Rasa JANGGAL Tapi Ini 5 Manfaat Pada Kesihatan Jika Tak Pakai Bra, Wah Dada Terasa Lapang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tidak memakai bra adalah perkara biasa di luar negara dan untuk diamalkan di Malaysia ia kedengaran janggal. Tetapi sebenarnya ada manfaat kesihatan di sebalik perbuatan tersebut.

Tidak memakai bra

Seharian bekerja, pastinya kita tidak dapat mengelak keadaan badan yang berpeluh dan tidak selesa. 

Pastinya untuk wanita, dapat pulang ke rumah, membuka dan menanggalkan coli yang basah akibat peluh adalah perkara yang memberikan keselesaan.

Tetapi ada juga sesetengah wanita yang masih akan memakai bra walaupun ketika di rumah dan pada waktu malam. Sudah tentu kerana berasakan coli dapat membantu payudara kekal anjal dan sihat.

Jadi adakah ia bermakna tidak memakai bra sesuatu yang tidak bagus untuk payudara anda?

Berdasarkan kajian saintifik, tidak ada bukti yang dapat mengesahkan bahawa coli boleh mengekalkan keremajaan pada payudara. 

Malahan pemakaiannya dikatakan akan mengekang payudara daripada membesar atau mencapai daya tarikan semula jadinya.

Wanita yang tidak memakai bra

Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh seorang Profesor di Centre Hospitalier Universitaire de Besancon, Perancis mendapati wanita yang tidak memakai coli memiliki payudara yang lebih anjal berbanding mereka yang kerap memakainya.

Bahkan berlawanan dengan kepercayaan umum, tindakan tidak menggunakan bra dikatakan dapat melindungi payudara daripada graviti. 

Malahan tindakan ini membuatkan wanita mempunyai postur lebih baik serta mengembangkan otot-otot di bawah buah dada bagi menyokong dan mengangkatnya.

manfaat kesihatan

Apa kebaikan tidak memakai bra dari aspek manfaat kesihatan

Pemakaian coli dianggap sebagai keperluan bagi wanita dan akan menimbulkan rasa janggal dan segan jika keadaan adalah sebaliknya.

Apatah lagi apabila hidup dan membesar dalam norma kehidupan manusia yang penuh beradab, seperti di Malaysia.

Namun itu tidak bermakna kita boleh menafikan tentang manfaat kesihatan yang boleh diperolehi jika memilih untuk tidak memakai coli. Anda mungkin boleh lakukannya di rumah. 

Ini 5 manfaat kesihatan yang tidak memakai coli:

  1. Kesihatan kulit payudara 

Pemakaian coli secara berkala dan kerap akan cenderung menyebabkan kelembapan, kotoran dan peluh terperangkap pada kulit payudara. 

Situasi seperti itu boleh mengakibatkan pori-pori pada sekitar payudara tersumbat dan menimbulkan masalah kerengsaan kulit. Ia lebih kerap dialami oleh wanita dengan buah dada yang besar.

Masalah kerengsaan kulit yang berlaku boleh menyebabkan wujudnya jerawat mekanik (acne mechanica) – muncul kesan daripada gosokan, geseran atau tekanan pada kulit. 

Biasanya jerawat ini dialami kesan pemakaian bra ketika bersenam dan memakai pakaian yang basah akibat berpeluh.

  1. Peredaran darah

Perasan tak apabila anda memakai coli, adakalanya terasa seperti menyesakkan bahagian dada dan fungsi pernafasan anda?

Itu antara kesan apabila memakai bra selama berjam-jam. Lebih-lebih lagi jika saiz coli itu agak kecil untuk payudara anda.

Keadaan ini akan menjejaskan aliran darah ke bahagian belakang badan dan dinding dada, sekali gus akan menyebabkan kesakitan otot belakang badan.

Jadi apabila anda tidak memakai bra, terutamanya bagi wanita dengan buah dada yang besar, tindakan anda itu akan dapat meningkatkan fungsi peredaran darah menjadi lebih baik. 

  1. Saluran limfa

Kelebihan lain apabila anda memutuskan untuk tidak memakai coli adalah ia dapat meningkatkan fungsi saluran limfa. 

Ini membolehkan penyingkiran toksin daripada bahagian sekitar payudara. Sudah tentu, ia juga boleh mencegah pengekalan cairan, ketidakselesaan dan kerengsaan pada buah dada. 

5-manfaat-pada-kesihatan-jika-tidak-memakai-bra

  1. Otot dan bentuk payudara

Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa pemakaian bra boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong payudara menjadi ‘malas’ dan kesannya buah dada kelihatan kendur dan tidak anjal.

Terdapat wanita yang tidak memakai coli untuk 1 tempoh panjang mengakui bahawa payudara mereka tampak tegang, anjal dan lebih menarik dari masa ke masa. 

Bagi wanita dengan buah dada yang penuh atau besar, mungkin akan berasa lebih tegang pada permulaan tidak memakai coli. 

Namun, lama-kelamaan, tindakan tersebut dipercayai dapat meningkatkan kekuatan otot dada dan bahagian belakang serta memberikan sokongan yang baik walaupun tanpa bra.

  1. Kualiti tidur

Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi pemakaian bra pada waktu tidur cenderung menyebabkan tidur terganggu dan kurang nyenyak. 

Malahan menanggalkan coli pada waktu malam dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur anda. 

Tidak mendapat tidur yang baik dan berkualiti berisiko mengakibatkan keletihan, masalah berkaitan memori serta mengurangkan kewaspadaan pada keesokan harinya. 

Memberikan keselesaan

Bagi wanita yang sudah biasa memakai coli pada kebanyakan masa akan berada ‘terdedah’ jika tidak memakai bra. 

Namun untuk jangka masa panjang, apabila anda sudah membiasakan diri tanpa coli, ia dapat memberikan rasa keselesaan dan bebas.

Kesan perubahan ini banyak bergantung kepada saiz buah dada anda. Bagi wanita dengan payudara kecil mungkin tidak dapat merasai manfaat drastik tanpa coli berbanding wanita yang mempunyai buah dada besar. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

Pil perancang kehamilan dikatakan mempunyai kesan sampingan termasuklah meningkatkan saiz payudara. Betul ke ni? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

Untuk menghindari penyakit, kita harus menjaga pemakanan & bersenam. Tapi 1 perkara tidak diketahui, menjadi ibu juga dapat memperbaiki tahap kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

Payudara Lelaki Sama Besar Macam Wanita? Ini Bukan Sebab Gemuk! Tapi Bahaya Tak Macam Ni?

Anda lelaki, tetapi alami sakit pada payudara dan ia membesar seperti payudara wanita? Anda tahu apakah keadaan yang berlaku pada payudara lelaki itu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/06/2020 . 3 minit bacaan

Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

Pernah terfikir kenapa anda ada bulu kemaluan? Macam tiada fungsi saja, bukan? Namun sebenarnya, rambut pada bahagian sulit ada manfaat kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 16/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bulan kesedaran kanser payudara

Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
sakit pada payudara selepas menopaus

Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
kanser payudara

Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
puting payudara

Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan