backup og meta

Ikut Pantang Larang Ini Kalau Anda Dijangkiti Dengan Demam Denggi

Ikut Pantang Larang Ini Kalau Anda Dijangkiti Dengan Demam Denggi

Tahukah anda, kadar kekerapan kes denggi Malaysia berserta kadar kematian akibat denggi sebenarnya agak tinggi? Kami sediakan beberapa pantang larang demam denggi untuk makluman anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.

Demam denggi tiada ubat?

Demam denggi Malaysia berlaku apabila tubuh badan kita dijangkiti dengan virus denggi (DENV) yang dibawa oleh nyamuk Aedes.

Apabila nyamuk Aedes ini menggigit badan kita, secara tidak langsung virus tersebut juga akan menjangkiti tubuh kita.

Untuk pengetahuan anda, jenis nyamuk yang sama juga adalah nyamuk yang bertanggungjawab menyebabkan jangkitan virus Zika dan demam kuning.

Sekiranya seseorang itu dijangkiti demam denggi, dia mungkin menunjukkan simptom denggi tanpa demam atau hanya terkena simptom yang bersifat ringan seperti jangkitan flu.

Jika tidak dirawat, denggi sememangnya membawa maut. Setakat ini, tiada sebarang vaksin atau ubat-ubatan khusus yang boleh digunakan untuk merawat demam denggi.

Kebanyakan kes jangkitan denggi hanya dirawat melalui rawatan simptom yang sedang berlaku.

Selain itu, pesakit denggi juga mungkin akan diberikan beberapa ubat penahan sakit yang boleh membantu mengurangkan pendarahan yang berlaku.

Pesakit denggi dinasihatkan untuk banyak meminum air bagi mengelakkan dehidrasi.

Bagi kes-kes denggi yang lebih kritikal, doktor akan memasukkan air ke dalam tubuh dengan menggunakan cecair IV . 

Kadar kes denggi Malaysia semakin meningkat

denggi malaysia
Demam panas antara simptom denggi yang melanda kanak-kanak.

Di seluruh dunia, kadar kes-kes jangkitan demam denggi menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Pihak Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa setiap seorang daripada empat orang individu yang mendapat demam denggi akan jatuh sakit.

Kes denggi di Malaysia terkini pada tahun 2021 juga tidak menunjukkan penurunan.

Berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kes denggi Malaysia meningkat sebanyak 3.6% berbanding minggu sebelumnya pada minggu ketiga bulan April 2021.

Bermula Januari 2021 sehingga 17 April 2021, kes jangkitan demam denggi Malaysia yang telah dicatatkan ialah sebanyak 8,313 kes.

Kematian yang disebabkan oleh demam denggi pula ialah sebanyak 5 kematian. 

Pantang larang denggi Malaysia yang anda kena tahu

Berikut adalah beberapa pantang larang demam denggi yang anda kena patuhi sekiranya dijangkiti dengan virus denggi ini:

#1. Segera berjumpa dengan doktor untuk mengurangkan statistik denggi di Malaysia

Sekiranya anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di bawah, sila hadir ke klinik atau hospital dengan kadar segera:

  • Demam biasa atau demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit pada bahagian belakang mata
  • Sakit-sakit otot dan sendi
  • Berasa terlalu letih
  • Mempunyai ruam pada tubuh badan
  • Najis berdarah
  • Berasa loya dan muntah-muntah

Sekiranya anda pergi berjumpa doktor dengan lebih awal, doktor boleh membuat pemeriksaan dan memberikan rawatan awal.

Memandangkan demam denggi adalah jangkitan yang boleh membawa maut, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan rawatan awal bagi menyelamatkan nyawa anda.

#2. Minum banyak air

pantang larang demam denggi
Pengambilan air yang cukup boleh membantu penyembuhan denggi.

Sekiranya anda dijangkiti demam denggi, anda perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari.

Ini bermakna, anda mungkin perlu ke tandas setiap tiga atau empat jam untuk membuang air kecil.

Minum air dengan banyak bukan sahaja membantu tubuh mengekalkan hidrasi, tetapi juga membantu demam yang dialami untuk lebih cepat pulih.

Selain itu, anda juga perlu banyak berehat bagi membantu memulihkan simptom yang dialami.

#3. Pantau simptom yang sedang anda alami

Biasanya, selepas fasa awal anda mengalami demam panas, anda akan beralih ke fasa yang lebih kritikal.

Oleh itu, adalah amat penting untuk anda sentiasa memantau simptom yang anda alami.

Perhatikan suhu badan anda dan juga simptom-simptom denggi tanpa demam sekiranya ia menjadi semakin buruk.

Sekiranya anda semakin kerap muntah, atau mengalami pendarahan pada gusi gigi, itu adalah tanda simptom yang dialami menjadi semakin teruk.

Segeralah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

#4. Denggi Malaysia: Patuhi arahan doktor

Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda dijangkiti demam denggi, maka teruslah ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Anda mungkin perlu ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan yang konsisten sehingga anda pulih.

Ikut segala arahan doktor semasa anda berada di wad agar anda lebih cepat sembuh.

Cara mencegah jangkitan denggi

Berikut ialah beberapa langkah untuk memastikan tiada jangkitan denggi berlaku di kawasan perumahan anda. Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan statistik denggi di Malaysia adalah:

  1. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk. Tutup segala ruang takungan air seperti di bilik air dan juga dapur bagi mengelakkan pembiakan nyamuk. Selain itu, elakkan bekas bertakung di luar rumah yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk.
  2. Pakai kelambu untuk tidur pada waktu malam sekiranya perlu.
  3. Gunakan penyembur serangga di dalam kediaman anda bagi membunuh nyamuk yang berkeliaran.
  4. Guna pakaian dengan lengan yang panjang termasuklah seluar panjang. Ini bagi mengurangkan pendedahan kawasan tubuh daripada mudah digigit nyamuk
  5. Tutup tingkap rumah lebih awal terutamanya pada waktu senja dan subuh. Kedua-dua waktu ini adalah waktu di mana nyamuk sedang aktif berkeliaran. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dengue.https://www.cdc.gov/ncezid/dvbd/media/avoid-dengue.html. Accessed 24 May 2022.
  2. Dengue. https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/17/1770. Accessed 24 May 2022.
  3. Dengue. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17753-dengue-fever. Accessed 24 May 2022.
  4. Dengue. https://www.gov.sg/article/what-should-you-do-when-you-have-dengue. Accessed 24 May 2022.
  5. Demam Denggi. http://www.myhealth.gov.my/demam-denggi/. Accessed 24 May 2022.

Versi Terbaru

06/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bencana Banjir Boleh Tingkatkan Kes Denggi?

Jangan Sangka Ia Telah Pupus, Demam Denggi Masih Ada? 6 Tip Untuk Atasi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan