backup og meta

Pesakit Kanser Berisiko Dapat Kayap, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Nak Elak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/07/2021

    Pesakit Kanser Berisiko Dapat Kayap, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Nak Elak!

    Menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2018 melibatkan 240,000 pesakit kanser di Australia, mereka yang didiagnosis dengan masalah kanser mempunyai peningkatan risiko setinggi 40% untuk mendapat masalah kayap.

    Namun, pesakit bukan kanser jangan pula rasa lega kerana anda juga tidak terkecuali daripada mendapat penyakit kayap.

    Jadi, jika anda ingin tahu bagaimana untuk menghindarinya, baca artikel ini.

    Apa itu kayap?

    Ia merupakan penyakit yang berpunca daripada virus varicella zoster yang turut mengakibatkan masalah cacar air (chickenpox).

    Selain daripada kanser, individu yang berisiko mendapat masalah tersebut turut mempunyai faktor risiko seperti:

    Dianggarkan 10 hingga 20% individu akan mengalami jangkitan ini seumur hidup mereka.

    Secara umumnya, virus tersebut tidak aktif di dalam badan manusia. 

    Namun apabila sistem imun semakin lemah berikutan usia semakin meningkat atau faktor kesihatan yang lain, virus tersebut akan kembali aktif dan menyebabkan keradangan pada saraf.

    Langkah pencegahan bagi keadaan kesihatan ini agak terhad.

    Suatu ketika dahulu, vaksin kayap tidak boleh digunakan oleh individu yang mempunyai masalah sistem imun.

    Namun kini, ia merupakan satu pilihan yang wajar diambil bagi mengelakkan komplikasi jangkitan virus varicella zoster.

    Guna vaksin untuk cegah kayap

    masalah kanser

    Suatu ketika dahulu, vaksin yang dipatenkan bagi mencegah masalah kayap menggunakan virus hidup bagi merangsang sistem imun untuk menghasilkan antibodi.

    Perkara ini bermakna ia tidak sesuai digunakan bagi mereka yang tidak mempunyai sistem imun yang kuat.

    Walau bagaimanapun, pada tahun 2017, terdapat vaksin yang telah dipatenkan untuk kegunaan semua individu termasuklah mereka yang mempunyai masalah dengan sistem imun.

    Vaksin tersebut tidak menggunakan virus hidup seperti vaksin sebelumnya dan ia perlu diambil sebanyak dua kali (diselangi dengan tempoh 6 bulan di antaranya).

    Perlindungan terhadap virus varicella zoster kekal di atas 85% bagi 4 tahun pertama selepas anda mendapatkan vaksin.

    Suntikan tersebut boleh diambil walaupun anda pernah didiagnosis dengan masalah kayap sebelum ini.

    Namun begitu, sebelum anda mengambil vaksin tersebut, pastikan masalah kayap yang lepas telah sembuh sepenuhnya.

    Penggunaannya telah disarankan oleh badan kesihatan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Siapa tidak patut mengambil vaksin kayap?

    Jika anda memahami apa itu kayap, sudah semestinya anda faham akan kepentingan untuk menghindarkannya.

    Walaupun begitu, bukan semua individu sesuai disuntik dengan vaksin tersebut.

    Antara faktor yang menyebabkan anda tidak sesuai mengambil suntikan ini adalah:

    Secara amnya, jika anda sedang selesema atau mengalami masalah kesihatan ringan, anda masih boleh mengambil vaksin tersebut.

    Namun, anda digalakkan untuk tunggu sehingga sembuh sepenuhnya terutamanya jika anda mendapat simptom demam panas.

    Kesan sampingan boleh dialami selama 2 hingga 3 hari.

    Anda mungkin berminat:

    Komplikasi penyakit dan kesan sampingan vaksin

    apa itu kayap

    Kayap merupakan satu keadaan kesihatan yang boleh memberikan komplikasi serius sekiranya ia tidak dirawat dengan baik.

    Sekiranya anda tidak tahu apa itu kayap, risiko untuk anda mengalami komplikasi ini agak tinggi.

    Antara komplikasi yang boleh dialami oleh penghidap adalah:

    1. Kerosakan mata terutamanya jika ruam kayap berlaku pada kawasan sekitar organ tersebut.
    2. Jangkitan bakteria pada kulit.
    3. Sindrom Ramsay Hunt boleh berlaku jika kesan kayap meliputi saraf kepala sehingga boleh menyebabkan kelumpuhan muka dan masalah hilang pendengaran. Jika dirawat dalam masa 72 jam, kebanyakan pesakit boleh sembuh sepenuhnya.
    4. Jangkitan paru-paru.
    5. Radang saraf tunjang atau otak.

    Jika anda mengambil suntikan vaksin kayap, anda boleh mengalami beberapa kesan sampingan.

    Walau bagaimanapun anda tidak perlu risau memandangkan kajian telah membuktikan vaksin kayap sememangnya selamat digunakan.

    Namun anda perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan vaksin tersebut.

    Antara kesan sampingan yang boleh diambil oleh pengguna adalah:

    1. Sakit pada tempat dicucuk (ringan atau sederhana).
    2. Kulit kemerahan atau bengkak pada kawasan suntikan.
    3. Rasa letih.
    4. Sakit otot.
    5. Sakit kepala.
    6. Menggigil.
    7. Demam.
    8. Sakit perut.
    9. Loya.
    10. Muntah.

    Kebiasaannya simptom-simptom tersebut hanya dialami pengguna selama 2 hingga 3 hari.

    Anda mungkin mengalami kesan sampingan tersenarai pada salah satu atau kedua-dua dos suntikan.

    Sekiranya simptom sakit mempengaruhi keupayaan anda untuk menjalani aktiviti harian, anda boleh dipreskripsikan dengan ubat tahan sakit.

    Konklusi

    Kayap, walaupun nampak ringan, adalah keadaan kesihatan serius yang disebabkan oleh virus varicella zoster.

    Jika anda pernah didiagnosis dengan masalah chickenpox, virus ini duduk tidak aktif dalam sistem saraf anda.

    Pengambilan vaksin boleh merendahkan risiko jangkitan berikutan penurunan fungsi sistem imun apabila usia semakin meningkat atau atas sebab punca lain seperti jangkitan dan sebagainya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan