Payudara Lelaki Mungkin Tidak Sebesar Wanita, Tapi Ada Fungsi Pada Puting Dada Si Jejaka

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Semua orang tahu puting lelaki tidak mempunyai sebarang fungsi biologikal. Melainkan jika puting si jejaka mengeluarkan susu, jadi anda perlu berjumpa doktor.

Logiknya, lelaki tidak boleh melahirkan anak, namun mengapa kaum Adam mempunyai puting seperti wanita yang boleh menyusukan bayi?

Jawapan kepada persoalan ini ada kaitan dengan proses embriologi manusia ketika di dalam rahim ibu.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, baca artikel ini.

Lelaki dan perempuan dicipta daripada cetak biru yang sama

Walaupun kita sudah sedia maklum bahawa lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan biologi yang ketara, namun kita dicipta daripada cetak biru (blueprint) yang sama.

Proses penciptaan manusia, pada awalnya, melalui fasa yang sama sehinggakan lelaki turut mempunyai puting seperti perempuan ketika di dalam kandungan.

Walau bagaimanapun, apabila usia janin mencecah 6 ke 7 minggu, kromosom Y dalam maklumat genetik lelaki akan mengambil alih pembentukan testis.

Organ tersebut bertanggungjawab menyimpan sperma dan menghasilkan hormon testosteron.

Apabila pembentukan testis sudah sempurna, ia akan menghasilkan hormon tersebut menyebabkan perubahan pada aktiviti genetik pada sel yang mendiami organ otak dan kemaluan.

Situasi ini berbeza dengan janin perempuan yang akan melalui proses pembentukan payudara.

Jadi secara kesimpulannya, kita boleh katakan setiap janin sebenarnya perempuan, namun pada minggu ke 6 atau 7, kromosom Y akan mula mengasingkan janin yang mempunyai maklumat genetik untuk menjadi lelaki.

Peranan evolusi terhadap pembentukan puting lelaki

mengeluarkan susu

Jika dilihat dari sudut pandang evolusi, kebiasaannya perkara yang tidak mendatangkan faedah atau tidak mempunyai peranan dalam kelangsungan hidup manusia akan melalui proses penyingkiran.

Berdasarkan logik tersebut, sekiranya puting lelaki tidak memberikan apa apa kebaikan biologi, bukankah ini bermakna ia akan disingkirkan?

Lama-kelamaan, akan terbentuk generasi lelaki yang tidak mempunyai puting. Benar ke?

Jawapannya adalah tidak.

Secara umumnya, terdapat pelbagai sifat fizikal milik manusia yang tidak mempengaruhi kadar kelangsungan hidup.

Sebagai contoh, gigi bongsu. Ia pernah dianggap sebagai saki baki kesan perkembangan spesies manusia.

Sifat fizikal sebegini dikenali sebagai vestigial, organ bukan prioriti (dan tidak diketahui signifikannya) namun kita masih memilikinya (apendiks adalah contoh organ vestigial yang lain).

Kewujudan puting lelaki sebenarnya tidak memberikan impak negatif terhadap kelangsungan hidup golongan lelaki.

Bahkan, jika kena pada susuk tubuh badan lelaki, puting boleh memberikan nilai estetika kepada rupa paras dada lelaki bagi menarik perhatian wanita.

Oleh sebab itulah, secara teorinya, evolusi tidak menyingkirkan penciptaan puting.

Jika terdapat kesalahan pada proses embriologi lelaki, mereka boleh mendapat lebih daripada 2 puting yang kebiasaannya bersifat kosmetik (hanya rupa, tidak mempunyai fungsi).

Adakah ini bermakna puting lelaki mempunyai fungsi yang tersendiri seperti mengeluarkan susu? 

puting lelaki

Dari sudut fungsi biologi, puting lelaki tidak memberikan sebarang peningkatan prestasi atau menyebabkan proses yang boleh mendatangkan manfaat kepada tubuh badan.

Namun begitu, ia masih berperanan sebagai salah satu kawasan yang boleh memberikan rangsangan seksual.

Sama seperti puting wanita yang sensitif apabila disentuh, puting lelaki mempunyai fungsi erotik sehingga ada yang boleh mengalami orgasme!

Kajian yang dijalankan oleh Roy Levin dan Cindy Meston pada tahun 2006 menunjukkan kira-kira 52 peratus lelaki boleh merasai kenikmatan seksual kesan daripada rangsangan puting.

Pun begitu, adakah benar lelaki tidak boleh menyusukan bayi?

Secara umumnya kita tahu lelaki memang tidak boleh menyusukan bayi. Namun, dari sudut pandang biologi, perkara itu tidak mustahil.

Terdapat keadaan kesihatan seperti kelenjar tiroid terlebih aktif, boleh menyebabkan masalah yang dikenali sebagai galaktorea.

Situasi tersebut boleh dialami akibat daripada kesan sampingan ubat, masalah malnutrisi dan sebagainya.

Hormon dan ubat-ubatan boleh memainkan peranan membantu lelaki untuk menyusukan anak dan langkah ini sering diambil oleh golongan transgender.

Mereka berupaya untuk menyusukan anak seperti wanita biasa menggunakan konsep perubahan hormon dan sebagainya.

Oleh sebab itulah di luar negara, golongan transgender yang ingin mengambil anak angkat, digalakkan untuk menyusu badan (atau menyusu dada) sendiri.

Okay, tetapi lelaki tiada payudara, kan?

puting lelaki

Sekali lagi, terdapat perbezaan pada penggunaan perkataan payudara dari konteks sosial dan sains.

Dalam biologi, secara amnya, kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai tisu payudara.

Ingat lagi tak, lelaki dan perempuan diperbuat daripada cetak biru yang sama?

Namun semasa wanita mencapai usia akil baligh, tisu payudara mereka membesar, manakala tisu payudara lelaki kekal rata.

Oleh sebab itulah terdapat lelaki yang didiagnosis dengan masalah kanser payudara. Mereka masih mempunyai tisu payudara walaupun sedikit.

Ia merangkumi 1 peratus daripada keseluruhan kes kanser payudara yang dikesan di seluruh dunia.

Jangan ingat hanya kerana si jejaka mempunyai puting dan tiada payudara, golongan ini terselamat daripada ancaman kanser payudara.

Ia boleh berlaku apabila usia seseorang itu meningkat namun jumlah kesnya sangat jarang dikesan.

Konklusi

Berbeza dengan wanita, puting lelaki mungkin kelihatan tidak berguna namun ia mempunyai nilai estetika dan fungsinya yang tersendiri.

Asbab di sebalik penciptaan puting bagi kaum Adam terletak pada proses perkembangan janin yang berlaku sebelum ia mencecah usia 6 minggu di dalam kandungan ibu.

Namun, dari sudut biologi, ia tidak memberikan sebarang peranan yang signifikan seperti penyusuan anak.

Jika puting anda (lelaki) mengeluarkan susu tanpa sebab, sila berjumpa dengan doktor untuk tindakan selanjutnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

Susu badan atau formula, kedua-duanya baik untuk tumbesaran. Tapi kenapa berat badan bayi diberikan penyusuan susu ibu kurang berbanding susu formula?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 02/09/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Penghisap Vape, Ada Risiko Jika Anda Menyusukan Bayi, Si Manja Akan Dapat Sakit Ini!

Semasa vaping, nikotin di dalamnya diserap masuk ke sistem badan. Tetapi adakah terdapat kesan nikotin vape dalam susu badan jika ibu penghisap vape?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

Mama, Tak Perlu Lagi Guna Produk Milk Booster! Ini 4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

Selamat ke guna milk booster untuk tambah susu badan? Jika anda nak tahu, ada 4 alternatif semula jadi untuk tingkatkan jumlah susu badan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/07/2020 . 3 minit bacaan

Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak yang tumbuh gigi kerana takut digigit oleh mereka. Ini cara untuk berikan susu badan tanpa bimbang akan digigit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penyusuan Badan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyusuan susu ibu

Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
cara menyusu anak kembar

Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
aktiviti fizikal

Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan