Kulit gatal memerlukan ubat gatal kulit yang berkesan walaupun sekadar remedi di rumah. Jika anda tidak tahu apakah remedi atau ubat paling mujarab untuk gatal kulit, kami ada senarainya. Lihat petuanya di bawah ini.
Kulit gatal memerlukan ubat gatal kulit yang berkesan walaupun sekadar remedi di rumah. Jika anda tidak tahu apakah remedi atau ubat paling mujarab untuk gatal kulit, kami ada senarainya. Lihat petuanya di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Antara punca utama yang menyebabkan kulit gatal ialah perubahan pada cuaca atau persekitaran.
Suhu yang panas dan kering sebagai contoh, boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan mencetuskan kegatalan.
Namun, perubahan suhu dan cuaca bukanlah satu-satunya punca yang menyebabkan kulit gatal.
Masalah ekzema dan kesesuaian sabun yang dipakai juga boleh menyebabkan kulit anda mengalami kegatalan.
Terdapat beberapa jenis remedi atau kaedah tradisional yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan kegatalan yang dialami.
Jangan risau kerana ubat gatal kulit ini selamat untuk diamalkan dan terbukti berkesan.
Berikut ialah remedi tradisional yang boleh anda cuba:
Ubat paling mujarab untuk gatal kulit 1: Baking soda

Soda penaik atau juga disebut baking soda mempunyai sifat antikulat.
Kajian mencadangkan bahawa penggunaan baking soda sebagai satu kaedah yang berkesan untuk pelbagai keadaan jangkitan kulat pada kulit, yang kebanyakannya boleh menyebabkan kegatalan.
Persatuan Ekzema Amerika Syarikat mengesyorkan untuk menambah satu perempat cawan baking soda ke dalam air mandian suam.
Selain itu, anda juga boleh mencampurkan baking soda dengan sedikit air untuk dijadikan pes, dan ia boleh disapukan terus pada kawasan kulit yang gatal.
Ubat gatal kulit 2: Menggunakan cuka epal
Cuka epal mengandungi kandungan asid asetik, yang telah digunakan sejak zaman dahulu selama beribu-ribu tahun sebagai pembasmi kuman dan antiseptik luka semula jadi.
Menurut Yayasan Psoriasis Amerika Syarikat (NPF), cuka epal mungkin sangat membantu dalam melegakan kulit kepala yang mengalami kegatalan.
NPF mengesyorkan untuk membancuh atau mencairkan cuka epal bersama air dengan menggunakan nisbah 1:1.
Kemudian, anda boleh sapu larutan tersebut pada kulit kepala dan biarkan ia kering sebelum membilasnya perlahan-lahan dengan air suam.
Namun, anda juga perlu berhati-hati kerana cuka boleh menyebabkan rasa terbakar pada luka yang terbuka.
Oleh itu, jika anda mempunyai kulit merekah dan berdarah, anda harus mengelakkan kaedah rawatan ini.
Ubat paling mujarab untuk gatal kulit 3: Jeli petroleum

Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering, merekah dan juga gatal, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan produk yang berasaskan jeli petroleum.
Jeli petroleum cukup lembut untuk digunakan pada muka anda, termasuklah kawasan yang lebih sensitif seperti kelopak mata dan bibir.
Tetapi anda tidak boleh menggunakan jeli petroleum pada muka anda jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini kerana, ia boleh menyebabkan pembentukan jerawat.
Walaupun jeli petroleum berfungsi dengan lebih baik pada kulit yang lembap, anda masih boleh menggunakan semula produk ini pada kulit yang kering sepanjang hari mengikut keperluan anda.
Ubat gatal kulit 4: Minyak menthol
Menthol ialah sejenis minyak pati yang terdapat dalam tumbuhan daripada keluarga pudina. Ia mempunyai kesan penyejukan dan boleh membantu melegakan kesakitan dan kegatalan.
Kajian pada tahun 2012 telah mengkaji sama ada minyak pudina yang mengandungi menthol, boleh merawat kulit gatal dengan berkesan pada wanita hamil.
Penyelidik membahagikan peserta kepada dua kumpulan.
Satu kumpulan menerima sebotol minyak bijan yang dicampurkan dengan kepekatan 0.5 peratus minyak pudina.
Kumpulan lain pula menerima sebotol minyak yang mengandungi gabungan minyak bijan dan minyak zaitun.
Peserta kemudiannya menyapu minyak ke kawasan kulit yang gatal dua kali sehari selama dua minggu.
Hasil kajian menunjukkan, mereka yang menggunakan minyak yang diinfuskan dengan minyak pudina melaporkan pengurangan ketara dalam tahap kegatalan berbanding mereka yang menggunakan produk lain.
Namun, anda perlu sentiasa mencairkan minyak pati dengan minyak lain sebelum menyapunya pada kulit.
Ubat paling mujarab untuk gatal kulit 5: Gunakan gel aloe vera

Anda juga boleh mencuba menggunakan sebarang gel yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti gel aloe vera.
Gel aloe vera boleh menjadi antara ubat paling mujarab untuk gatal kulit kerana ia membantu mengekalkan kelembapan kulit, sekali gus mengurangkan risiko anda mengalami kegatalan.
Anda boleh mendapatkan gel aloe vera ini daripada mana-mana farmasi yang berdekatan dengan anda.
Ubat paling mujarab untuk gatal kulit 6: Terapi pembalut basah
Terapi pembalut basah melibatkan penggunaan pembalut kain yang diperbuat daripada kain kasa atau jaring pembedahan. Kain ini direndam dan dibalut pada kawasan kulit yang gatal.
Balutan ini membantu menghidrat semula dan menenangkan kulit sambil menyediakan penghalang fizikal yang melindungi kulit daripada calar.
Rawatan ini boleh memberi manfaat terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Terapi ini juga boleh membantu kulit menyerap ubat-ubatan, seperti steroid topikal.
Sebelum memakai kain pembalut, gosok atau tepuk ubat secara perlahan-lahan pada kawasan tersebut, dan dikuti dengan lapisan pelembap yang banyak.
Kemudian barulah anda boleh memakai kain pembalut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Akhavan Amjadi, M., Mojab, F., & Kamranpour, S. B. (2012). The effect of peppermint oil on symptomatic treatment of pruritus in pregnant women. Iranian journal of pharmaceutical research : IJPR, 11(4), 1073–1077. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3813175/. Accessed on July 30, 2022.
Hekmatpou, D., Mehrabi, F., Rahzani, K., & Aminiyan, A. (2019). The Effect of Aloe Vera Clinical Trials on Prevention and Healing of Skin Wound: A Systematic Review. Iranian journal of medical sciences, 44(1), 1–9. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6330525/. Accessed on July 30, 2022.
Home Remedies for Itchy Skin. https://health.clevelandclinic.org/home-remedies-for-itchy-skin/. Accessed on July 30, 2022.
Eczema and Bathing. https://nationaleczema.org/eczema/treatment/bathing/. Accessed on July 30, 2022.
Integrative Approaches to Care. https://www.psoriasis.org/integrative-approaches-to-care/. Accessed on July 30, 2022.
HOW TO RELIEVE ITCHY SKIN. https://www.aad.org/public/everyday-care/itchy-skin/itch-relief/relieve-itchy-skin. Accessed on July 30, 2022.
Versi Terbaru
23/09/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor