Menggalakkan Kesihatan Otak: Makanan Kaya Omega-3

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Omega-3 sering berada di tangga teratas dalam mana-mana kesihatan otak, mengikut penyelidikan. Kajian membuktikan bahawa 8% berat otak anda diperbuat daripada asid lemak Omega-3. Bagi mendapat manfaat sepenuhnya, kita harus mengetahui makanan yang sesuai dan kuantiti yang perlu dimakan.

Manfaat Omega-3

Asid lemak Omega-3 dapat meningkatkan lapisan otak dan pembentukan sel otak yang baharu. Ia juga dapat membantu anda melawan masalah mental seperti depresi, demensia kerana ia dapat meningkatkan mood dan memori anda. Walau bagaimanapun, ramai golongan dewasa dipercayai mempunyai kekurangan lemak asid Omega-3. Ia dikaitkan dengan penyakit jantung, kanser, artritis dan penyakit kronik yang lain.

Sumber lemak asid Omega-3

Anda boleh mendapati lemak asid Omega-3 di dalam produk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Biji flaks atau minyak biji flaks, biji chia, kacang walnut, kacang soya merupakan sumber lemak asid Omega-3 yang baik Walau bagaimanapun, minyak sayuran yang lain seperti jagung, soya, kesumba dan minyak soya yang tinggi dengan lemak asid Omega-6, yang mana merupakan sejenis lemak yang bagus, tetapi ia hanya boleh diambil dalam nisbah 3:1 berbanding lemak asid Omega-3 kerana pengambilan lemak asid Omega-6 yang berlebihan boleh menyebabkan keradangan kronik.

Sumber lemak asid Omega-3 yang terbaik adalah ikan air sejuk. Salmon, halibut, sardin, makeral, atau hering jika ditangkap dalam lautan liar adalah yang terbaik untuk anda. Sekarang di pasar, terdapat beratus-ratus jenama ladang yang menjual ikan ternakan tetapi masih mengiklankan produk mereka sebagai ikan liar pada label produk. Kebanyakan ikan ladang tercemar dengan racun perosak, mempunyai lebih banyak lemak asid Omega-6 kerana ikan-ikan ini diberi makan dengan minyak sayuran, dan kurang lemak asid Omega-3. Namun masih disarankan oleh doktor untuk mengambil ikan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu kerana manfaatnya masih lagi melebihi risiko.

Tambahan lagi, lemak asid Omega-3 telah lama terbukti penting bagi kesihatan bayi. Kajian menunjukkan bayi yang diberi lemak asid Omega-3 yang cukup akan membesar dengan paras kebijaksanaan yang lebih tinggi, kemahiran komunikasi dan sosial yang lebih baik. Selain itu, bayi tersebut mempunyai risiko rendah untuk menghidapi ADHD (Gangguan hiperaktif kurang tumpuan), autisme, palsi serebral dan penglihatan yang kurang jelas.

Kesimpulannya, kekurangan lemak asid Omega-3 ini mudah untuk dijelaskan kerana kita tidak mendapat lemak asid Omega-3 dengan cukup di dalam diet seharian kita. Oleh itu, pengambilan makanan tambahan adalah langkah yang baik. Makanan tambahan bagi lemak asid Omega-3 yang paling popular adalah minyak ikan. Terdapat bukti yang menunjukkan minyak ikan boleh mengurangkan simptom-simptom ADHD, kerisauan, depresi, hilang memori atau gangguan bipolar. Ia juga boleh mencegah strok dan penyakit kognitif bagi golongan tua.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Terfikir Nak Pecahkan Air Ketuban Sebab Tak Sabar Tunggu Bayi Lahir? BAHAYA, Mama! Jangan Buat Ini!

    Kontraksi tidak berlaku sedangkan waktu jangkaan bersalin sudah tiba. Terfikir untuk pecahkan air ketuban di rumah? Sabar... baca penjelasan ini dahulu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Buat Main! Angkara Tulang Rapuh, Kehidupan & Pekerjaan Seharian Anda Akan Terjejas

    Jom sama-sama kita baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu apa itu osteoporosis dan apakah kesannya terhadap kehidupan serta pekerjaan seharian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Penyakit Muskuloskeletal 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Anda mungkin pernah mendengar beberapa gangguan personaliti seperti OCPD dan OCD, tetapi pernahkah anda mendengar mengenai gangguan BPD?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    warna zakar

    Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesuburan wanita

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit tekak berpanjangan

    Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan