Tak Sangka Kos Rawatan Kanser Paru-Paru Antara TERMAHAL, Termasuk 5 Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/05/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Apabila bercakap mengenai kos, perkara pertama yang terlintas di kepala pastilah soal duit atau wang. Begitu juga dengan kos perubatan penyakit. Ia tidak lari daripada isu “beban kewangan” yang perlu ditanggung.

Mungkin ada yang kata, tidak perlu risau kerana mereka boleh mendapatkan rawatan bagi penyakit-penyakit yang dialami secara percuma daripada klinik-klinik atau hospital-hospital milik kerajaan. Tunggu sebentar!

Adakah anda pasti bahawa kesemua rawatan boleh diperoleh secara percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan? Lihat apa yang kami sediakan di bawah ini.

kos perubatan

Ada sesetengah rawatan sememangnya percuma atau hampir percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan, tetapi tidak semuanya begitu.

Malah ada juga kos rawatan yang anda masih perlu bayar ribuan ringgit walaupun telah disubsidi oleh kerajaan Malaysia. Apatah lagi jika anda mendapatkan rawatan di fasiliti milik swasta yang kadarnya boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.

Kos perubatan tambahan yang juga perlu anda bayar

Perlu diingat bahawa kos perubatan yang dinyatakan seperti di atas hanyalah untuk kos servis rawatan semata-mata. Anda masih perlu membayar kos-kos berkaitan yang lain seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad, bayaran X-ray, ujian darah dan lain-lain lagi.

Jika di hospital kerajaan, anda hanya perlu membayar RM1 bagi yuran konsultasi, tetapi anda perlu membayar antara RM30 hingga RM250 bagi perkhidmatan yang sama di hospital swasta.

Bagi yuran pendaftaran kemasukan ke hospital, anda hanya perlu membayar antara RM15 hingga RM35 bagi kemasukan di hospital kerajaan.

Manakala jika di hospital swasta, anda perlu membayar yuran kemasukan antara RM500 hingga RM2,000, atau 6% hingga 10% daripada kos keseluruhan pembedahan anda. 

Jika anda perlu ditahan di wad hospital kerajaan, anda perlu membayar caj bilik wad antara RM3 hingga RM120 sehari bergantung kepada kelas wad tersebut.

Manakala di hospital swasta, kadar yang perlu dibayar adalah antara RM80 hingga RM300 sehari, juga bergantung kepada kelas wad tertentu. Selain itu, ujian-ujian lain seperti X-Ray, ultrasound, ujian darah, CT scan dan MRI juga perlu dibayar dengan caj yang pastinya amat berbeza antara hospital kerajaan dan juga swasta.

Peningkatan kos rawatan di Malaysia selepas 10 tahun

Jadual kedua menunjukkan kos rawatan antara 5 kanser utama di Malaysia, dengan anggaran peningkatan pada 10 tahun akan datang. Jelas di sini dapat dilihat peningkatan lebih daripada 10%.

Walaupun contoh yang diberikan adalah anggaran kos daripada hospital swasta, anggaran kos rawatan di hospital kerajaan juga berkemungkinan meningkat walaupun tidak setinggi kos di fasiliti swasta.

Kebanyakan peningkatan kos rawatan yang dijangkakan berlaku selepas 10 tahun ini berjumlah sehingga 3 kali ganda.

Mengapa kos rawatan perubatan ini meningkat? Perkara yang paling utama adalah disebabkan oleh trend perubatan terkini dan pembangunan kaedah dan rawatan yang lebih moden.

Selain itu, terdapatnya peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan perubatan seiring dengan peningkatan populasi penduduk.

Begitu juga dengan peningkatan kadar penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup yang tidak sihat yang menyebabkan lebih ramai individu mendapatkan rawatan perubatan.

Peningkatan kos rawatan di Malaysia dijangkakan berlaku antara 10 hingga 15 peratus setiap tahun. Ia mungkin tidak disedari kerana kebanyakan peningkatan ini berlaku di sektor perubatan swasta, manakala di sektor perubatan awam, ia telah disubsidikan oleh kerajaan dan peningkatan yang berlaku adalah sangat minimum.

Mengapa terdapatnya perbezaan kos yang begitu besar antara hospital kerajaan dan swasta?

Anda pasti tahu mengapa servis rawatan di hospital kerajaan adalah lebih murah. Ya, kerana ia telah disubsidi oleh Kerajaan Malaysia.

Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu kos rawatan di hospital swasta lebih mahal kerana pada kebiasaannya, mereka menyediakan servis perkhidmatan dengan kualiti yang lebih baik. Tetapi ia tidak bermaksud bahawa rawatan perubatan di hospital kerajaan adalah kurang bagus.

Terdapat dua perbezaan yang paling jelas antara hospital kerajaan dan juga swasta iaitu, penjagaan pesakit dan pelawat serta waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, jika anda berkunjung ke hospital atau pusat perubatan swasta, anda boleh melihat kepada persekitaran yang lebih selesa dan mewah, pilihan makanan yang lebih enak dan berkualiti tinggi selain jenis ubat-ubatan yang digunakan.

Anda juga boleh mendapatkan bilik peribadi yang lebih privasi dan selesa. Walaupun perkhidmatan yang disediakan di hospital kerajaan tidak semewah seperti di hospital swasta, kualiti servis rawatan yang diberikan sebenarnya adalah sama tinggi.

Hanya disebabkan caj yang lebih murah dan berpatutan, ramai yang lebih gemar ke hospital milik kerajaan berbanding swasta melainkan anda dilindungi dengan insurans perubatan.

Apakah langkah yang boleh saya ambil bagi mengurangkan tanggungan kos perubatan dan rawatan kesihatan?

Pertama, amalkan gaya hidup sihat. Ia kedengaran amat mudah, tetapi ramai yang masih kurang memberikan perhatian terhadap perkara ini. Gaya hidup yang sihat bukan sahaja memberikan fizikal dan mental yang sihat, malah ia menjauhkan diri anda daripada risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik

Kedua, dapatkan kad perubatan atau polisi insurans kesihatan daripada penyedia-penyedia insurans. Kad perubatan membantu anda untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu menunggu lama di hospital swasta.

Selain itu, ia juga membantu menyediakan liputan yang mencukupi bagi sebarang rawatan yang memakan kos yang besar pada masa sekarang atau pada masa akan datang.

Ketiga, gunakan kemudahan atau manfaat kesihatan yang disediakan oleh majikan atau syarikat tempat anda bekerja.

Sesetengah majikan bukan sahaja menyediakan liputan perlindungan perubatan kepada pekerja mereka sahaja, malah kepada ahli keluarga terdekat pekerja tersebut. Rujuk kepada pengurusan syarikat anda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Kesimpulan

Masih ramai di antara kita yang mengabaikan konsep gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian selain tidak mengambil mana-mana polisi insurans perubatan.

Kedua-dua ini sangat membantu diri anda dalam mengurangkan tanggungan kos perubatan dan juga risiko untuk mengalami penyakit-penyakit kronik. Kita pasti tidak mampu untuk menyediakan sejumlah wang yang begitu besar dalam masa yang singkat untuk membayar kos rawatan di hospital.

Oleh itu, sediakanlah payung sebelum hujan. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    PERHATIAN! Masalah Kurang Tidur Boleh Membunuh!

    Masalah kurang tidur tidak asing dalam kalangan masyarakat umum. Tetapi, tahukah anda akibat dan bahaya kurang tidur dan akibatnya terhadap kesihatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 05/03/2020 . 4 minit bacaan

    AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua

    Orang tua yang mengalami jangkitan COVID-19 mudah untuk mendapat komplikasi pneumonia berbanding dengan orang muda. Mengapa ia begitu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 11/02/2020 . 4 minit bacaan

    Pentingkah Insurans Perjalanan Ketika Bercuti?

    Sewaktu merancang percutian, apakah perkara penting menjadi keutamaan? Tiket penerbangan, pasport, duit belanja, pakaian bercuti atau insurans perjalanan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Insurans 17/12/2019 . 4 minit bacaan

    Negeri Kedah Memiliki Populasi Pesakit Diabetes Paling RAMAI, Jangan Abai Tanda Yang Muncul Ya!

    Penting sangat ke kita nak tau Kedah sebagai negeri diabetes? Apa yang pihak berkuasa boleh lakukan berdasarkan kepada maklumat tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 19/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara merawat hati

    Usah Sedih Jika Anda Penghidap Kanser Hati, Ini Diagnosis & Rawatan Sesuai Untuk Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    masalah pernafasan

    Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    diabetes

    Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan penyakit psoriasis

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/04/2020 . 3 minit bacaan