Rasa Takut dan Berdebar Secara Tiba-Tiba – Anda Mungkin Mengalami Serangan Panik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Serangan panik boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa. Kadangkala, selepas bangun dari tidur pun boleh berlaku.

Anda berasa takut, gementar dan berdebar secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab atau peristiwa. Jika keadaan ini berlaku sekurang-kurangnya dua kali, dan anda risau akan mengalaminya lagi, anda mungkin mengalami gangguan panik – merupakan sejenis gangguan keresahan (anxiety disorder).

Meskipun tiada data yang jelas bagi keadaan ini di Malaysia, 1 daripada 10 rakyat Amerika Syarikat mengalami serangan panik setiap tahun. Tetapi tidak semuanya mempunyai gangguan panik, hanya 3% sahaja. Daripada angka ini, perempuan lebih ramai.

Simptom-simptomn Serangan Panik

Anda mungkin mengalami 4 atau lebih daripada simptom berikut semasa serangan panik:

  • Degupan jantung kuat dan laju.
  • Berpeluh.
  • Menggeletar atau menggigil.
  • Sesak nafas atau rasa lemas.
  • Rasa dicekik.
  • Sakit dada.
  • Mual atau sakit perut.
  • Pening kepala atau pengsan.
  • Menggigil atau rasa panas.
  • Kebas atau rasa semut-semut.
  • Rasa hilang kawalan atau menjadi gila.
  • Rasa seperti ingin mati.

Kebiasaannya, serangan ini berlaku selama 5-10 minit. Namun, ia boleh berpanjangan sehingga 1 jam. Kadangkala, anda boleh terasa seperti mengalami serangan jantung atau strok. Sesetengah pesakit juga pergi ke bilik kecemasan hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Punca dan diagnosis

Doktor masih tidak mampu mengenal pasti punca sebenar. Ia dipercayai berkaitan dengan genetik dan persekitaran tempat membesar. Kadangkala, terdapat juga penyakit mental lain seperti kemurungan.

Untuk mengesahkan anda menghidap gangguan panik, tiada ujian makmal atau radiologi yang khusus. Ia dibuat dengan menyingkirkan sebab-sebab lain kepada simptom-simptom terbabit.

Contohnya, pesakit yang mengadu sakit dada dan sesak nafas mungkin disebabkan oleh serangan jantung. Jika bacaan elektrokardiogram (ECG) dan ujian enzim jantung tidak menyokong masalah jantung, ia mungkin disebabkan oleh serangan panik.

Apakah rawatan keadaan kesihatan ini?

Sebelum memulakan rawatan, doktor harus mengenal pasti penyakit lain seperti hipertiroid atau ubat-ubatan lain yang mungkin menyebabkan keadaan seperti ini.

Doktor mungkin merujuk anda kepada ahli terapi psikologi (psychotherapist). Antara terapi yang ada adalah psikoterapi dan terapi kongnitif tingkah laku (CBT). Ia bertujuan mengenal pasti punca sebenar dan membantu pesakit mengenali persekitarannya serta cara menghadapi keadaannya dengan cara yang terbaik.

Kadangkala, ubat-ubatan tertentu juga diberikan. Contohnya ubat antidepresi dan antikeresahan (anxiolytics), jika diperlukan untuk membantu mengurangkan simptom.

Perubahan gaya hidup juga adalah penting termasuk mengurangkan minuman berkafein, senaman dan teknik pernafasan dalam. Bebaskan diri daripada tekanan atau stres juga boleh membantu.

Dapatkan kumpulan sokongan di sekeliling anda dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan. Antara kumpulan yang boleh dihubungi adalah:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan