Apakah Punca Yang Memungkinkan Sakit Kepala Di Bahagian Belakang?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Mungkin anda antara salah seorang individu yang kerap mengalami sakit kepala di bahagian belakang. Mungkin juga anda tertanya-tanya apakah yang menyebabkan sakit di bahagian kepala anda dan adakah ia sesuatu yang serius atau tidak. Bagi menjawab persoalan, anda mungkin mahu membaca apa yang kami sediakan di bawah ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan sakit kepala bahagian belakang?

Sakit kepala adalah satu keadaan yang boleh dialami oleh ramai individu. Keadaan ini boleh terjadi di seluruh bahagian kepala, atau di bahagian tertentu sahaja. Salah satunya ialah sakit yang berlaku di bahagian belakang kepala anda.

Sebenarnya, banyak masalah atau keadaan kesihatan yang berbeza-beza yang memungkinkannya menjadi penyebab kepada sakit kepala tersebut. Tambahan lagi, sakit ini juga boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian tubuh yang lain. 

Rasa sakit yang muncul dan juga simptom yang dialami mungkin berbeza-beza. Oleh sebab ini, anda perlu memberitahu doktor mengenai rasa sakit yang anda alami agar doktor boleh membantu anda mendiagnosis sebab bagi rasa sakit tersebut. Kemudiannya, barulah doktor akan menentukan kaedah rawatan yang sesuai bagi keadaan yang anda alami.

Apakah tanda atau simptom-simptom sakit kepala di bahagian belakang?

Tanda-tanda atau simptom-simptom sakit di bahagian belakang kepala sangat pelbagai. Pada kebiasaannya, simptom yang berlaku berbeza, bergantung kepada faktor penyebabnya sendiri.

Jika kesakitan yang muncul akibat sakit kepala tegang:

  • Rasa sakit yang sangat tidak selesa
  • Rasa kepala seperti ditekan bermula dari bahagian depan kepala sehinggalah ke bahagian sisi dan belakang kepala
  • Kulit kepala, leher dan otot bahu terasa lemah

Jika kesakitan yang muncul akibat migrain:

  • Rasa berdenyut-denyut yang cukup kuat di bahagian belakang kepala
  • Biasanya akan disertai dengan mual dan muntah-muntah
  • Penglihatan akan sedikit terganggu
  • Anda akan menjadi semakin sensitif terhadap cahaya, bunyi, dan aroma tertentu
  • Otot menjadi lemah dan kulit menjadi lebih sensitif
  • Keadaan ini akan berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari
  • Rasa sakit yang anda alami mungkin akan menjadi semakin buruk jika anda melakukan aktiviti fizikal yang cukup berat

Jika kesakitan yang muncul akibat sakit kepala kluster:

  • Tubuh badan anda tidak boleh berdiam diri dan akan terus bergerak
  • Mual-mual
  • Mengeluarkan banyak air mata
  • Hidung mengeluarkan air
  • Garis mata yang layu
  • Sensitif terhadap paparan cahaya dan bunyi yang tinggi

Jika kesakitan muncul akibat oksipital neuralgia:

  • Kepala terasa berdenyut dan tidak berhenti
  • Kepala mengalami rasa seperti terbakar
  • Rasa sakit yang dialami biasanya muncul ketika berlakunya pergerakan leher
  • Kulit kepala terasa lembik dan anda menjadi semakin sensitif terhadap paparan cahaya

Apakah yang menyebabkan sakit kepala di bahagian belakang?

Untuk pengetahuan anda, rasa sakit di bahagian belakang kepala ini boleh disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan, termasuklah:

#1. Sakit kepala tegang atau tension headache

Sakit kepala di bahagian belakang adalah satu keadaan yang paling biasa menyebabkan rasa sakit di belakang kepala. Rasa sakit yang dialami ini boleh bertahan sehingga 7 hari, namun boleh juga berlaku dalam tempoh yang lebih pendek. 

#2. Migrain

Keadaan kesihatan ini juga merupakan salah satu keadaan yang paling biasa menyebabkan kesakitan kepala. Anda mungkin pernah mengalami migrain semasa anda masih kecil dan frekuensinya semakin meningkat seiring dengan peningkatan umur. Secara umumnya, migrain yang dialami akan terasa pada bahagian kiri kepala anda dan berlaku hingga ke bahagian belakang kepala. Bagi golongan dewasa, migrain boleh berlaku sebanyak beberapa kali dalam tempoh seminggu, khususnya bagi golongan wanita dalam lingkungan usia antara 35 hingga 45 tahun.

#3. Sakit kepala kluster atau cluster headache

Jenis sakit kepala ini mungkin antara jenis yang jarang berlaku, tetapi ia boleh menjadi satu keadaan yang amat menyakitkan. Sesuai dengan nama yang dimiliki, sakit kepala jenis ini berlaku mengikut tempoh kluster. Ini bermakna, penyakit ini hanya akan berlaku pada masa tertentu dan boleh berlaku berkali-kali dalam sehari.

Satu tempoh kluster boleh berlaku selama berminggu-minggu dan juga berbulan-bulan. Walau bagaimanapun, di saat ia tidak berlaku, anda tidak akan merasakan kesakitan sama sekali. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa sakit yang melampau di bahagian belakang kepala atau di salah satu sisi kepala anda. Kesakitan yang dialami akan terasa semakin teruk ketika mana anda berbaring. 

#4. Oksipital neuralgia

Oksipital neuralgia adalah satu keadaan yang berlaku ketika mana saraf yang berada di bahagian belakang leher, tulang belakang, sehinggalah ke paha mengalami kerosakan atau iritasi. Keadaan ini kemudiannya menyebabkan rasa sakit pada bahagian leher dan secara beransur-ansur berlaku hingga ke bahagian belakang kepala dan belakang telinga. Kesakitan yang dialami biasanya terasa sakit seperti tusukan yang tajam dan berdenyut-denyut.

#5. Arthritis

Rasa sakit yang berlaku di bahagian belakang kepala juga boleh disebabkan oleh arthritis, iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh berlakunya keradangan dan pembengkakan di kawasan leher dan sekitarnya. Pada kebiasaannya, keadaan ini menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang kepala dan juga leher. Ketika anda mengalaminya, sebarang pergerakan yang anda lakukan akan menyebabkan rasa sakit yang dialami menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dirasai itu boleh disebabkan oleh rheumatoid arthritis dan juga osteoarthritis.

#6. Postur tubuh yang buruk

Jika anda membiasakan diri untuk membentuk postur tubuh yang buruk, maka anda mungkin akan mengalami rasa sakit di bahagian belakang kepala dan juga leher. Ini kerana, postur tubuh yang kurang baik pada kebiasaannya akan meningkatkan tekanan di bahagian belakang, bahu dan leher. Tekanan yang berlaku itulah yang mungkin mengakibatkan rasa sakit di bahagian belakang kepala. Jika anda mengalami sakit di bahagian kepala yang disebabkan oleh faktor ini, anda mungkin akan merasakan rasa sakit dan denyutan di tengkorak kepala anda. Oleh sebab itu, bagi mengurangkannya daripada berlaku, anda perlu sentiasa mempraktikkan postur tubuh yang baik.

#7. Saraf yang tersepit

Saraf yang tersepit di tulang belakang boleh mengakibatkan rasa sakit dan tertekan di bahagian leher anda. Hal ini boleh menyebabkan sejenis sakit di bahagian kepala yang disebut sebagai servikogenik. Biasanya, rasa sakit ini akan bermula dari bahagian belakang kepala lalu akan berlangsung sehingga ke bahagian belakang mata. Simptom lain yang mungkin anda alami ialah rasa kurang selesa di bahagian bahu dan lengan bahagian atas. Keadaan ini mungkin akan meningkat ketika anda berbaring. Anda juga mungkin akan terjaga daripada tidur kerana rasa sakit yang dialami sememangnya mengganggu waktu tidur anda. Tambahan lagi, ketika anda berbaring, anda juga mungkin akan merasakan adanya tekanan seperti terdapat beban yang menimpa bahagian atas kepala anda.

Jika anda mengalami salah satu daripada keadaan di atas dan tidak sembuh dalam tempoh yang agak lama, berjumpalah dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut. Mungkin keadaan yang sedang anda alami tidak termasuk dalam senarai di atas. Jadi, pemeriksaan awal adalah penting bagi memastikan keadaan yang berlaku tidak menjadi lebih serius pada masa akan datang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

    Mungkin ramai yang sudah tahu kafein itu apa bukan? Namun tahukah kalian bahawa akan berlaku sesuatu pada tubuh badan jika berhenti ambil ia? Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

    Ada sesetengah individu yang mengalami sakit kepala berdenyut akibat aktiviti seks. Apakah sebab ia berlaku agaknya? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    alergi kopi

    Pedih Ulu Hati Tanda Anda Sensitif Terhadap Kafein, Ini Tak Sama Dengan Alergi Kopi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
    ibu bekerja

    Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
    sakit punggung ketika hamil

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan