backup og meta

Bulu Tumbuh Lebih Cepat Dan Lebat Kalau Cukur Bulu Kaki? Ini Kata Pakar!

Bulu Tumbuh Lebih Cepat Dan Lebat Kalau Cukur Bulu Kaki? Ini Kata Pakar!

Kewujudannya mungkin akan buat individu rasa tidak yakin untuk tampil berseluar atau berskirt pendek. Disebabkan itu, ramai yang gemar cukur bulu kaki!

Pun begitu, tabiat ini turut dipercayai akan jadi punca bulu kaki tumbuh lebih cepat dan lebat. Persoalannya, adakah kepercayaan ini adalah fakta atau mitos?

Jom teruskan membaca artikel untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.

Perbuatan cukur bulu kaki itu normal?

Bulu yang tumbuh pada setiap anggota tubuh badan itu adalah normal dan ia mempunyai fungsi seperti melindungi kulit daripada haba, debu dan lain-lain.

Namun jika ia tumbuh terlalu banyak, bulu-bulu ini juga mungkin akan menjejaskan penampilan kulit terutamanya buat golongan wanita berbanding lelaki.

Disebabkan itu, mungkin ada individu yang memilih untuk mencukur bulu terutamanya pada bahagian kaki bagi mendapatkan kulit yang lebih halus dan mulus.

Sebenarnya, adalah normal untuk individu itu bercukur bulu bagi tujuan kebersihan serta kecantikan dan mungkin tiada sebarang masalah lain akan timbul.

Apa yang menjadi persoalan adalah sama ada ia akan tumbuh lebih cepat dan lebat selepas itu!

cukur bulu kaki

Kesannya, ia tumbuh lebih cepat & lebat?

Menurut Pakar Dermatologi Ron Davis dari Tulane University di Amerika Syarikat, perbuatan mencukur bulu kaki itu adalah normal tanpa wujud risiko.

Ini kerana bulu akan tumbuh pada folikel di kawasan bawah kulit. Jadi, apa yang anda buat di kawasan atas kulit tidak akan mengubah apa-apa.

Dalam erti kata lebih mudah, cukur bulu kaki atau mana-mana anggota tubuh badan tidak akan menyebabkan bulu tumbuh lebih cepat atau lebat.

Pun begitu, ia mungkin akan tampak seperti banyak ekoran rambut baru yang tumbuh itu masih belum terdedah kepada elemen luaran tertentu.

Elemen-elemen yang dimaksudkan ini adalah cahaya matahari, sabun atau bahan kimia lain!

Cukur bulu pada badan dengan hati-hati!

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, anda mungkin tidak perlu bimbang untuk cukur bulu kaki atau anggota lain pada tubuh badan.

Ini kerana tidak ada masalah bulu-bulu itu akan tumbuh dengan lebih cepat serta lebat seterusnya menjejaskan penampilan kulit tubuh badan anda.

Pun begitu, mungkin masih ada kesan sampingan mencukur bulu jika salah caranya termasuklah:

  • Kerengsaan kulit
  • Keradangan kulit
  • Kulit luka
  • Kulit gatal
  • Dermatitis kontak
  • Nanah
  • Jerawat
  • Bulu tumbuh ke dalam

cukur bulu kaki

Disebabkan itu, anda perlu lebih hati-hati ketika cukur bulu kaki atau anggota tubuh badan yang lain bagi mengelakkan komplikasi-komplikasi di atas.

Bagaimana cara yang betul untuk cukur bulu?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa bulu pada kaki atau anggota lain tidak akan tumbuh dengan cepat atau lebat selepas bercukur. Jom teruskan pembacaan anda!

Bagi memastikan anda bercukur dengan cara yang betul, sila cuba untuk ikuti panduan berikut:

  1. Basahkan kulit dengan air terlebih dahulu.
  2. Lumurkan kulit dengan gel atau losen untuk melindunginya.
  3. Cukurkan bulu mengikut arah bulu itu tumbuh.
  4. Elakkan bercukur dengan terlalu cepat atau kuat.
  5. Gunakan alat cukur yang baru serta tajam.
  6. Bilaskan kulit dengan air selepas selesai.
  7. Sapukan pelembap kulit yang sesuai untuk anda.

Panduan ini boleh anda ikuti ketika sedang mencukur bulu-bulu tidak kira pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan yang anda ingini.

Sebagai tambahan, pastikan alat yang anda gunakan untuk tujuan ini adalah suci, selamat dan sesuai bagi memastikan tiada komplikasi lain kelak.

cukur bulu kaki

Pastikan alat anda guna itu sesuai ya!

Untuk pengetahuan anda, ada banyak alat cukur yang wujud di pasaran seperti gunting, pisau atau mesin untuk proses mencukur bulu dari tubuh badan.

Sekiranya menggunakan gunting, pastikan anda menggunakan gunting yang baru lagi tajam serta elakkan daripada menggunting bulu dengan terlalu bawah.

Seandainya menggunakan pisau, pastikan anda menggunakan pisau yang baru lagi tajam serta gantikan mata pisau jika ia telah terlalu lama digunakan.

Bagi mesin pula, pastikan anda menggunakan mesin cukur khas dan baca panduan penggunaan terlebih dahulu sebelum mencubanya pada kulit.

Jika berlaku sebarang kecederaan pada kulit semasa mencukur, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan ubatan dan rawatan lanjut!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Does shaving unwanted body hair make it grow back thicker and darker?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/expert-answers/hair-removal/faq-20058427, Accessed Oct 21 2021.
  2. 7 WAYS TO REMOVE UNWANTED HAIR, https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/hair/remove-unwanted-hair, Accessed Oct 21 2021.
  3. FAKE (FOLLICLE) NEWS : DOES SHAVED HAIR GROW BACK FASTER?, http://sites.utexas.edu/think-twice/2019/02/19/fake-follicle-news-does-shaved-hair-grow-back-faster/, Accessed Oct 21 2021.
  4. 42 Burning Questions on Body Shaving Answered by Flo, https://flo.health/menstrual-cycle/lifestyle/hygiene-and-beauty/44-burning-question-on-female-shaving-answered-by-flo, Accessed Oct 21 2021.
  5. Does shaving make you hairier?, https://sciencenorway.no/forskningno-myths-and-mythology-norway/does-shaving-make-you-hairier/1376598, Accessed Oct 21 2021.

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Deodoran Punca Kulit Ketiak Gelap? Ini 5 Mitos Mengenai Ketiak Hitam!

Tiada Lagi Luka Akibat Bercukur Bulu Jika Anda Bertukar Kepada Waxing! Ini Manfaatnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan