home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kenapa Kuku Anda Menjadi Kuning? Tak Sangka, Rokok Juga Beri Kesan Rupanya!

Kenapa Kuku Anda Menjadi Kuning? Tak Sangka, Rokok Juga Beri Kesan Rupanya!

Penjagaan kuku adalah antara aspek yang tidak boleh dipandang dengan enteng. Ini terutamanya jika kuku berubah berwarna kuning! Apa puncanya?

Apa punca kuku berwarna kuning?

Kuku berwarna kuning adalah masalah biasa dalam kalangan lelaki dan wanita sama ada disebabkan kesan pengilat kuku, gaya hidup anda atau tanda-tanda masalah perubatan.

penjagaan kuku

Pengilat kuku?

Biasanya, pigmen pengilat kuku adalah penyebab kuku kuning. Lebih gelap warna pengilap, lebih banyak kesan yang ditinggalkannya.

Satu-satunya cara untuk mengelakkannya adalah dengan menggunakan kot asas yang jernih pada kuku sebelum menggunakan pengilap kuku.

Ia bukan sahaja melindungi kuku anda daripada kesan warna tetapi juga membuat pengilap kuku tahan lebih lama.

Menggunakan penanggal pengilat kuku yang diperbuat daripada aseton juga akan menerukkan masalah kuku kuning anda.

Pilih penanggal bukan aseton setiap kali anda perlu menanggalkan pengilap kuku.

Perokok tegar?

Sekiranya anda seorang perokok, maka kuku anda mungkin menjadi kuning disebabkan tar dan nikotin dari rokok anda.

Di samping itu, merokok menghalang aliran oksigen ke kuku, menyebabkan kekurangan oksigen yang juga menyebabkan kuku kuning.

Untuk mengelakkan kuku berubah berwarna kuning, anda perlu berhenti merokok.

Walaupun susah, mungkin ini lebih baik untuk kesihatan anda sendiri.

penjagaan kuku

Jangkitan kulat?

Kuku kuning boleh disebabkan oleh jangkitan kulat dan tanda-tandanya termasuklah kuku mengelupas, di samping bau yang kurang menyenangkan.

Jika tidak dirawat, kuku anda boleh menjadi tebal dan mungkin hancur!

Selain itu juga, warna kuku yang bukan semula jadi mungkin menandakan penyakit tiroid, hati dan paru-paru.

Jika anda merasa curiga dengan warna kuku anda, rujuk kepada doktor untuk menentukan masalah sebenar anda.

Ini cara penjagaan kuku yang betul!

Jika kuku anda sudah pun menjadi kuning…

Anda masih boleh mencerahkannya dengan menggunakan jus lemon dan baking soda atau pergi ke salon kuku untuk pembaikan segera.

Sama juga dengan kulit anda, kuku anda turut memerlukan oksigen supaya ia tetap sihat dalam jangka masa yang lebih panjang.

Sekalipun anda gemar menggunakan pengilap kuku, membiarkannya tanpa diwarnakan akan membantu kuku anda kekal lebih sihat.

Jadi, sila ambil tahu cara penjagaan kuku yang betul agar ia kekal cantik dan sihat ya!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. What can you do about yellow nails?, https://wexnermedical.osu.edu/blog/yellowing-fingernails, Accessed Aug 3 2020.
  2. Yellow nail syndrome, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/multimedia/nails/sls-20076131?s=7, Accessed Aug 3 2020.
  3. Yellow Nails, https://www.mayoclinicproceedings.org/article/S0025-6196(20)30137-3/fulltext, Accessed Aug 3 2020.
  4. Yellow nail syndrome, https://dermnetnz.org/topics/yellow-nail-syndrome, Accessed Aug 3 2020.
  5. Yellow Nail syndrome, https://rarediseases.org/rare-diseases/yellow-nail-syndrome/, Accessed Aug 3 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 5 hari lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor