Di Malaysia, tanda penyakit kelamin (STD atau STI) adalah antara masalah yang sangat membimbangkan. W
Walaupun, seks di luar perkahwinan masih lagi sesuatu yang dipandang jelek bagi masyarakat Malaysia, namun ia masih tetap terjadi. Ini lantas menyebabkan tertular STD dan STI.
Dengan kehadiran media sosial dan teknologi, akses kepada bahan-bahan yang mendekatkan serta menggalakkan hubungan seks di luar gerbang perkahwinan semakin mudah didapatkan.
Kawalan dan pendidikan seksual harus digiatkan untuk mengelakkan masalah sosial dan penyakit tertentu semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Ia adalah salah satu kesan dari seks bebas, terutama tanpa perlindungan. Persoalannya apa tanda ia terjadi?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
4 tanda penyakit kelamin yang harus waspada!
Untuk pengetahuan anda semua, jangkitan pada alat kelamin itu merupakan kondisi umum yang agak berbahaya.
Ini kerana ia boleh menyebar dan merebak daripada satu individu ke individu lain melalui aktiviti seksual tanpa perlindungan. Lebih membimbangkan, pasangan kalian mungkin akan jadi mangsa.
1. Sakit ketika seks
Seks itu mungkin tidak menyakitkan. Jika sebaliknya pula sedangkan ia tidak berlaku sebelum ini, mungkin anda mengalami STD atau STI, lebih-lebih lagi jika berlaku pendarahan.
2. Sakit dan demam
Demam, kelenjar lod limfa di kawasan pinggul bengkak dan simptom-simptom flu yang lain adalah antara tanda anda menghidapi penyakit ini.
3. Cecair keluar dari alat kelamin
Jika ada cecari aneh yang tidak pernah anda lihat keluar dari alat kelamin anda, sila berwaspada dan dapatkan pemeriksaan doktor. Penyakit kelamin seperti gonorrhea boleh menyebabkannya.
Keadaan bukan STD atau STI seperti vaginosis bakteria juga mungkin menjadi puncanya.
4. Ulser di alat sulit akibat STD/STI
Ulser kebiasaannya jarang berlaku di kawasan ini jika bukan disebabkan oleh penyakit kelamin.
Jika ia berlaku, ditambah dengan tanda penyakit kelamin lain seperti di atas, sila dapatkan bantuan perubatan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Meskipun kebanyakan STD atau STI itu boleh dirawat dengan efektif, bahkan HIV, ia bukanlah alasan untuk kita semua mengamalkan aktiviti seks bebas.
Sekiranya anda mengesyaki diri menghidapi kondisi ini, segera temukan ubat penyakit kelamin di farmasi dan dapatkan maklumat serta nasihat pakar ya?
[embed-health-tool-ovulation]