Inguinal Hernia
Hi, saya pernah menjalani pembedahan membuang hernia sewaktu kecil dahulu. Setelah dewasa saya mula mendapati ia seakan kembali semula (sakit pada bahagian bawah perut sebelah kanan). Ia akan terasa membenjol apabila saya meletakkan tekanan seperti batuk atau meneran dan kembali reda selepas beberapa ketika. Saya telah berkahwin & merancang untuk mempunyai zuriat. Soalan saya, apakah risiko jika saya hamil & perlukah saya menjalani operasi untuk membuangnya terlebih dahulu sebelum berusaha untuk hamil.