home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ada Satu Lagi Pilihan Vaksin COVID-19 Keluaran Johnson & Johnson, Guna Teknologi Berbeza!

Ada Satu Lagi Pilihan Vaksin COVID-19 Keluaran Johnson & Johnson, Guna Teknologi Berbeza!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Selain Pfizer-BioNTech dan juga Moderna, syarikat terkenal Johnson & Johnson juga turut menyumbang kepakaran mereka dalam menghasilkan vaksin COVID-19. Menariknya, vaksin ini adalah jenis vaksin yang sedikit berbeza daripada pengeluar yang lain.

Apakah perbezaannya?

Vaksin Johnson & Johnson guna teknologi Adenovirus

Jenis vaksin Johnson & Johnson menggunapakai kaedah vaksin Adenovirus. Vaksin Adenovirus ini menggunakan DNA berangkai dua berbanding vaksin mRNA yang menggunakan RNA berangkai satu.

Dalam vaksin ini, para penyelidik telah menambahkan sekeping bahan genetik daripada protein spike novel coronavirus menjadi virus lain, iaitu Adenovirus 26.

Virus ini telah diubahsuai sehingga mempunyai kemampuan untuk memasuki sel tetapi tidak menggandakan jumlahnya di dalam sel.

Adenovirus adalah sejenis virus biasa yang menyebabkan gejala seperti selesema.

Namun, memandangkan jenis virus Adenovirus yang digunakan dalam vaksin telah diubah dan tidak dapat ditiru, ia tidak boleh membuatkan kita jatuh sakit.

Bagaimana jenis vaksin Johnson & Johnson berfungsi?

vaksin johnson & johnson

Apabila anda mendapat suntikan vaksin jenis ini, Adenovirus yang diubah suai akan membawa sepotong spike protein ke permukaan sel anda.

Ia kemudiannya akan ditarik ke dalam sel, di mana virus yang diubahsuai tersebut akan bergerak ke nukleus sel yang menempatkan DNA sel tersebut.

Adenovirus ini kemudiannya akan memasukkan DNAnya ke dalam nukleus sel, gen spike protein tersebut dibaca oleh sel, dan kemudian disalin ke penyampai RNA (mRNA).

Selepas itu, mRNA ini akan meninggalkan nukleus dan berfungsi sebagai satu set arahan untuk sel lain agar sel lain menghasilkan spike protein seperti yang telah disalin di nukleus sel sebelum ini.

Spike protein ini kemudiannya dikenal pasti oleh sistem imun tubuh, dan tubuh anda akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi terhadap ancaman yang dirasakan itu.

Sel-sel sistem imun tubuh anda kemudiannya akan mengingati cara bagaimana untuk memerangi spike protein virus COVID-19 ini.

Oleh itu, jika anda dijangkiti lagi dengan COVID-19 pada masa akan datang, badan anda akan mempunyai kemampuan untuk melawannya dengan lebih berkesan.

Keunikan jenis vaksin Johnson & Johnson

Vaksin keluaran Pfizer-BioNTech dan juga Moderna memerlukan dua dos suntikan bagi memberikan perlindungan penuh daripada jangkitan COVID-19.

Namun, bagi jenis vaksin keluaran Johnson pula, ia hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja dengan kesan perlindungan yang sama.

Artikel berkaitan:

Memandangkan teknologi penghasilan vaksin yang digunakan oleh Johnson & Johnson ini berbeza, cara penyimpanannya juga adalah lebih mudah berbanding vaksin keluaran syarikat Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Vaksin dengan teknologi mRNA seperti keluaran Pfizer dan Modern memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu serendah -70 darjah Celsius.

Manakala vaksin dengan teknologi Adenovirus seperti keluaran Johnson dan Oxford-AstraZeneca, ia hanya memerlukan ruang simpanan dengan suhu serendah 2 hingga 7 darjah Celsius.

Bagaimana pula dengan keberkesanan jenis vaksin Johnson & Johnson ini?

Setakat ini, hanya vaksin keluaran Pfizer-BioNTech dan juga Moderna sahaja yang telah mencapai keberkesanan sehingga 95%.

Vaksin keluaran Pfizer-BioNTech juga telah diluluskan oleh pihak Pentadbiran Makanan & Ubat (FDA) untuk kegunaan kecemasan.

Bagi jenis vaksin Johnson pula, ia mempunyai keberkesanan keseluruhan sebanyak 66% bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 sederhana dan juga teruk.

jenis vaksin

Ia juga mempunyai keberkesanan sebanyak 85% bagi penyakit yang teruk semasa ujian percubaan klinikal fasa ketiga.

Vaksin ini juga memberikan perlindungan menyeluruh daripada penyakit dan kematian yang berkaitan dengan jangkitan COVID-19.

Setakat hari ini, vaksin ini telah melepasi ujian klinikal fasa tiga dan mereka sudah memohon kelulusan bagi penggunaan kecemasan daripada pihak ADA.

Adakah terdapat sebarang kesan sampingannya?

Vaksin ini juga seperti jenis vaksin lain yang mungkin memberikan sedikit kesan sampingan bergantung kepada respons tubuh individu.

Berdasarkan ujian klinikal, vaksin ini mungkin akan menyebabkan kesan sampingan ringan dan sederhana.

Ini termasuklah mengalami simptom seperti selesema, sakit kepala, sakit badan, rasa sakit pada kawasan yang disuntik dan juga demam.

Namun, perlu diketahui bahawa kebanyakan kesan sampingan yang berlaku ini adalah kerana tindak balas normal tubuh terhadap vaksin yang disuntik.

Ia menunjukkan bahawa tubuh anda memberikan respons pertahanan seperti yang diharapkan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.jnj.com/johnson-johnson-announces-single-shot-janssen-covid-19-vaccine-candidate-met-primary-endpoints-in-interim-analysis-of-its-phase-3-ensemble-trial

https://www.jnj.com/johnson-johnson-covid-19-vaccine-candidate-interim-phase-1-2a-data-published-in-new-england-journal-of-medicine

https://www.cdc.gov/adenovirus/index.html

https://www.prevention.com/health/a35002158/pfizer-vs-moderna-covid-19-vaccine-ingredients/

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 11/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x