backup og meta

Chickenpox: Penyakit Berjangkit Bawaan Virus

Chickenpox: Penyakit Berjangkit Bawaan Virus

Chickenpox atau cacar air adalah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh virus yang dinamakan sebagai virus varicella-zoster (VZV). Karakter utama penyakit ini adalah lepuh berwarna merah pada kulit dan rasa gatal. Selepas beberapa hari, lepuh tersebut akan pecah dan mengeluarkan cecair. Kemudian, ia akan menjadi kering sebelum sembuh sepenuhnya.

Simptom lain yang ada adalah demam, hilang selera makan, sakit badan, letih dan mudah marah.

Chickenpox sangat mudah berjangkit

Virus varicella-zoster ini sangat mudah berjangkit melalui udara atau sentuhan langsung dengan cecair lepuh. Secara mudahnya, mereka yang tinggal di dalam satu bilik atau rumah dengan pesakit sangat mudah dijangkiti virus ini.

Lepuh dan gatal kebiasaannya akan berlaku dalam 10 hingga 21 hari selepas terdedah kepada virus. Tempoh paling berjangkit pula adalah 1 atau 2 hari sebelum simptom keluar. Oleh itu, virus sudah boleh menjangkiti orang lain walaupun sebelum ruam atau lepuh keluar.

Vaksin adalah cara pencegahan terbaik

Penyakit ini mempunyai vaksin. Ia dinamakan sebagai vaksin varicella yang diberikan sebanyak 2 dos semasa berumur 12 bulan diikuti dengan dos kedua 8 bulan selepasnya. Walau bagaimanapun, vaksin ini tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP). Namun, ia masih boleh didapati di hospital kerajaan atau swasta dengan bayaran penuh.

Vaksin varicella adalah penting untuk bayi di bawah 2 tahun memandangkan lebih 90 peratus daripada kes adalah melibatkan umur ini. Kanak-kanak lain dan orang dewasa juga tidak terkecuali daripada dijangkiti virus varicella-zoster tetapi tidak sekerap bayi di bawah umur 2 tahun.

Simptom kebiasaannya hilang dalam tempoh seminggu

Selepas 5 hingga 10 hari, simptom kebiasaannya akan hilang. Dalam kebanyakan kes, rawatan di rumah sudah mencukupi.

Ubat seperti acetaminophen atau panadol boleh diberikan untuk mengurangkan demam dan rasa sakit. Tuam kulit dengan kain basah dan elakkan daripada menggaru ruam kerana ia akan meningkatkan risiko jangkitan kulit walaupun ia mungkin sangat gatal.

Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah jangkitan paru-paru, dehidrasi, radang otak dan jangkitan bakteria. Namun, ia sangat jarang berlaku.

Sila bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya:

  • Demam panas melebihi 38.9°C.
  • Ruam merebak ke mata.
  • Kulit menjadi sangat merah, panas atau sakit.
  • Sesak nafas, pening kepala, batuk, muntah atau leher menjadi kejang.
  • Terdapat ahli rumah yang mempunyai imun lemah atau kurang daripada 6 bulan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Chickenpox – https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chickenpox/symptoms-causes/syc-20351282

What is Chickenpox? – https://www.webmd.com/children/what-is-chickenpox

Versi Terbaru

27/12/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Ingin Semak Tarikh Vaksin? Ini Info Lengkap Imunisasi Di Malaysia

10 Penyakit Yang Boleh Dicegah Dengan Vaksin, Bukan COVID-19 Sahaja Tau!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan