backup og meta

Rambut Uban Jejas Penampilan? Relaks, Boleh Cuba 7 Ramuan Tradisional Ini Di Rumah!

Rambut Uban Jejas Penampilan? Relaks, Boleh Cuba 7 Ramuan Tradisional Ini Di Rumah!

Bagi setiap individu tidak kira lelaki atau wanita, uban adalah satu keadaan rambut yang sangat membimbangkan dan mengecewakan. Ini kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan fizikal malahan mental individu kerana mungkin tidak lagi yakin dengan penampilan mereka.

Ini terutamanya jika ia berlaku pada usia muda! Persoalannya, bagaimana cara hitamkan uban ya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk baca dengan lebih mendalam lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini. 

Uban adalah satu proses penuaan?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan keadaan rambut yang dikenali sebagai uban ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, uban adalah rambut yang telah bertukar warna menjadi kelabu, perak atau putih daripada hitam atau sebarang warna lain. Rambut bertukar menjadi beruban pada satu tempoh dalam kehidupan kita dan kebiasaannya dikaitkan sebagai salah satu dari proses penuaan.

Namun bagi sesetengah individu, ia boleh berlaku lebih awal. Rambut bertukar menjadi warna kelabu atau putih apabila sel yang berperanan untuk menghasilkan pigmen gagal berfungsi dengan baik.

penyebab uban

Bagi sesetengah yang lain pula, rambut mereka mengandungi hidrogen peroksida yang merupakan agen peluntur semula jadi.

Secara kasarnya, uban berlaku di pertengahan 30-an bagi orang Eropah manakala individu dari Asia mula mempunyai rambut beruban di lewat 30-an dan mereka yang berbangsa Afrika-Amerika tidak beruban sehinggalah mencecah usia pertengahan 40-an.

Namun ini hanyalah sekadar indikator yang boleh berubah bergantung kepada faktor risiko seseorang itu.

Apa faktor risiko uban muncul?

Ya, usia mungkin akan memainkan peranan namun wujud juga pelbagai faktor risiko rambut beruban yang lain. Ini termasuklah:

#1. Genetik

Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mengalami uban, anda juga berkemungkinan besar untuk mengalami perkara sama.

Tambahan, genetik anda juga menentukan berapa pantas rambut kalian akan menjalani proses beruban sama ada pada usia muda, dewasa atau tua.

Ia mungkin adalah faktor risiko yang tidak boleh kalian elakkan.

#2. Stres

Ya, ini adalah salah satu daripada faktor risiko yang sangat popular dikaitkan dengan uban dan ia mungkin terbukti adalah benar. Ini kerana hormon dalam tubuh badan akibat stres mungkin akan menyebabkan sel yang berfungsi menghasilkan pigmen menjadi terjejas.

Jadi, sila kawal stres untuk elak rambut beruban pramatang.

rambut beruban

#3. Kondisi kesihatan

Uban juga mungkin berpunca daripada masalah kesihatan seperti anemia, vitiligo dan kekurangan vitamin B12. Individu yang mempunyai masalah pituitari dan tiroid juga lebih cenderung untuk mengalami uban pramatang.

Untuk mengelakkan uban, sila menjalani rawatan kondisi kesihatan kalian terlebih dahulu.

#4. Merokok

Kajian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara uban pramatang dengan tabiat merokok.

Kajian itu menyatakan bahawa orang yang merokok lebih berisiko untuk beruban pada usia muda dua setengah kali ganda lebih awal berbanding yang tidak merokok.

Memandangkan bahan kimia di dalam rokok boleh membahayakan sel rambut, merokok bukan sahaja meningkatkan risiko uban malah juga meningkatkan risiko botak.

#5. Produk rambut

Penggunaan syampu, pelembut, pewarna, minyak dan losen yang mempunyai bahan kimia di dalamnya juga boleh mengakibatkan rambut beruban di usia muda.

Oleh itu, sila rujuk dengan pakar sebelum menggunakan apa-apa produk.

Cara hitamkan uban yang boleh dicuba!

rambut beruban

Baiklah, kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu apakah terdapat cara hitamkan uban yang boleh dicuba sendiri? Ya!

Selain mewarnakan rambut menggunakan pewarna (dye), kalian juga mungkin boleh cuba ramuan semula jadi berikut sebagai cara hitamkan uban:

#1. Minyak kelapa

Setiap kali ingin masuk tidur, anda boleh cuba lumur dan urut minyak kelapa pada rambut serta kulit kepala dan bilas ia selepas bangun dari tidur.

#2. Daun kari

Bancuh pes 1/4 daun kari bersama 1/2 yogurt dan sapukan ia pada rambut serta kulit kepala dan basuh selepas 30 minit. Ulang 2 ke 3 kali seminggu.

Cara hitamkan uban #3. Bawang merah

Kisar bawang merah menggunakan pengisar sehingga menjadi pes. Dua kali seminggu, lumur dan urut pes ini pada rambut dan kulit kepala sebelum bilas seperti biasa.

#4. Buah amla

Bukan sahaja boleh dilumur dan disapu pada kepala, malah buah amla segar ini juga boleh diminum untuk kesihatan rambut dan kulit kepala anda.

Cara hitamkan uban #5. Fo-Ti

Dalam perubatan tradisional masyarakat Cina, Fo-Ti digunakan sebagai suplemen untuk melambatkan proses penuaan dan diambil 2 kali sehari.

penyebab uban

#6. Catalase

Buat anda yang belum tahu, catalese adalah sejenis enzim yang sangat bagus untuk kesihatan rambut dan terdapat dalam makanan seperti:

  • Bawang putih
  • Kacang badam
  • Ubi
  • Kubis
  • Kailan
  • Brokoli

#7. Ashwagandha

Juga dikenali sebagai Ginseng India, ia memang boleh dijadikan suplemen yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh rambut dan tubuh badan secara total.

Ataupun, kalian juga boleh menggunakan inai yang sudah ternyata halal, selamat, mudah dan murah untuk digunakan!

Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai cara hitamkan uban ini, sila dapatkan nasihat daripada pakar berdekatan ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.health.harvard.edu/blog/hair-turn-gray-2017091812226
  2. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/j.1365-2133.2012.11095.x
  3. https://www.bebeautiful.in/all-things-hair/everyday/8-home-remedies-to-darken-grey-hair
  4. https://www.femina.in/beauty/hair/home-remedies-for-grey-hair-167831.html
  5. https://www.hairbuddha.net/15-best-natural-remedies-grey-hair-ancient-secrets-revealed/

Versi Terbaru

03/05/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Alamak! Umur Muda Lagi Tapi Uban Penuh Atas Kepala, Kenapa Agaknya? Ambil Tahu Ini

Muda Lagi Tapi Rambut Dah Tumbuh Uban? Ini Sebab Stress Dan Banyak Berfikir Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan