🔥 Diskusi Terhangat

Pengalaman Pahit Manis Kami Di Bulan Ramadan

Ramadan tahun ini, saya dan suami mula ajar anak kami yang kini berumur 7 tahun berpuasa untuk pertama kali, pastinya dia hanya mampu separuh hari je. Walaupun agak susah sikit nak kejut dia bangun sahur, tapi dia masih mampu melakukannya.


Sebelum puasa, anak saya seorang 'picky eater', makan pun sikit je. Kami ambil peluang sepanjang puasa ni minta anak makan dengan banyak. Syukur selepas berpuasa, seleranya semakin baik sekarang.


Pengalaman lain pula, kami hadapi masalah dengan jiran kami yang menipu kami. Malah masalah ini masih berterusan dan melibatkan polis. Pihak berkuasa nampaknya tak begitu berminat dengan kes ini, namun kami bersyukur mempunyai keluarga dan kawan2 untuk terus bersama menyokong kami. Walaupun agak terkilan, ia tetap mendorong kami untuk jadi lebih kuat. Bulan puasa bukan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga je, emosi juga perlu dikawal.


#hellodoktormy #HDrayagiveaway

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
24
5
1

1 komen

Semoga terus kuat puan sekeluarga! đź’Ş

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa