Telefon Pintar Punca Kesihatan Mental Remaja Makin Terjejas, Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda pasti mengetahui tentang keburukan telefon pintar kepada kanak-kanak. Tetapi lebih bahaya, gajet tersebut juga dikatakan boleh beri kesan kepada kesihatan mental, benarkah?

Keburukan telefon pintar

Kita selalu beranggapan bahawa penggunaan gajet, seperti telefon pintar akan mendatangkan kesan negatif kepada aspek kesihatan mental penggunanya terutama remaja dan kanak-kanak.

Tetapi, benarkah telefon pintar membuatkan seseorang itu mengalami gangguan mental? 

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh untuk melihat adakah wujudnya hubung kait antara kesihatan mental dengan penggunaan telefon pintar mahupun gajet, apa kata kita fahami dahulu apa yang dikatakan tentang masalah kesihatan mental.

Masalah kesihatan mental

Sejujurnya masalah kesihatan mental adalah sukar untuk dikenal pasti.

Ia lebih melibatkan kepada emosi, cara berfikir dan apa yang anda rasakan. Seorang individu kanak-kanak atau remaja boleh mengalami masalah kesihatan berkaitan mental sama seperti individu dewasa. 

Simptom dihadapi mungkin sukar untuk dilihat atau dikesan. Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu tanda anak anda menderita kesihatan mental untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

Ekspresi bagi kanak-kanak mahupun remaja yang mengalami masalah kesihatan mental mungkin berbeza dengan individu dewasa dengan masalah kesihatan yang sama.

Contohnya, kanak-kanak atau remaja dengan kemurungan akan bertingkah laku lebih terganggu berbanding individu dewasa kemurungan yang kebanyakannya akan berasa sedih.

keburukan telefon pintar

Antara simptomnya

  • Kegelisahan – bertindak balas terhadap situasi tertentu seperti ketakutan, kebimbangan dan juga gementar.
  • Gangguan tingkah laku – cenderung melanggar peraturan dan mempunyai tingkah laku antisosial dalam persekitaran berstruktur seperti sekolah.
  • Gangguan perkembangan – keliru dalam pemikiran dan secara umumnya sukar memahami dunia di sekelilingnya.
  • Gangguan pemakanan – mempunyai tingkah laku luar biasa seperti emosi yang tertekan apabila dipaksa untuk makan.
  • Gangguan emosi – berasa sedih setiap masa, dan perubahan emosi kerap berlaku.
  • Skizofrenia – satu gangguan serius berkaitan dengan persepsi dan pemikiran yang terganggu. Gangguan ini merupakan masalah kesihatan yang serius apabila kanak-kanak melakukan pergerakan berulang, secara tiba-tiba dan pergerakan yang tidak mempunyai sebarang makna.

Kaitan kesihatan mental & telefon pintar

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Psychological Science mencadangkan bahawa penggunaan telefon pintar atau gajet dan melayari internet bukanlah sesuatu yang mendatangkan kesan negatif kepada individu remaja. 

Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengesan sama ada penggunaan telefon pintar yang dikaitkan sebagai teknologi digital untuk tempoh yang lama oleh remaja mempunyai kaitan dengan tahap kesihatan mental yang tidak sihat.

Menurut penyelidik yang terlibat terdapat sedikit sahaja bukti yang mengaitkan mengenai hubungan langsung penggunaan teknologi digital harian dengan tahap kesihatan mental remaja.

Bantu kurangkan tekanan

Berdasarkan kajian itu, mungkin sudah tiba masanya untuk individu dewasa berhenti berdebat mengenai keburukan telefon pintar mahupun sebarang gajet serta medium sosial terhadap kesihatan mental remaja.

Ini kerana ia berbeza dengan kepercayaan umum yang mengatakan telefon pintar mahupun platform media sosial menyebabkan masalah dan kerosakan kepada remaja.

Para penyelidik mendapati tidak banyak kesan yang menyokong kepada kepercayaan umum yang mengaitkan telefon pintar dan platform atas talian dengan peningkatan risiko kepada masalah berkaitan kesihatan. 

Penyelidikan yang dilaksanakan ini melibatkan kajian tinjauan kepada lebih 2,000 remaja dan seterusnya kajian secara intensif kepada subkumpulan yang melibatkan 400 remaja dengan penggunaan telefon pintar untuk beberapa kali sehari selama dua minggu.

Remaja yang terlibat dalam kajian tersebut adalah dalam usia 10 hingga 15 tahun dan mewakili penduduk daripada pelbagai segi ekonomi dan kaum yang menghadiri sekolah awam di Carolina Utara.

Daripada kajian yang dilakukan, penyelidik mengumpulkan laporan mengenai simptom kesihatan mental dari remaja sebanyak tiga kali sehari, malah remaja yang terlibat dalam uji kaji ini juga turut melaporkan penggunaan teknologi harian pada setiap malam. 

Hasil keputusan laporan mendapati, golongan remaja yang cenderung kepada penggunaan teknologi digital tidak menunjukkan sebarang perkaitan dengan tahap mental yang tidak sihat.

Sebaliknya, remaja yang lebih kerap menggunakan teknologi seperti telefon pintar untuk menghantar mesej teks dilaporkan mempunyai emosi yang lebih baik, iaitu kurang tertekan, berbanding dengan remaja yang tidak. 

kesan penggunaan telefon pintar

Terhadkan penggunaan

Jadi, kita sebenarnya tidak boleh menafikan kebaikan penggunaan telefon pintar mahupun teknologi digital dalam kehidupan seseorang individu.

Walau bagaimanapun, mungkin masih perlu ada batasan dalam kebebasan untuk menggunakan telefon pintar dan sebarang teknologi digital terutama bagi kanak-kanak dan remaja. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin. Tetapi adakah semua ibu berisiko?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

Ketika COVID-19, kesihatan mental merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius. Tambahan lagi, masalah mental merupakan sesuatu yang boleh membawa maut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

Ada kajian yang kata bahawa aktiviti menyanyi dan menari mampu kurangkan stres. Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

stres pasca trauma

Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
gangguan personaliti

Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
bayi di dalam rahim

Nak Tahu, 24 Jam Sebelum Lahir, Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu! No 8 Paling Tak Sangka!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan