Jerawat telah menjadi mimpi ngeri bagi kebanyakan orang. Apabila jerawat surut, anda terpaksa berhadapan dengan kesan parutnya pula. Kadangkala, kesan parut memakan masa yang lebih lama untuk menghilang berbanding jerawat! Wujudkah cara hilangkan parut jerawat dalam masa seminggu?
Jerawat bukan sekadar masalah kulit, ia berupaya menjejaskan penampilan dan keyakinan diri seseorang.
Pun begitu, parut jerawat tidaklah begitu sukar untuk dipudarkan!
Malah, beberapa jenis rawatan topikal (yang disapu) dan perubatan boleh menjadi antara cara hilangkan parut berlubang dan jerawat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Jenis-jenis parut jerawat
Sebelum kita lanjut ke cara hilangkan parut jerawat dalam masa seminggu, mari kenal jenis parut terlebih dahulu!
- Parut atropik: Parut ini muncul sebagai lekukan kecil pada kulit. Ia berlaku apabila kulit tidak menghasilkan fibroblas (sel yang memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka dan sintesis kolagen) yang mencukupi semasa proses penyembuhan.
- Parut hipertrofik: Ia terjadi apabila kulit menghasilkan terlalu banyak fibroblas semasa proses penyembuhan, menyebabkan parut timbul.
- Parut keloid: Parut ini seakan parut hipertrofik tetapi ia lebih timbul, ketara dan tebal. Ia biasanya berwarna lebih gelap (merah atau coklat) berbanding kulit di sekitarnya. Parut keloid juga boleh memicu gejala, seperti kegatalan atau kesakitan.
Sekarang, ayuh kita teruskan dengan rawatan topikal yang boleh diamalkan dalam usaha memudarkan parut jerawat!
Rawatan topikal di rumah
#1 Asid salisilik
Asid salisilik bantu membersihkan kekotoran dan sel kulit mati, yang membawa kepada pembentukan jerawat dari pori-pori kulit.
Ia turut mengurangkan masalah kebengkakan dan kemerahan, lantas dapat meminimumkan penampilan parut.
Bukan itu sahaja, asid salisilik berkesan ke atas semua jenis parut! Ia boleh menjadi penambahan yang bagus ke dalam rutin penjagaan kulit untuk mereka yang berjerawat.
Peringatan! Bagi yang berkulit sensitif, kalian perlu menguji produk dengan kandungan asid ini pada kawasan kulit yang kecil terlebih dahulu.
Ia dikhuatiri boleh menyebabkan kekeringan dan kerengsaan pada kulit sensitif!
#2 Asid laktik
Asid laktik pula bertindak sebagai bahan pengelupasan yang lembut dan dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati.
Ia bantu mengurangkan penampilan parut dan melicinkan keseluruhan tekstur kulit!
Selain itu, ia bantu memudar dan mencerahkan tisu parut gelap, walaupun kadang-kadang ia menyebabkan hiperpigmentasi.
Dek kerana kesan buruk yang boleh berlaku, anda disarankan untuk menguji produk yang mengandungi asid laktik pada kawasan kecil kulit sebelum menggunakannya sebagai rawatan parut jerawat.
Kebanyakan produk jerawat mengandungi asid laktik. Ia juga terdapat dalam cuka epal yang dicairkan, menjadi rawatan yang lebih semula jadi dan menjimatkan.
#3 Cara hilangkan parut jerawat dalam masa seminggu: Retinoid
Sesetengah retinoid topikal dapat bantu menghilangkan parut jerawat.
Menurut penulis kajian jurnal Dermatology and Therapy, retinoid topikal mengawal keradangan, mengurangkan luka jerawat dan mempercepat pertumbuhan semula sel! Hebat bukan?
Tambahan itu, penulis menyatakan retinoid berupaya mencerahkan bekas jerawat hiperpigmentasi, termasuklah mereka dengan warna kulit yang lebih gelap.
Walaupun retinoid boleh menjadi cara hilangkan parut jerawat dalam masa seminggu, anda perlu tahu bahawa ia boleh tingkatkan sensitiviti terhadap sinar matahari.
Jika anda berminat untuk menambahkan rawatan topikal ini ke dalam rutin penjagaan kulit, sentiasa mengoles muka dengan sunblock apabila keluar rumah, okey?
#4 Alpha hydroxy acids
Alpha hydroxy acids (AHA) membantu singkirkan sel kulit mati dan mencegah pori-pori daripada tersumbat.
Pakar dermatologi juga mungkin akan mengesyorkan AHA untuk merawat jerawat dan mengurangkan penampilan parut.
AHA adalah sejenis asid bertahap ringan yang mengikis lapisan luar kulit, menghasilkan penampilan kulit segar dan baharu di bawahnya!
Proses ini juga membantu hasilkan tona kulit yang lebih sekata!
Bagaimana pula dengan parut jerawat yang teruk?
Usah risau, cara hilangkan parut jerawat dalam masa seminggu bagi masalah parut yang teruk akan melibatkan beberapa pilihan prosedur, seperti:
- Pengelupasan kimia: Ia melibatkan penggunaan bahan kimia asid yang kuat, untuk menghilangkan lapisan luar kulit dan mengurangkan penampilan parut.
- Microneedling: Kaedah ini menggunakan ‘pen kecil’, jarum beroda halus yang ditusuk pada kulit berparut. Tusukan halus ini akan meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan penampilan bekas jerawat!
- Laser resurfacing: Prosedur ini pula melibatkan penyingkiran lapisan atas kulit untuk mendedahkan sel kulit di bawah yang lebih muda, lantas mengurangkan penampilan parut. Ia menghasilkan permukaan kulit yang lebih sekata dan menjadi cara hilangkan parut jerawat berlubang yang bagus!
Demikian adalah antara cara hilangkan parut jerawat dalam masa seminggu yang boleh dicuba!
Namun sebelum anda membuat sebarang keputusan, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor bertauliah terlebih dahulu untuk tahu cara hilangkan parut jerawat dalam masa seminggu yang paling betul.
Sekiranya anda idamkan kulit yang setona dan berseri, kuncinya adalah dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang bersesuaian!
Tapi jangan pula kalian menjaga kulit semata-mata! Ia harus disekalikan dengan diet, gaya hidup yang sihat dan senaman secara berkala juga, okey?