backup og meta

Anak Mengadu Tangan Jadi Gatal & Kemerahan, Itu Petanda Dijangkiti Kudis Buta

Anak Mengadu Tangan Jadi Gatal & Kemerahan, Itu Petanda Dijangkiti Kudis Buta

“Ibu, tangan abang gatal-gatal lah. Lepas tu ada bintik-bintik merah. Kenapa ni?” Sebagai ibu, adakah anda boleh mengagak kondisi anak anda ini? Semasa berada di rumah, tidak pula anak anda mengalami keadaan sebegini, tetapi lain pula sejak dia tinggal di asrama. Tangan gatal dan berbintik merupakan antara tanda kudis buta. Tetapi, apakah punca kudis buta?

Anda masih keliru? Mari baca mengenai maksud, punca kudis buta serta simptom-simptomnya. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Kudis buta?

punca kudis buta

Ya, kondisi yang sedang anak anda alami adalah satu keadaan yang disebut sebagai kudis buta, atau nama lainnya, scabies. Ia adalah satu serangan kulit yang disebabkan oleh sejenis hama, Sarcoptes scabiei

Untuk pengetahuan semua, hama ini boleh tinggal di dalam kulit dengan tempoh beberapa bulan jika ia tidak dirawat. 

Bagaimana hama ini boleh membiak? Ia membiak dan ‘menggali’ di atas permukaan kulit anda lalu menghasilkan telur di dalam lubang kulit tersebut.

Kulit akan memberikan reaksi terhadap hama dan sisa hama ini. Inilah yang akan menyebabkan rasa gatal-gatal dan terbentuknya ruam merah pada kulit tersebut.

Anda tidak akan dapat lihat hama dengan mata kasar, tetapi anda boleh melihat kesan kehadirannya melalui pembentukan ruam dan kegatalan. 

Adakah kudis buta boleh berjangkit?

punca kudis buta

Ya, malah ia amat mudah untuk menjangkiti individu lain. Hanya melalui sentuhan fizikal dengan individu yang dijangkiti, anda mungkin akan mendapat kudis ini dengan amat mudah. Selain itu, ia juga mudah dijangkiti melalui pakaian, perabot dan juga tempat tidur. 

Oleh sebab itu, pelajar yang tinggal di asrama amat mudah untuk dijangkiti dengan kudis buta. Sentuhan fizikal dan perkongsian bantal atau tilam menjadi punca mengapa ia mudah menjangkiti pelajar-pelajar lain di asrama. 

Sinmptom dan punca kudis buta

Pada awal pendedahan terhadap kudis, ia mungkin akan mengambil masa sehingga 6 minggu untuk simptom-simptom jangkitan ini muncul.

Walau bagaimanapun, bagi individu yang pernah dijangkiti kudis buta sebelum ini, simptom-simptom biasanya akan muncul dengan lebih cepat.

Simptom-simptom bagi kudis ini termasuklah ruam dan kegatalan melampau yang akan menjadi lebih teruk pada waktu malam. Menggaru secara berterusan pada kawasan yang dijangkiti akan menyebabkan jangkitan luka.

Sekiranya ini berlaku, rawatan tambahan dengan antibiotik untuk jangkitan kulit akan digunakan. Antara kawasan yang biasanya dijangkiti dengan kudis buta dalam kalangan kanak-kanak dan individu dewasa ialah:

  • Pergelangan tangan
  • Siku
  • Ketiak
  • Puting
  • Zakar
  • Pinggang
  • Punggung
  • Kawasan di celah-celah jari

Ruam yang berlaku akan mempunyai bintik-bintik kecil atau ketulan di bawah kulit seperti ketulan jerawat. 

Apakah rawatan yang tersedia?

Bagi menghapuskan serangan hama ini, rawatan biasanya menggunakan salap, krim dan losyen khas untuk penyakit ini seperti permethrin dan ivermethrin melalui preskripsi doktor. Anda juga mungkin perlu mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan. 

Doktor mungkin akan menyuruh anda untuk menggunakan ubat-ubatan ini pada waktu malam, iaitu pada waktu hama ini berada dalam keadaan yang paling aktif.

Ubat-ubatan yang disapu boleh dibasuh pada waktu pagi keesokan harinya. Anda mungkin perlu menyapu ubat-ubatan ini secara berulang selama tujuh hari. 

Doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan tambahan bagi membantu memberikan kelegaan terhadap simptom-simptom yang kurang menyenangkan.

Baca juga:

Punca kudis buta: Cara menghindarinya

Cara terbaik bagi menghindari jangkitan kudis adalah dengan mengelakkan sebarang hubungan secara fizikal dengan individu yang dijangkiti. Pakaian dan tilam yang dikongsi juga boleh menjadi punca kudis buta. 

Cuci pakaian anda dengan menggunakan air panas yang memiliki suhu sekitar 50 darjah Celsius. Begitu juga dengan tilam, sarung tilam, sarung bantal, bantal dan tuala mandi anda.

Sekiranya tilam anda terlalu besar dan berat untuk dicuci, anda boleh memvakumnya dengan menggunakan penyedut habuk vakum. Setelah selesai, buang beg vakum tersebut dan cuci vakum dengan menggunakan cecair peluntur dan juga air panas. 

Kesimpulan

punca kudis buta

Jika anak anda yang tinggal di asrama mengadu gatal-gatal pada kulit dan mempunyai ruam, bawanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Ada banyak perkara yang boleh menjadi punca kudis buta dan ia perlulah dikenal pasti seceoat mungkin. 

Walaupun kes kudis ini kerap berlaku di asrama sekolah, ini tidak bermakna bahawa anda yang tinggal di rumah tidak terlepas daripada jangkitan ini.

Anda masih berpotensi untuk mendapat jangkitan daripada individu lain yang berada di sekitar anda, terutamanya di kawasan tumpuan awam. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Parasites – Scabies. https://www.cdc.gov/parasites/scabies/index.html. Accessed on August 17, 2022.
  2. Scabies Frequently Asked Questions (FAQs). https://www.cdc.gov/parasites/scabies/gen_info/faqs.html. Accessed on August 17, 2022.
  3. Scabies. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4567-scabies. Accessed on August 17, 2022.
  4. Scabies. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/scabies/symptoms-causes/syc-20377378. Accessed on August 17, 2022.
  5. Scabies. https://www.nhs.uk/conditions/scabies/. Accessed on August 17, 2022.

Versi Terbaru

17/08/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Anak Sakit Sampai Tak Mahu Menyusu Atau Makan? Aduh, Risau! Ini 5 Cara Anda Boleh Atasinya

Herpes, Lepuh/Kudis Sejuk


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan