapa bahagian seperti G-spot, faraj, dan kelentit.

Pakar berselisih pendapat berkenaan hal ini. Ahli Terapi Seks, Jessa Zimmerman menyatakan, adalah penting untuk memahami bahawa kelentit adalah satu organ yang lebih besar daripada apa yang kita sangkakan, bukan sekadar biji kelentit.

Ini kerana apa yang kita lihat di luar hanyalah hujungnya sahaja. Ia lebih panjang daripada itu dan berada di sepanjang faraj. 

Oleh itu, apa sahaja rangsangan yang menyebabkan anda klimaks sebenarnya adalah disebabkan oleh pengaktifan kelentit pada bahagian luar dan juga dalam faraj.

Ini menunjukkan bahawa kesemua klimaks yang berlaku adalah disebabkan faktor yang sama kerana ia berpunca daripada bahagian yang sama.

Walau bagaimanapun, sebahagian wanita menyatakan, sesetengah jenis klimaks yang dirasakan adalah berbeza. Ia bergantung kepada bahagian tubuh mana yang disentuh dan jenis rangsangan yang diterima. 

#3. Ada sesuatu yang tidak kena pada anda jika tidak mencapai klimaks

Terdapat sebilangan individu yang mungkin sukar atau sedikit bermasalah untuk mendapat klimaks ketika berhubungan intim. Jika anda salah seorang daripadanya, jangan risau kerana ia bukanlah satu masalah.

Jika anda mengalami kesukaran untuk mencapai klimaks, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba. Pertama sekali, tanya diri anda beberapa soalan seperti, 

“Apakah yang telah saya usahakan untuk mencapai klimaks?” atau,

“Adakah saya boleh mencapai klimaks jika melancap?”

Ini kerana terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda tidak mampu mendapat klimaks ketika seks seperti keresahan, kesan ubat-ubatan, dan tahap perubahan hidup (menopaus, kehilangan atau pertambahan berat badan, stres di tempat kerja).

#4. Wanita sepatutnya boleh mencapai klimaks beberapa kali

klimaks wanita

Ada sesetengah individu yang boleh mencapai klimaks sebanyak beberapa kali dalam hanya satu malam. Ada juga yang hanya boleh mendapat sekali klimaks sahaja. Seberapa banyak pun jumlah rekod anda mencapai klimaks dalam satu malam, kedua-duanya adalah normal. 

Ini kerana, setiap wanita adalah berbeza dan masa yang diambil untuk kembali bertenaga setelah klimaks juga berbeza. Oleh itu, tiada jumlah klimaks yang spesifik untuk wanita kerana semuanya adalah normal. 

#5. Semua keadaan klimaks adalah sama untuk setiap orang

Agak sukar untuk seseorang itu menyatakan dengan tepat berkenaan rasa klimaks yang dialami. Oleh itu, susah juga untuk menentukan sekiranya apa yang anda rasakan itu sama dengan apa yang dirasai oleh orang lain.

Menurut Rachel Hoffman, terdapat pelbagai tahap yang berbeza bagi berlakunya klimaks dan tidak semua orang boleh mengalami kesemua jenis klimaks. Sesetengah wanita berejakulasi dengan mengalami klimaks, manakala yang lain pula tidak mengalaminya. 

Terdapat pelbagai emosi dan juga sensasi fizikal yang boleh dirasai oleh seseorang itu ketika mengalami klimaks. Oleh itu, sebenarnya apa yang dirasai oleh orang lain sememangnya tidak sama dengan perasaan atau pengalaman anda sendiri ketika mencapai klimaks.

#6. Menggunakan sex toy dengan kerap boleh menghilangkan rasa sensasi pada kemaluan anda dan sukar untuk anda mengalami klimaks

Jika anda terfikir bahawa penggunaan vibrator dengan kerap boleh menjejaskan kebolehan anda untuk mencapai klimaks, anda sebenarnya tidak perlu khuatir. Ini kerana vibrator sebenarnya tidak akan menghilangkan rasa sensasi tersebut.

Tetapi, terdapat kemungkinan jika anda sudah terbiasa dengan kesan yang didapati daripada vibrator, anda akan merasakan bahawa seks biasa atau melancap sudah menjadi kurang memuaskan disebabkan kesan yang diberikan tidak sehebat kesan daripada vibrator.

Anda cenderung untuk mendapat klimaks lebih cepat melalui penggunaan vibrator kerana anda sentiasa diberikan rangsangan tanpa henti. Oleh sebab itu, jika anda membandingkan penggunaan vibrator dan aktiviti seks bersama pasangan anda, ia sememangnya sangat berbeza. 

Ini yang kemudiannya menyebabkan timbulnya mitos bahawa penggunaan vibrator boleh menyebabkan hilang rasa sensasi untuk klimaks wanita.

#7. Seks faraj adalah cara terbaik untuk wanita mencapai klimaks

Menurut Mayo Clinic, kebanyakan wanita tidak mencapai klimaks dengan hanya melalui seks faraj semata-mata. Satu pertiga wanita boleh mencapai klimaks ketika seks sekiranya mereka mempunyai rangsangan tambahan seperti rangsangan oral atau manual. 

Sebagai contoh, terdapat juga wanita yang mencapai klimaks disebabkan oleh rangsangan di bahagian tubuh yang lain seperti rangsangan yang dilakukan oleh suami mereka terhadap puting dan payudara mereka. 

Kesimpulan

klimaks wanita

Tidak terdapat sebarang cara yang tepat atau tertentu yang boleh membuatkan klimaks wanita. Ini kerana setiap wanita mempunyai tahap klimaks atau orgasme yang berbeza dan pengalaman mereka adalah tidak sama antara satu sama lain.

Sebagai suami, cara terbaik untuk anda membantu si isteri mencapai klimaks adalah dengan bertanya kepada mereka apakah yang mereka mahukan sebagai rangsangan ketika melakukan seks.

Jika mereka mahukan anda melakukan itu dan ini terhadap mereka, cuba turutinya kerana mereka mungkin akan lebih mudah mencapai klimaks hasil daripada rangsangan yang anda berikan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang tidak anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 16/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

    Dalam sistem pembiakan seseorang wanita, tiub fallopio adalah tempat berlakunya persenyawaan di mana sperma akan cuba memasuki sel telur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/10/2020 . 3 minit bacaan

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    alat permainan seks

    Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit gonorea

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang pelvik

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesuburan wanita

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan