backup og meta

Lepas Demam Denggi Pun Masih Sakit? Ini 7 Tanda Anda Alami Kesan Sampingan Denggi!

Lepas Demam Denggi Pun Masih Sakit? Ini 7 Tanda Anda Alami Kesan Sampingan Denggi!

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang lazim di Malaysia. Tidak dinafikan, demam ini boleh menyebabkan simptom yang serius sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Namun, tahukah anda, ada juga pesakit yang mengalami kesan selepas demam denggi?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Apa itu demam denggi?

Demam denggi merebak melalui gigitan nyamuk Aedes (Ae. aegypti atau Ae. albopictus). Nyamuk ini juga boleh menyebarkan penyakit lain seperti Zika, chikugunya dan juga virus lain.

Di seluruh dunia, hampir 400 juta individu dijangkiti denggi setiap tahun. Malah, hampir 40,000 kematian dicatatkan disebabkan denggi.

Demam denggi paling kerap berlaku di Asia Tenggara, kepulauan Pasifik Barat, Amerika Latin dan Afrika. Namun, kini penyakit ini telah merebak ke Amerika Syarikat dan juga Eropah.

Mereka yang menghidap demam denggi mungkin akan dihospitalkan disebabkan simptom yang serius. Malah, pesakit juga akan rasa sakit sendi dan sering muntah-muntah sehingga boleh mengalami dehidrasi.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa ada pesakit yang mengalami kesan sampingan selepas demam denggi. Simptom yang berlaku sebagai kesan selepas demam denggi ini juga boleh mengganggu kehidupan seharian pesakit.

7 kesan selepas demam denggi

Selepas menghidap demam denggi, pesakit mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan.

Kesan sampingan ini juga boleh membuatkan pesakit jadi letih dan penat serta tidak mampu menjalani kehidupan seperti biasa.

Antara kesan sampingan yang boleh diperhatikan ialah:

1. Rasa lemah dan lesu

kesan selepas demam denggi
Demam denggi boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan lesu.

Tidak dinafikan, demam denggi akan memberikan impak yang serius terhadap sistem imun pesakit. Selepas menghidap demam denggi, pesakit lebih mudah jatuh sakit disebabkan sistem imun yang semakin lemah.

Pada masa yang sama, pesakit juga akan rasa lemah dan lesu. Untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku, pesakit perlulah mengambil makanan yang sihat dan melakukan senaman untuk kekal cergas.

2. Lebih mudah rasa gelisah

Pesakit yang pernah menghidap demam denggi akan rasa lebih gelisah daripada biasa. Malah, tahap tekanan atau stres yang mereka alami juga lebih tinggi berbanding orang lain.

Jika anda rasa tertekan dan kerap stres, ini mungkin antara kesan demam denggi. Dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin supaya masalah tekanan perasaan ini tidak menjadi serius pada masa akan datang.

Kesan selepas demam denggi #3: Rambut lebih mudah gugur

Rambut gugur merupakan antara kesan sampingan selepas demam denggi yang paling lazim dialami.

Malah, dalam masa 1 hingga 2 bulan selepas demam denggi, ada pesakit yang menghidap alopecia disebabkan pengambilan ubat-ubatan tertentu atau stres.

Bukan itu sahaja, jangkitan juga boleh menyebabkan rambut pesakit lebih mudah gugur.

4. Sakit otot dan sendi

Demam denggi selalunya akan membuatkan pesakit rasa sakit otot, tulang dan sendi. Namun, simptom ini boleh berlarutan sebagai kesan selepas demam denggi.

Malah, jika anda mempunyai kekurangan vitamin atau mineral, masalah ini akan menjadi semakin serius.

5. Kurang selera makan

Kesan selepas demam denggi
Anak akan kurang selera makan selepas demam denggi.

Denggi juga memberi impak terhadap selera makan seseorang. Malah, simptom seperti demam yang berpanjangan serta rasa lemah selepas sembuh daripada denggi boleh menyebabkan pesakit tidak lalu makan.

Sebab itulah, pesakit denggi digalakkan untuk makan makanan yang seimbang dan minum banyak air. Malah, pesakit dinasihatkan untuk kekal melakukan perkara yang sama selepas sembuh.

Kesan selepas demam denggi #6: Masalah berat badan

Demam denggi juga boleh menyebabkan berat badan seseorang menurun dengan drastik.

Apabila pesakit kurang makan dan sakit dalam satu tempoh masa yang lama, ia akan memberikan impak terhadap metabolisme badan pesakit. Lama-kelamaan, pesakit akan mengalami penurunan berat badan.

[embed-health-tool-bmi]

7. Kekurangan nutrisi

kesan selepas demam denggi
Cara merawat anak demam denggi.

Pesakit mungkin akan menghidap kekurangan nutrisi selepas demam denggi, terutamanya vitamin D dan E. Kekurangan vitamin ini boleh membuatkan kesakitan yang dialami menjadi semakin teruk.

Oleh sebab itu, pesakit perlulah mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan pengambilan vitamin B12, D dan E mencukupi supaya badan boleh sembuh dengan sepenuhnya.

Kesimpulan

Jika anda ada kerisauan mengenai kesan sampingan yang dialami selepas denggi, berjumpalah dengan doktor untuk konsultasi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. About Dengue: What You Need to Know. https://www.cdc.gov/dengue/about/index.html. Accessed on June 21, 2022.
  2. Dengue Fever. https://kidshealth.org/en/parents/dengue.html. Accessed on June 21, 2022.
  3. Dengue Fever. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17753-dengue-fever. Accessed on June 21, 2022.
  4. Dengue fever. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dengue-fever/symptoms-causes/syc-20353078. Accessed on June 21, 2022.
  5. Dengue. https://www.nhs.uk/conditions/dengue/. Accessed on June 21, 2022.

Versi Terbaru

25/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Haid Wanita Boleh Terganggu Jika Mengalami Demam Denggi? Adakah Ini Tanda Bahaya?

Ikut Pantang Larang Ini Kalau Anda Dijangkiti Dengan Demam Denggi


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan