brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Mengambil Ubat Kolesterol Sebelum Makanan Berlemak: Patut atau Tidak?

Sesetengah orang mempunyai tabiat mengambil ubat untuk menurunkan paras kolesterol sebelum mengambil makanan berlemak. Adakah ini benar-benar perlu? Artikel di bawah akan memberikan anda maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Mengambil Ubat Kolesterol Sebelum Makanan Berlemak: Patut atau Tidak?

Apa itu kolesterol?

Jangan tersalah anggap bahawa semua kolesterol adalah tidak elok.

Kolesterol dalam ikan contohnya adalah kolesterol baik, iaitu lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL yang benar-benar boleh membantu badan anda berfungsi dengan baik.

Tetapi kolesterol walaupun bermanfaat pada satu tahap, jika diambil dalam kadar yang banyak boleh meningkatkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, atau strok.

Apakah itu ubat kolestero1?

Ubat ini digunakan untuk membantu mereka yang mengalami paras kolesterol yang tinggi.

Walaupun mengambil ubat ini boleh membantu dengan tahap kolesterol anda, sama dengan mana-mana jenis ubat-ubatan, ia mempunyai kesan sampingan.

Bergantung kepada setiap individu dan keadaan kesihatan, tahap kesan sampingan boleh berbeza-beza. Sama ada cirit-birit, sakit perut, loya, sembelit, sakit otot serta rasa lemah.

Bolehkah berhenti makan ubat kolesterol?

ubat kolesterol
Makan ubat ikut nasihat doktor.

Tidak digalakkan berhenti makan ubat kolesterol tanpa nasihat doktor.

Ubat kolesterol seperti statin berfungsi mengawal paras kolesterol dan mencegah risiko serangan jantung atau strok.

Jika dihentikan secara tiba-tiba, paras kolesterol boleh naik semula dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Sebarang perubahan dos atau pemberhentian ubat perlu dibincang terlebih dahulu dengan doktor.

Apa yang perlu diawasi apabila mengambil ubat kolesterol?

Sebaik sahaja anda mula mengambil ubat kolesterol, anda perlu mematuhi arahan doktor dengan sebaiknya.

Bila patut mengambil ubat: Menurut British Heart Foundation, ubat statin disyorkan diambil sebelum tidur. Selepas tengah malam, pengeluaran kolesterol dalam hati anda mencapai tahap tertinggi.

Sebaliknya, semasa waktu pagi dan awal petang, pengeluaran kolesterol anda akan berada pada tahap yang paling rendah. Oleh itu, sebelum melelapkan mata, jangan lupa untuk mengambil ubat anda.

Kesan sampingan makan ubat kolesterol

Ubat kolesterol seperti statin boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, walaupun tidak semua orang mengalaminya. Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk:

  • Sakit otot atau rasa lenguh

  • Keletihan atau lemah badan

  • Masalah penghadaman seperti loya atau sakit perut

  • Peningkatan enzim hati (perlu pemantauan jika berlebihan)

  • Jarang berlaku: masalah ingatan atau gangguan tidur

Jika kesan sampingan terasa teruk atau berpanjangan, segera rujuk doktor untuk penilaian lanjut.

Oleh itu, anda hanya boleh mengambil ubat mengikut ketetapan doktor untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini dan juga komplikasi lain. Sementara alternatifnya juga berkesan untuk anda cuba agar tahap kolesterol dalam darah menurun.
medical
Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 28/07/2025