backup og meta

Nak Jadi Abang Sado, Boleh Ke Kalau Ambil Suplemen Protein Tapi Tidak Angkat Besi Di Gym?

Nak Jadi Abang Sado, Boleh Ke Kalau Ambil Suplemen Protein Tapi Tidak Angkat Besi Di Gym?

Ramai individu terutamanya lelaki pasti akan memasang impian untuk mendapatkan tubuh badan yang tegap dan sasa, atau bahasa pasarnya, ‘sado’.

Disebabkan itu, pelbagai suplemen terutamanya dalam bentuk susu protein akan dicuba oleh mereka bagi merealisasikan hasrat murni ini.

Pun begitu, tidak kurang juga yang hanya sekadar mengambilnya tanpa meluangkan masa untuk bersenam dan berlatih di gimnasium.

Persoalannya, adakah seseorang itu boleh jadi sado jika ambil susu protein tanpa pergi gim? Jom ikuti artikel!

Apa itu susu protein?

Sebelum itu, wajarlah untuk kita tahu definisi sebenar tentang perkara ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, susu protein atau serbuk protein adalah sejenis suplemen yang diambil sebagai makanan tambahan khususnya bagi penggemar bina badan.

Suplemen protein ini datang dalam pelbagai bentuk dan antara yang paling popular adalah kasein, soya dan dadih.

Dadih adalah yang paling kerap digunakan oleh individu ekoran sifatnya yang mudah dibancuh dan larut dalam air.

Dalam pada itu, ia juga merupakan suplemen yang paling lengkap kerana mempunyai 9 jenis asid amino penting untuk keperluan manusia.

bina badan

Kenapa ia banyak diambil oleh penggemar bina badan?

Ini kerana susu protein mempunyai asid amino (leusina) yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran otot individu.

Selain itu, pengambilannya juga membantu tubuh badan menyerap protein dan pelbagai nutrien lain dari diet seharian bagi perkembangan otot secara semula jadi.

Whey Protein Institute (WPI) menggelarkan serbuk protein ini sebagai ‘piawaian emas’ kerana ia membantu atlet mendapatkan dan mengekalkan jisim badan tanpa lemak serta fizikal yang mantap.

Ambil susu protein tanpa pergi gim?

Baiklah, sekarang kita semua mesti sudah faham definisi sebenar suplemen atau makanan tambahan untuk perkembangan otot ini.

Sekarang, kita beralih pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu adakah individu boleh jadi sado jika ambil protein tanpa pergi gimnasium?

Jawapan mudahnya adalah tidak, tubuh badan individu tidak akan berubah menjadi tegap dan sasa jika tiada aktiviti fizikal yang dilakukan!

Ketahuilah bahawa ia hanya sekadar suplemen yang diambil untuk membantu perkembangan otot dan bukan untuk pertumbuhan dan pembesaran otot secara semula jadi.

Apa yang membuat otot pada tubuh badan anda naik sebenarnya adalah hasil daripada aktiviti fizikal anda seperti mengangkat berat dan menggalas beban di gimnasium.

Pengambilan serbuk protein ini pula adalah sebagai pelengkap atau penawar untuk membaiki dan membaik pulih otot yang ‘dipecahkan’ melalui senaman dan latihan.

susu protein

Pun begitu, kami juga tidak kata yang anda tidak boleh ambil susu protein jika tidak pergi gim ya?

Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Newcastle, Australia, pengambilan serbuk protein pada waktu sarapan mungkin boleh mengurangkan risiko diabetes selain menambah tenaga, fokus dan tidur yang lebih baik.

Tetapi, mungkin akan timbul masalah lain pula jika ambil suplemen protein tanpa mengunjungi gimnasium!

Anda bukan akan sado, tapi akan gemuk?

Seperti mana yang kita semua sudah sedia maklum, serbuk protein sangat membantu dalam proses menumbuhkan atau membesarkan otot tubuh badan.

Disebabkan itu, ramai penggemar bina badan akan mengambilnya sebagai makanan tambahan yang boleh membantu merealisasikan hasrat mereka itu.

Pun begitu, segalanya mungkin agak mustahil untuk dicapai jika tiada sebarang aktiviti fizikal yang dilakukan untuk ‘memecahkan’ otot terlebih dahulu.

Kesannya, anda mungkin akan gemuk dan bukan sado!

gemuk

Ini kerana susu protein terkenal dengan kandungan kalori yang sangat tinggi, bergantung kepada bahan dan ramuannya.

Segala protein yang masuk ke dalam badan anda tanpa aktiviti fizikal ini akan mencipta lemak dengan bertukar kepada glukosa.

Inilah punca perut anda membuncit dan lemak mula berkumpul pada tubuh badan lantas menjadikan anda kelihatan gempal.

Akibatnya, pelbagai kondisi kesihatan yang lebih teruk mungkin boleh terjadi kepada kalian pula kelak.

Ambil protein jika sudah bersedia untuk aktif!

Konklusinya, tidak salah untuk anda ambil suplemen protein jika malas untuk bersenam atau berlatih di gimnasium.

Cuma kalian perlu ingat bahawa perbuatan ini mungkin akan menambahkan berat badan tanpa efek ‘sado’ yang diidam-idamkan.

Oleh itu, ambil protein jika anda sudah bersedia untuk aktif sahaja ya!

Sebelum itu, berjumpalah dengan doktor atau pakar nutrisi untuk mendapatkan konsultasi tentang impian anda itu terlebih dahulu agar tubuh badan dapat jadi cantik di samping kuat dan sihat.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://www.myhealth.gov.my/serbuk-protein-bina-badan/
  2. https://www.nap.edu/read/10490/chapter/32
  3. http://www.medsci.org/v14p0648.htm
  4. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/expert-answers/protein-shakes/faq-20058335
  5. https://www.sci-mx.co.uk/blog/can-drink-protein-shakes-without-working/
  6. https://healthyeating.sfgate.com/can-drink-protein-shake-dont-work-out-6140.html

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tiada Gimnasium? Lakukan Senaman di Rumah

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan