Telah lama tular satu mitos yang kata jika individu itu ada kudis buta, rendam air garam. Katanya, cara ini bakal dapat membantu anda merawat masalah kulit tersebut! Rupanya, ia mungkin hanya akan bawa mudarat serta bahaya yang lain pula nanti?
Telah lama tular satu mitos yang kata jika individu itu ada kudis buta, rendam air garam. Katanya, cara ini bakal dapat membantu anda merawat masalah kulit tersebut! Rupanya, ia mungkin hanya akan bawa mudarat serta bahaya yang lain pula nanti?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Sebelum pergi dengan lebih dalam, anda perlu tahu bahawa kudis buta atau Scabies adalah sejenis infeksi pada kulit manusia yang akan berlaku angkara sejenis kutu bernama Sarcoptes scabiei.
Kondisi ini akan menyebabkan muncul radang pada kulit yang amat gatal dan sakit. Ia turut boleh berjangkit di antara satu individu ke individu lain apabila kutu itu berpindah sesama manusia.
Apa yang lebih membimbangkan adalah kondisi ini bukan unik untuk manusia sahaja kerana kutu itu juga boleh mendiami dan menjangkiti haiwan lain dan membawa infeksi kepada manusia.
“Scabies ini boleh berjangkit melalui sentuhan atau perkongsian peralatan peribadi dalam kalangan mereka yang sudah dengan belum dijangkiti. Kaedah rawatan yang paling berkesan adalah dengan cara menghapuskan kutu yang ada pada kulit anda.”, jelas Pakar Pediatrik Dr Ana Yasmin.

Biasa terjadi kepada individu terutama golongan kanak-kanak ekoran kurang menjaga kebersihan, ibu bapa perlu lebih peka dan cepat mencari rawatan kudis buta, termasuk rendam air garam?
Seperti mana yang ramai sudah tahu, garam itu memiliki sifat antimikrob sekali gus mempunyai potensi untuk melawan kewujudan segala mikroorganisme seperti bakteria, kulat serta parasit.
Memandangkan kondisi kudis buta itu juga adalah disebabkan oleh parasit kutu, maka ia mungkin boleh diselesaikan dengan garam. Ini adalah persepsi orang ramai mengenai perkara di atas.
Alasannya, kajian terbitan National Academies Press menyatakan bahawa garam boleh berpindah dari larutan cair ke larutan pekat (osmosis) yang menyebabkan mikroorganisme hilang kandungan air sekali gus mengalami dehidrasi lantas mati akhirnya.
Dalam pada itu, garam juga mampu menghambat pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisme dengan cara menyekat oksigen serta mengganggu kerja enzim pada tubuh badan parasit tersebut.
Ya, mungkin benar ia mampu mengurangkan atau menghilangkan keberadaan mikrob pada kulit namun masih belum ada kajian saintifik yang kata rendam air garam untuk kudis buta itu bagus.

Hingga saat ini, masih belum ada bukti ilmiah yang menyatakan atau menyarankan agar pesakit penyakit kudis buta rendam air garam. Jadi, kita semua tidak boleh percaya dengan ini!
Anda turut perlu tahu bahawa cara ini bukan sahaja tidak akan berkesan malah berbahaya kerana penggunaan garam pada kulit secara berlebihan pula boleh mengakibatkan masalah kulit lain.
Contohnya, kudis buta itu sendiri akan menyebabkan kegatalan dan kesakitan. Perbuatan rendam air garam hanya buat lebih teruk lantas membuat anda menggaru kulit hingga ia mula terluka.
Akibatnya, butiran garam yang keras dan tajam itu mungkin akan menerukkan lagi keadaan kulit sedia ada. Dalam erti kata lebih mudah, ia bukan cara tepat untuk rawat scabies atau kudis buta.
Sebaliknya, adalah sangat penting untuk anda rujuk dengan pakar dermatologi tentang perkara ini.
Kalau rendam air garam untuk kudis buta itu bukan kaedah betul, bagaimaan pula cara yang tepat?
Perkara pertama yang anda perlu buat adalah jumpa doktor dengan kadar segera untuk diagnosis sama ada benar jika ia kudis buta atau bukan. Jika ya, hanya ada dua cara untuk rawat yang tepat:
Krim sapu bernama Permethrin ini berfungsi dengan cara menghapuskan kutu dan telur yang ada pada kulit secara serentak. Ia juga mampu mengurangkan kudis buta dan gejala lain berkaitan.
Ia sesuai untuk digunakan oleh semua golongan individu dan tiada kesan sampingan dikenalpasti.
Ubat minum bernama Ivermectin ini akan diberikan kepada individu jika krim sapu di atas itu tadi tidak membuahkan hasil positif. Ia biasa diberikan kepada mereka dengan masalah imunisasi.
Namun, ia mungkin tidak sesuai untuk ibu mengandung, menyusu serta anak di bawah berat 15 kg.
Selain itu, wujud juga alternatif untuk rawat scabies kudis buta tetapi bukan rendam air garam kerana ia bukan sahaja tidak berkesan malah berbahaya. Dapatkan nasihat dari pakar kulit anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
23/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor