Minum Air Suam Boleh Bunuh Virus COVID-19? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Di Malaysia, lebih daripada 1,500 kes dan 14 kematian telah dicatatkan sehingga tarikh 24 Mac 2020 akibat wabak COVID-19.

Statistik terbaru di Malaysia seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

60,752

Disahkan

9,196

Sembuh

348

Kes Kematian
Peta sebaran

Angka ini dijangka akan meningkat jika rakyat Malaysia masih berdegil dan tidak mahu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, penularan virus korona baharu ini juga dikhuatiri akan terus berleluasa sekiranya orang awam masih percaya akan pelbagai mitos mengarut mengenai wabak COVID-19 yang tersebar di internet kini!

Terbaharu, telah tular satu mitos di segenap media sosial dan media massa yang mengatakan minum air suam boleh bunuh virus COVID-19 di dalam tubuh badan. Adakah ia berkesan atau mengarut?

Minum air panas boleh bunuh virus COVID-19?

air suam

Baru-baru ini, telah timbul banyak cakap-cakap mengenai pengambilan air suam sangat penting untuk membunuh virus korona baharu ini di dalam tubuh badan kita.

Kepercayaan ini mungkin timbul daripada satu pesanan bergambar yang sohor kini di Twitter.

Di dalam pesanan itu, dikatakan bahawa kita boleh melakukan diagnosis sendiri di rumah dengan cara menahan nafas selama 10 saat. Jika berjaya melakukannya tanpa kesukaran, anda mungkin tidak dijangkiti wabak ini.

Selain itu, pesanan tersebut juga mengatakan kita perlu memastikan mulut dan tekak kita sentiasa berada dalam keadaan basah. Oleh itu, disarankan untuk kita minum air suam sekali setiap 15 minit.

Alasannya, dikatakan virus ini dapat ‘dicuci’ dan akan jatuh ke dalam perut. Seterusnya, virus ini dipercayai boleh ‘dibunuh’ dengan kehadiran asid hiklorik yang terhasil secara semula jadi di dalam perut.

Kalian boleh hayati dan nilaikan sendiri perkongsian pesanan bergambar tersebut di bawah ini:

minum air suamSumber: Twitter

Ia adalah satu mitos yang sangat mengarut!

Mitos ini telah mendapat perhatian dari pakar perubatan tanah air kita iaitu Dr Amalina Bakri yang sangat popular di media sosial kerana keprihatinannya dalam merungkai setiap mitos perubatan yang timbul.

Menurut beliau, ia bukanlah satu rekomendasi pakar perubatan dan tidak ada bukti di sebalik kenyataan ini. Selain itu, beliau turut berpesan agar kita semua hanya mengikuti pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahaja.

“Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di kaca televisyen nasional, tips ini adalah mitos semata-mata. Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan etika batuk dan bersin, duduk rumah serta amalkan jarak sosial 1 meter,” jelas beliau lagi.

Selepas Dr Amalina, Dr Imelda Balchin yang merupakan seorang pakar sakit puan turut menafikan dengan sekeras-kerasnya akan keberkesanan mitos minum air suam untuk bunuh virus COVID-19.

Menurut beliau, tiada bukti yang mengatakan jika menelan virus ini dari kerongkong ke dalam perut boleh membunuhnya. Ini kerana ia berada di dalam sel kerongkong dan hidup di dalam sel. Jadi, bagaimana pula ia boleh bergerak ke tempat lain melalui air suam?

Sebaliknya, beliau menyarankan agar mereka yang mengesyaki diri telah terjangkiti virus COVID-19 agar mendapatkan rawatan doktor serta mengamalkan langkah pencegahan untuk mengelak daripada menjangkiti individu lain pula!

Jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19

COVID-19

Selain minum air suam, kita juga telah dihebahkan dengan mitos lain berkenaan air iaitu alkohol yang dikhabarkan juga boleh membunuh virus korona baharu ini seperti dilaporkan di Iran.

Menurut pakar perubatan tempatan, Dr Lee Boon Chye, tiada pengambilan cecair sama ada air suam, alkohol atau lain-lain yang boleh dijadikan cara berkesan untuk merawat atau mencegah virus COVID-19.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya basuh tangan, elakkan daripada menyentuh muka, duduk di rumah dan guna topeng muka jika berada di tempat awam selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah sepanjang tempoh ini.

Dalam erti kata yang lebih mudah, orang awam diminta untuk jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19 dan membuat usul periksa dengan pakar terlebih dahulu.

Apa yang lebih penting adalah kita perlu sama-sama melawan pandemik yang melanda dunia ketika ini dengan kekal berada di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

Akhir kata, bersamalah kita menjayakan aspirasi kerajaan untuk membendung penularan virus korona baharu ini dengan #stayathome.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

    Kajian terbaru mendedahkan lelaki lebih banyak terkena tempias virus corona berbanding wanita. Klik artikel untuk ketahui sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

    Kemunculan wabak pandemik timbulkan keebimbangan.Tapi benarkah pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kencing Manis 03/11/2020 . 3 minit bacaan

    GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

    Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Terdapat mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser, Kanser Serviks 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan melancap rambut gugur

    Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
    pilihan raya umum

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
    wabak penyakit dan pelajar

    Angkara COVID-19, Perubahan Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prestasi Pelajar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
    keselamatan anak

    Parents, Usah Leka! Utamakan Keselamatan Anak Di Rumah Semasa PKPB, Awasi 5 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan