Pakej Saringan Kesihatan Lanjutan (Advanced) - Hello Doktor

Pakej Saringan Kesihatan Lanjutan (Advanced)

Saringan lanjutan menyeluruh untuk memeriksa fungsi organ, hormon dan risiko kanser terpilih.

Menggabungkan konsultasi doktor, pemeriksaan fizikal, ujian darah lengkap, fungsi buah pinggang, hati, darah penuh, air kencing, ECG serta saringan tiroid, supaya anda mendapat gambaran menyeluruh tentang kesihatan dalaman, bukan sekadar “check darah biasa”.

Menambah ujian H. pylori IgG, panel penanda kanser terpilih (PSA, CEA, AFP, CA19-9) dan pemeriksaan zat besi (Iron Study) untuk mengesan lebih awal risiko gastrik kronik, ulser perut, penyakit hati, kanser tertentu dan anemia kekurangan zat besi.

Sesuai untuk mereka yang mempunyai sejarah keluarga kanser, penyakit tiroid atau anemia, serta individu yang kerap mengalami pedih ulu hati, cepat letih, berat badan turun tanpa sebab atau gangguan haid dan mahu pemeriksaan yang lebih mendalam dengan panduan doktor.

He Medical Clinic - Hello Doktor

He Medical Clinic

7 cawangan

Penyedia dipercayai

Ujian termasuk (7)

Penilaian oleh doktor

- Konsultasi doktor – doktor menyemak sejarah perubatan, faktor risiko dan ubat yang anda ambil.
- Pemeriksaan fizikal – pemeriksaan umum untuk menilai keadaan jantung, paru-paru, abdomen dan lain-lain.
- Bacaan tekanan darah – saringan untuk tekanan darah tinggi atau rendah yang boleh menjejaskan jantung dan buah pinggang.

Ujian asas dari Pakej Basic

Saringan tiroid

H. pylori IgG

Penanda kanser terpilih

Pemeriksaan zat besi

Lihat semua perkhidmatan

Huraian lain

Tentang Perkhidmatan

Siapa yang sesuai ambil Pakej Advanced?

- Mereka yang mahukan saringan lebih menyeluruh berbanding Pakej Basic

- Individu dengan sejarah keluarga kanser, penyakit tiroid atau anemia

- Pesakit yang kerap mengalami simptom seperti pedih ulu hati, cepat letih, penurunan berat badan tanpa sebab, atau gangguan haid

- Mereka yang pernah mendapat keputusan tidak normal dalam saringan asas dan mahu pemeriksaan yang lebih mendalam

Persediaan sebelum ujian

Persediaan sebelum janji temu

- Berpuasa selama 8–10 jam sebelum ujian (air kosong dibenarkan).

- Elakkan makanan terlalu berminyak dan alkohol malam sebelumnya.

- Ambil ubat harian seperti biasa kecuali jika doktor menasihatkan sebaliknya; bawa senarai ubat/suplemen.

- Pakai baju berlengan pendek untuk memudahkan pengambilan darah dan ECG.

Informasi Klinik

He Medical Clinic

Info Organisasi

Perkhidmatan di hospital yang sama

Suntikan Vaksin HPV - Gardasil 9 3

Suntikan Vaksin HPV

Rm700

Jimat 10%

Rm780

He Medical Clinic

He Medical Clinic