backup og meta

Telan Air Mani Suami Adalah SELAMAT, Tapi Ada RISIKO Yang Si Isteri Kena Tanggung!

Telan Air Mani Suami Adalah SELAMAT, Tapi Ada RISIKO Yang Si Isteri Kena Tanggung!

Pernahkah anda terfikir, adakah selamat untuk anda telan air mani pasangan? Mungkin ada antara kita yang terfikir untuk cuba telan air mani disebabkan oleh keghairahan melayan hubungan seksual bersama pasangan masing-masing.

Walau bagaimanapun, pasti ramai yang teragak-agak untuk melakukan hal sedemikian.

Sebelum kami memberitahu sama ada selamat atau tidak untuk telan air mani pasangan anda, anda perlu memastikan bahawa pasangan anda bebas daripada sebarang penyakit jangkitan seksual atau STD.

Jika pasangan anda telah disahkan bebas daripada jangkitan STD, anda boleh teruskan membaca apa yang kami sediakan di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Adakah selamat untuk anda telan air mani pasangan anda?

telan air mani

Ya. Untuk pengetahuan anda, komponen yang membentuk air mani adalah selamat untuk ditelan. Air mani yang ditelan dicerna dengan cara yang sama makanan dicerna.

Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan yang jarang berlaku, sesetengah individu mungkin akan mengetahui bahawa mereka mempunyai alahan terhadap air mani. Ia juga dikenali sebagai human seminal plasma hypersensitivity (HSP).

Apakah rasa sebenar air mani?

Rasa air mani sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri. Ia boleh memiliki rasa pahit, masin dan manis.

Walaupun tidak terdapat hubungan yang jelas yang membuktikan bahawa makanan yang dimakan mempengaruhi rasa air mani, terdapat bukti anekdot atau cerita peribadi daripada pengalaman individu lain mengenai hal ini. 

Adakah ia kaya dengan protein seperti yang dikatakan?

telan air mani

Walaupun air mani dikatakan kaya dengan sumber protein, anda mungkin perlu menelan bergelen-gelen air mani untuk mendapatkan manfaat kesihatan daripadanya.

Untuk pengetahuan anda, protein yang terdapat dalam air mani hanyalah sangat sedikit. Ia sekitar 1/12 daripada keseluruhan air mani tersebut.

Selain kandungan protein,sperma dan air yang terdapat dalam air mani, ia juga mengandungi komponen-komponen lain seperti gula, garam, sitrat, zink, klorida, kalsium, asid laktik, magnesium, urea dan kalium.

Adakah air mani juga mengandungi kalori?

Ya, air mani juga mengandungi kalori tetapi tidaklah banyak seperti yang disangkakan. Bagi setiap ejakulasi air mani (dengan anggaran sebanyak satu sudu), hanya terdapat sekitar 5 hingga 7 kalori sahaja.

Bolehkah saya terdedah kepada STD jika telan air mani?

telan air mani

Sepertimana jenis seks tanpa perlindungan yang lain, telan air mani juga boleh merisikokan anda terhadap STD atau jangkitan penyakit seksual.

Jangkitan bakteria seperti gonorrhea dan chlamydia boleh menjejaskan tekak anda. Jangkitan virus antara kulit seperti herpes juga boleh berlaku.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda sentiasa mengetahui status semasa pasangan anda sama ada mereka mempunyai jangkitan STD atau tidak.

Untuk pengetahuan anda, STD juga boleh menjangkiti anda melalui seks oral atau telan air mani. Walaupun ia berisiko kecil berbanding seks biasa, ia masih tetap berisiko kepada kesihatan anda.

Cuba untuk elakkan diri anda daripada telan air mani melainkan pasangan anda benar-benar ‘bersih’ daripada jangkitan seksual dan tidak bertukar-tukar pasangan. 

Kesimpulan

Walaupun menelan air mani adalah satu perkara yang boleh dianggap selamat, namun kami yakin tidak ramai yang ingin melakukan hal tersebut.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor rasanya yang mungkin tidak enak, atau bau air mani yang kurang menyenangkan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Swallowing semen. https://www.healthline.com/health/healthy-sex/swallowing-semen. Accessed Nov 20, 2019
  2. Swallowing semen. https://www.menshealth.com/sex-women/a28924660/swallowing-semen/Accessed Nov 20, 2019
  3. Sperm and semen.https://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/guide/sperm-and-semen-faq/ Accessed Nov 20, 2019
  4. Infertility. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/infertility/Accessed Nov 20, 2019
  5. Fertility.https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/fertility/art-20047584/ Accessed Nov 20, 2019

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Protein Bukan Dapat Dari Makanan Laut Sahaja, Tapi Ada Banyak Lagi Sumber Protein Lain!

Isteri, Ini 6 Tanda Air Mani Suami Anda Itu Sihat, Boleh Perhati Dari Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan