Hari Toleransi Sedunia: Sejauh Manakah Anda Harus Bersabar Dengan Perilaku Toksik?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap individu pasti mempunyai seseorang yang sering mencabar kesihatan emosi, iaitu individu yang membuat anda berasa lebih teruk setelah berinteraksi dengan mereka.

Individu bersifat manipulatif tersebut boleh terdiri daripada ahli keluarga, pasangan hidup, rakan-rakan atau teman sekerja yang sering mengeluh tentang kehidupan (ya, malah perkara kecil juga).

Lazimnya, individu yang mempunyai watak sebegini adalah dianggap toksik. Akan tetapi, ingatlah bahawa istilah ini tidak mempunyai definisi tetap dalam landasan psikologi.

Sekiranya anda ada berdepan dengan individu toksik sebegini, artikel ini khas untuk anda. Kami bawakan topik mengenai perhubungan toksik sempena Hari Toleransi Sedunia, 16 November ini.

Teruskan membaca, ya!

Kesihatan emosi isu utama perangi COVID-19

Salah satu ideologi negara kita dalam memerangi wabak COVID-19 adalah dengan memerintahkan kawalan pergerakan terhad.

Oleh itu, kebanyakan individu mula bekerja dari rumah, kanak-kanak bersekolah melalui aplikasi virtual dan sebagainya. Sudah tentu ia menjadi satu cabaran, terutama buat mereka yang lazim mengembara dek kerana kerja.

Malangnya, disebabkan terlalu lama ‘terperap’ di rumah juga, angka kes penderaan domestik dan cubaan membunuh diri semakin meningkat semasa wabak pandemik ini.

hubungan toksik

Sebuah kajian dijalankan di Austria mendedahkan, kunci utama untuk mengharungi tempoh duduk di rumah semasa pandemik COVID-19 adalah kualiti hubungan antara isi rumah tersebut.

Pasangan yang mempunyai kualiti hubungan yang teruk menunjukkan risiko tiga kali lebih tinggi untuk didiagnosis dengan gejala kemurungan dan kegelisahan.

Kajian sebegini menjadi bukti bahawa pemilihan pasangan harus dipertimbangkan dengan teliti demi kesihatan emosi anda.

Barrie Sueskind, ahli terapi pakar dalam bidang perhubungan dari Los Angeles berkongsi beberapa tanda red-flag hubungan toksik, termasuklah:

Sudah ada gambaran seseorang yang mempunyai ciri-ciri di atas? Teruskan membaca untuk mengetahui petua bertindak balas terhadap hubungan toksik ini.

#1 Pisahkan diri anda daripada realiti mereka

Sebilangan individu cenderung untuk memaparkan diri mereka sebagai mangsa keadaan.

Sekiranya tidak berhasil, mereka mungkin akan mengalihkan kesalahan kepada orang lain, bahkan cuba untuk melukiskan gambaran positif tentang diri mereka supaya dianggap tidak bersalah.

Ramai individu yang tidak gemar untuk berinteraksi dengan kelakuan sebegini. Oleh itu, mereka mungkin sahaja akan mengangguk atau tersenyum simpul untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

Ia mungkin terasa seperti pilihan yang tepat, tetapi mereka akan beranggapan bahawa anda sentiasa menyokong tingkah laku toksik tersebut.

Sebaliknya, cubalah bantah dengan penuh hormat. Contohnya, anda boleh berkata, “Saya mempunyai pendapat berbeza dengan situasi ini,” dan jelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Semasa penjelasan berlaku, ingatlah untuk selalu berpegang pada fakta dan tidak melakukan apa-apa tuduhan.

#2 Jangan terjebak!

Berurusan dengan tingkah laku toksik seseorang boleh menjadi sangat meletihkan.

Bayangkanlah, seseorang individu yang sering mengadu, bercerita tanpa bukti yang sah, malah berani menuduh anda tidak mengambil berat tentang keperluan mereka.

Ah, sakitnya hati kan? Namun, tahanlah keinginan untuk mengadu domba atau mempertahankan diri daripada tuduhan melulu tersebut.

Tunjukkan sedikit empati dengan menyatakan “Saya minta maaf kerana anda berasa begitu,” dan biarkan aduan tersebut terkubur begitu sahaja.

#3 Utamakan kesihatan emosi anda

Perilaku toksik tidak terhenti di tahap penderaan ataupun penghinaan sahaja. Terdapat tingkah laku lain yang boleh mengganggu kesihatan emosi anda, seperti terlalu memberi tanpa menerima kembali.

Individu tersebut mungkin kerap memerlukan pertolongan anda untuk meloloskan diri daripada apa-apa masalah, setiap kali anda bertemu dengannya.

Selain itu, anda juga akan merasa kestabilan emosi mereka bergantung kepada anda. Oleh itu, anda selalu memberi manakala mereka selalu menerima dengan tangan terbuka.

Ingatlah, hubungan yang sihat melibatkan pemberian dan penerimaan daripada kedua-dua belah pihak. Dengan kata lain, jika anda menawarkan sokongan, kesihatan emosi anda penting!

#4 Berbincang mengenai tingkah laku mereka

kesihatan emosi

Seseorang individu yang kerap bergosip, memanipulasi orang lain atau sering menimbulkan situasi dramatik selalunya tidak menyedari bagaimana tingkah laku mereka boleh mempengaruhi anda atau orang lain.

Perbincangan secara terbuka boleh membantu mereka menyedari bahawa tingkah laku tersebut tidak dapat diterima dan menjejaskan kesihatan emosi individu yang terlibat.

Dalam perbincangan tersebut, anda boleh berkongsi perasaan mengenai perilaku toksik mereka, dan bagaimana ia menjejaskan kesihatan emosi anda.

#5 Galakkan mereka untuk mendapatkan pertolongan

Lazimnya, ia sangat sukar untuk memahami sebab individu berkelakuan toksik.

Kadangkala, mungkin kita harus mempertimbangkan bahawa mereka tengah menghadapi beberapa cabaran dalam kehidupan peribadi mereka.

Namun ingatlah bahawa ia bukanlah alasan untuk anda berkelakuan toksik dan mempengaruhi kesihatan emosi orang lain.

Sekiranya anda mempunyai hubungan rapat dengan seseorang yang berkelakuan toksik, berbincanglah dengan mereka untuk mendapatkan pertolongan daripada ahli terapi atau psikiatri. 

Terangkan kepada individu tersebut mengapa konsultasi tersebut bermakna buat anda dan hubungan anda berdua.

Kesihatan emosi kunci utama kebahagiaan..

Kadangkala, meninggalkan hubungan toksik merupakan satu-satunya cara untuk melepaskan diri dan menjaga kesihatan emosi anda.

Namun, cara ini tidak selalu dapat dilaksanakan kerana mereka mungkin aset penting dalam kehidupan anda seperti ibu bapa.

Sekiranya anda masih dalam hubungan toksik, ingatkan diri anda bahawa tindakan mereka bukanlah kesalahan ataupun tanggungjawab anda. Jaga diri, ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

Anda mungkin pernah mendengar beberapa gangguan personaliti seperti OCPD dan OCD, tetapi pernahkah anda mendengar mengenai gangguan BPD?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

Ketika COVID-19, kesihatan mental merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius. Tambahan lagi, masalah mental merupakan sesuatu yang boleh membawa maut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

Sama seperti insan lain, individu dengan penyakit barah juga mempunyai hati dan perasaan. Jangan lafazkan 9 perkara ini jika anda menziarahi mereka, okay?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanser, Kanser Payudara 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pokok dalam rumah

Stres Kena WFH? Apa Kata Letakkan Indoor Plant, Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
wabak koronavirus dan PTSD

Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
stres pasca trauma

Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan